Keju parmesan biasa ialah keju yang keras diperbuat daripada susu lembu dan diilhamkan oleh keju Parmesan asal atau Parmigiano-Reggiano dari Parma, Itali.[1] Ia mempunyai rupa yang pucat kekuningan dan sering diparut untuk juadah seperti spaghetti, salad Caesar, dan pizza.[2]

Di kebanyakan tempat di dunia, nama "Parmesan" sering dirujuk kepada keju yang mempunyai rupa seperti keju berparut ala Itali,[3][4] tetapi dalam Kesatuan Eropah, istilah Parmesan hanya boleh merujuk khusus kepada Parmigiano-Reggiano sahaja, yang mempunyai syarat keperluan yang lebih ketat berbanding keju lain.

Nama keju Parmesan yang biasa seriung meniru nama produk asalnya: Parmesan, Parmigiana, Parmesana, Parmabon, Real Parma, Parmezan, Parmezano,[5] Reggianito.

Penghasilan sunting

Parmesan biasa ditakrifkan mengikut tempat dan undang-undang.

Di Amerika Syarikat, Kod Peraturan Persekutuan memasukkan Piawaian Pengenalan kepada keju Parmesan.[6] Ia diberi takrifan dari kedua-dua aspek iaitu proses penghasilan dan hasil akhir produk. Secara khususnya, parmesan diperbuat daripada susu lembu dan mesti mengandungi tidak lebih daripada 32% air dan kadungan pejalnya mesti tidak kurang daripada 32% lemak susu.

Kegunaan dan rasa sunting

Keju Parmesan kaya dengan rasa umami.[7] Ia sering digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan, berbanding dimakan begitu sahaja seperti sesetengah keju yang lain.

Rujukan sunting

  1. ^ Handbook of cheese in health: Production, nutrition and medical sciences - Google Books. Books.google.com. 2013-10-15. Dicapai pada 2014-05-30.
  2. ^ Wisconsin Cheese: A Cookbook and Guide to the Cheeses of Wisconsin - Martin Hintz, Pam Percy - Google Books. Books.google.com. 2008-02-26. Dicapai pada 2014-05-30.
  3. ^ Oxford Companion to Food, s.v. 'parmesan'
  4. ^ Cox, James (9 September 2003). "What's in a name?". USA TODAY. Dicapai pada 27 November 2014.
  5. ^ Larry Olmsted, "Most Parmesan Cheeses In America Are Fake, Here's Why", Forbes 11/19/2012
  6. ^ CFR 21:2:133.165 http://www.gpo.gov/fdsys/pkg/CFR-2006-title21-vol2/pdf/CFR-2006-title21-vol2-sec133-165.pdf
  7. ^ Taste: Surprising Stories and Science about Why Food Tastes Good - Barb Stuckey - Google Books. Books.google.com. 2013-03-26. Dicapai pada 2014-05-30.