Pasport Malaysia ialah pasport yang dikeluarkan bagi rakyat Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.[3] Pengeluaran pasport dan dokumen perjalanan, milikan mereka oleh orang yang masuk dan keluar dari Malaysia serta perkara yang berkaitan terletak di bawah Akta Pasport 1966.

Passport Malaysia
ڤسڤورت مليسيا
Pasport berwarna merah dengan jata negara Malaysia di bahagian tengah, nama Malaysia di bahagian atas jata, serta perkataan pasport dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dan simbol pasport biometrik di bahagian bawahnya.
Muka depan pasport (dengan cip ) yang dikeluarkan pada Februari 2010
JenisPasport
Dikeluarkan oleh
 Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia
Pertama kali dikeluarkan
  • 1 Mac 1958 (versi pertama)[1]
  • Mac 1998 (pasport biometrik)
  • 2 Februari 2010 (patuh ICAO)
  • 15 November 2017 (kemas kini terakhir)[2]
TujuanPengenalan
KelayakanRakyat Malaysia
Tempoh tamat
5 tahun
Kos
  • RM200 (umur 13-59)
  • RM100 (umur 12 dan ke bawah, 60 ke atas)
  • Percuma (OKU)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Memproses permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia adalah pantas, dengan pasport baharu biasanya dikeluarkan sejam selepas permbayaran dibuat bagi kes-kes normal. Pengenalan kios pembaharuan pasport (KiPPas) di cawangan-cawangan JIM membenarkan permohonan dan pembayaran untuk pasport dibuat tanpa perlu ke kaunter permohonan.

Sejarah sunting

Sejarah awal sunting

Immigration Ordinance 1952 merupakan undang-undang utama imigresen menggantikan undang-undang yang digubal pada waktu darurat. Tujuan undang-undang ini adalah untuk mengadakan kawalan ke atas kemasukan semua Warganegara British, rakyat di bawah naungan British dan "Alien" ke Persekutuan Tanah Melayu dan juga berkuatkuasa di Singapura, di bawah pentadbiran Kementerian Luar Negeri. Jabatan Imigresen mengeluarkan paspot di mana pejabat pengeluarannya bertempat di Singapura, Pulau Pinang, pejabat-pejabat Residen-residen dan Penasihat Inggeris.

Selepas kemerdekaan, The Immigration Ordinance 1959, The Immigration Regulations 1959 dan The Passport Ordinance 1960 telah digubal bagi menggantikan The Immigration Ordinance 1952, The Passport Ordinance 1949 dan The Passport Regulations 1949. Undang-undang ini memperuntukkan lebih kuasa untuk mengawal kemasukan orang asing dan pelawat ke Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan Malaysia mula buat pasport pada tahun 1960/1961. Pasport rakyat Malaysia mengandungi maklumat tentang agama dan bangsa. Pasport rakyat Eropah tidak mengandungi maklumat tentang agama dan bangsa kerana dianggap boleh mendorong kearah diskriminasi.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 memperluaskan keperluan imigresen ke Sabah dan Sarawak. The Immigration (Transitional Provisions) Act 1963 digubal bagi memelihara kepentingan negeri-negeri tersebut. Selain daripada melaksanakan kawalan kemasukan bukan warganegara, pihak imigresen di Sabah dan Sarawak juga mengawal kemasukan warganegara dari Semenanjung.[4]

Tataletak sunting

Catatan pasport sunting

Seperti kebanyakkan negara di dunia, pasport Malaysia juga mempunyai catatan bagi mengenal pasti bahawa pembawa sebagai warganegara negara pengeluar, meminta pemegang itu dibenarkan masuk dan melalui negara lain, dan selanjutnya meminta, apabila perlu, diberikan bantuan selaras dengan norma antarabangsa. Catatan tersebut dipaparkan dalam bahasa Melayu bertulisan Rumi dan bahasa Inggeris:

Bahasa Melayu sunting

Bahawasanya atas nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, diminta semua yang berkaitan supaya membenarkan pembawa pasport ini melalui negara berkenaan dengan bebas tanpa halangan atau sekatan dan memberikan sebarang pertolongan dan perlindungan yang perlu kepadanya.

Bahasa Inggeris sunting

This is to request and require in the name of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong of Malaysia, all whom it may concern to allow the bearer of this passport to pass freely without let or hindrance, and to afford the bearer such assistance and protection as may be necessary.

Rujukan sunting

  1. ^ "Federation of Malaya 1957 — 1963" (dalam bahasa Inggeris). PaperToTravel.com. 15 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 November 2021. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  2. ^ "Malaysia International Passport - Model K : ICAO Biometric ePassport 2017 — Current" (dalam bahasa Inggeris). PaperToTravel.com. 13 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2021. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  3. ^ "Pasport". Jabatan Imigresen Malaysia. 12 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2022. Dicapai pada 16 Mei 2022.
  4. ^ "Sejarah Jabatan Imigresen". Jabatan Imigresen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2010. Dicapai pada 10 September 2016.