Peluncuran kuasa (atau peluncuran kekuatan) adalah istilah yang digunakan dalam sains ketenteraan dan sains politik untuk merujuk kepada keupayaan sesebuah negara berdaulat "menerapkan semua atau sebahagian dari elemen-elemen kuasa nasional - iaitu politik, ekonomi, informasi, atau ketenteraan - untuk mengatur gerak dengan pantas dan efektif serta dapat mengekalkan kekuasaan dalaman dan untuk bertindak balas terhadap krisis dari pelbagai lokasi yang tersebar, untuk menyumbang kepada pencegahan, dan untuk menambah kestabilan serantau."[1]

Kapal pengangkut pesawat seperti USS Nimitz memainkan satu peranan penting dalam peluncuran kuasa.

Keupayaan ini adalah satu elemen penting kekuatan negara dalam hubungan antarabangsa. Mana-mana negara yang dapat mengarahkan angkatan tenteranya diluar sempadan wilayahnya mungkin dikatakan memiliki beberapa tahap keupayaan peluncuran kuasa, tetapi istilah itu sendiri paling kerap digunakan bagi merujuk kepada ketenteraan dengan jangkauan seluruh dunia (atau sekurang-kurangnya lebih tampak luas daripada kawasan terdekat sesebuah negara). Malah, negara-negara yang memiliki aset hard power yang besar (seperti tentera darat tetap yang besar) hanya boleh menggunakan pengaruh serantau yang terhad selagi mereka tidak mempunyai cara efektif untuk memperlihatkan kuasa mereka pada skala global. Secara amnya, hanya beberapa negara terpilih yang dapat mengatasi masalah logistik yang wujud semasa aturgerak dan haluan pasukan tentera mekanis yang moden.

Walaupun langkah-langkah tradisional peluncuran kuasa biasanya memberi tumpuan kepada aset-aset hard power (kereta kebal, askar, kapal terbang, kapal laut, dll.), teori pembangunan soft power menyatakan bahawa peluncuran kuasa tidak perlu melibatkan penggunaan aktif pasukan tentera dalam pertempuran. Aset-aset untuk peluncuran kuasa seringkali boleh digunakan secara berganda, seperti penggunaan militari pelbagai negara semasa bantuan kemanusiaan terhadap mangsa gempa bumi Lautan Hindi 2004. Keupayaan sesebuah negara dalam meluncurkan kuasa tenteranya kedalam sesuatu kawasan boleh dianggap sebagai taktik diplomatik yang berkesan, mempengaruhi proses membuat keputusan dan bertindak sebagai pencegahan yang berpotensi terhadap tingkah laku negara-negara lain.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ US Department of Defense (2013). The Dictionary of Military Terms. New York: Skyhorse Publishing.

Pautan luar sunting

Templat:International power