Pembesar Suara di Masjid

Pembesar suara dicipta pada awal abad ke-20, dan ia diperkenalkan di masjid pada tahun 1930-an, di mana ia digunakan oleh muazin untuk melaungkan azan ("azan"), [1] dan kadang-kala digunakan untuk aktiviti menyampaikan khutbah dalam Islam . Pembesar suara di bahagian luar, biasanya dipasang pada menara tinggi serta digunakan lima kali sehari untuk melaungkan azan. [2] Pembesar suara kadangkala turut digunakan di dalam masjid untuk menyampaikan khutbah atau digunakan ketika menunaikan ibadah solat. [3] Adzan yang dikuatkan dengan menggunakan arus elektrik telah menjadi kebiasaan di negara seperti Turki dan Maghribi, [4] manakala di negara lain seperti Belanda hanya 7% hingga 8% daripada semua masjid menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan. [5]

Fail:Hyderabad (Red Minaret) cropped.jpg
Sebuah menara masjid di Hyderabad, Pakistan yang telah dilengkapi dengan pembesar suara.

Pembesar suara juga digunakan sebagai sistem amaran awal dan berfungsi sebagai siren pertahanan awam di negara seperti Turki dan Emiriah Arab Bersatu.

Sejarah sunting

Set pertama pemasangan mikrofon–pembesar suara berlaku pada tahun 1936 di Masjid Sultan di Singapura, ia telah dilaporkan bahawa suara laungan azan untuk solat mampu 'membawa lebih daripada satu batu'. Walaupun sebilangan hadirin masjid ragu-ragu dengan sistem elektrik baharu ini, kebanyakan orang percaya ia adalah satu keperluan untuk memperkasakan suara muazin untuk mengatasi bunyi bising di bandar moden. [6]

Penggunaan sunting

 
Pembesar suara di sebuah masjid di Melaka, Malaysia.

Pembesar suara juga berfungsi sebagai sistem amaran awal dan turut boleh berfungsi sebagai siren di negara seperti Turki dan Emiriah Arab Bersatu untuk memberi amaran tentang kecemasan atau bencana. [7] [8]

Kelantangan pembesar suara masjid moden boleh menghasilkan pencemaran bunyi, yang mendorong Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi mengeluarkan arahan pada akhir Mei 2021 untuk mengehadkan bunyi kekuatan pembesar suara masjid kepada "satu pertiga daripada maksimum. [9] Kementerian juga telah menetapkan penggunaan pembesar suara dihadkan kepada azan sahaja. [10]

Di kawasan yang mana terdapat lebih daripada satu masjid, bunyi pembesar suara mungkin bertindih antara satu sama lain. [11]

Kesahan sunting

Pengehadan terhadap jumlah laungan azan oleh orang Islam wujud di negara-negara termasuk Kanada, Belanda, Jerman, Switzerland, Perancis, UK, Austria, Norway, dan Belgium. [12] Sesetengah bandar secara bebas melarang atau menyekat penggunaan pembesar suara oleh masjid, termasuk Lagos, Nigeria, [13] dan beberapa komuniti di Michigan, AS. [14] [15] [12] [16]

  1. ^ "Adhan And Iqamat (Iqamah)". Hizmetbooks.org. Dicapai pada 2010-01-15.
  2. ^ Riyadh (Afp) (2009-04-25). "Variety News | Saudi cracks down on blaring mosque speakers". Alarabiya.net. Dicapai pada 2010-01-15.
  3. ^ "'Installing loudspeakers inside mosques not fundamental right': Allahabad HC". Zee Media Corporation. 5 May 2022. Dicapai pada 18 May 2022.
  4. ^ Bas Soetenhorst (9 October 2019). "Blauwe Moskee wil met luidsprekers oproepen tot gebed. Mag dat?". Het Parool (dalam bahasa Belanda). Dicapai pada 12 October 2019.
  5. ^ Ruben Koops en Bas Soetenhorst (8 October 2019). "Blauwe Moskee wil gebedsoproep met luidsprekers versterken". Het Parool. Dicapai pada 8 October 2019.
  6. ^ Winters, Bryan (2015). The Bishop, the Mullah, and the Smartphone: The Journey of Two Religions into the Digital Age. Eugene, Oregon: Wipf and Stock Publishers. m/s. 318. ISBN 9781498217934. Dicapai pada 12 October 2019.
  7. ^ "New announcement system to be used in earthquake drill". Hurriyet Daily News. 9 November 2022.
  8. ^ "National early warning system". National Emergency Crisis and Disaster Management Authority (NCEMA). Dicapai pada 30 September 2023.
  9. ^ "Saudi Arabia: Authorities defend mosque speaker restriction". BBC News. 1 June 2021. Dicapai pada 1 June 2021.
  10. ^ "Saudi Arabia: Loudspeakers in mosques used only for Azan and Iqamat". Gulf News. 23 May 2021. Dicapai pada 18 May 2022.
  11. ^ "[IslamCity] Cairo's Dilemma Over Prayer Calls". Mail-archive.com. 2005-05-09. Dicapai pada 2010-01-15.
  12. ^ a b "Ministers approve bill muffling muezzin's call to prayer". The Jerusalem Post | JPost.com. November 13, 2016.
  13. ^ "Nigerian city of Lagos shuts 'noisy' churches and mosques". BBC. 30 June 2016. Dicapai pada 15 November 2016.
  14. ^ Leland, John (2004-05-05). "Call to Prayer in Michigan Causes Tension". The New York Times. Dicapai pada 2010-01-15.
  15. ^ Spencer, Richard (Aug 13, 2010). "Cairo to use computerised call to prayer after complaints over tuneless muezzin". Telegraph.co.uk.
  16. ^ Wajihuddin, Muhammad (3 August 2016). "Muslim leaders welcome high court order on loudspeakers". Times of India. TNN. Dicapai pada 15 November 2016.