Pengeboman Rawalpindi 2007

Serangan bom di Rawalpindi, Pakistan terjadi pada 4 September 2007 melibatkan bas tentera dan 6 minit kemudian pusat perdagangan Rawalpindi, Pakistan.

Seramai 25 orang terbunuh dan 70 yang lain cedera dalam serangan berselang 6 minit. Serangan berani mati pertama membunuh 17 tentera ISI dalam bas tentera yang dalam perjalanan ke Rawalpindi, selatan Islamabad. Mejar Jeneral Waheed Arshad mengesahkan jumlah kematian pegawai perisik Pakistan (ISI) tersebut. Seseorang telah memasuki bas itu dan meletupkan dirinya.

Serangan berani mati kedua melibatkan sebuah motosikal yang meletup di Bazar Royal Artillery, Rawalpindi yang banyak dikunjungi oleh tentera. Jaraknya kira-kira 3 km dari letupan pertama. Lapan orang terbunuh.

Ketika ini politik Pakistan tidak stabil kerana rakyat membantah Presiden Pervez Musharraf yang memecat peguam negara, Chaudry. Bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif dikatakan mahu pulang ke Pakistan dan mengambilalih tampuk pemerintahan .

Tetapi Menteri Hal Ehwal Agama Pakistan , Mohammed Ijaz-ul-Haq serangan berani mati itu kemungkinan sebagai reaksi kempen ketenteraan Pakistan dan Amerika Syarikat di Afghanistan serta operasi memburu militan Taliban di sempadan Kabul dan Waziristan.Ejaz-ul Haq ialah anak bekas Presiden Pakistan, Zia Ul-Haq.[1]

Rujukan sunting