Pengeboman berani mati Lakki Marwat 2010
Pengebom berani mati Lakki Marwat 2010 terjadi pada 1 Januari 2010 di desa Shah Hasan Khel, daerah Lakki Marwat , selatan Waziristan barat laut Pakistan. Serangan berdarah ini membuka episod tahun 2010. Kawalan keselamatan diperketatkan di daerah Bannu.
Lakki Marwat suicide bombing | |
---|---|
Lokasi | Shah Hasan Khel, Daerah Lakki Marwat, Province Sempadan Barat Laut, Pakistan |
Koordinat | 32°25′52″N 70°58′2″E / 32.43111°N 70.96722°EKoordinat: 32°25′52″N 70°58′2″E / 32.43111°N 70.96722°E |
Tarikh | 1 January 2010 |
Jenis serangan | serangan berani mati |
Senjata | unknown explosives |
Kematian | 95[1] |
Tercedera | over 100[2] |
Motif | Terrorism |
sunting · sunting di Wikidata |
Mangsa
suntingketua polis daerah, Mohammad Ayub Khan menyatakan mangsa dihantar ke Hospital Lakki Marwat.[3]
Setidaknya 95 orang terbunuh dan lebih dari 100 orang tercedera.Banyak di antaranya kritikal.Pembom bunuh diri meledak-nya kereta sport penuh dengan bahan letupan di tengah kerumunan orang yang berkumpul untuk menonton kejohanan bola tampar. Sehingga 3 Januari 2010, telah berlaku Bom Rawalpindi pada 28 Oktober 2009 .
Lakki Marwat
suntingPenduduk desa menjadi sasaran kerana mereka telah membentuk kerajaan pro militia melawan Taliban. Pada minggu sebelumnya, militan mengancam kematian bagi sesiapa sahaja yang bergabung dengan militia. Pembom memandu lori pickup Mitsubishi Pajero ke tengah-tengah gelangang bola tampar yang dipenuhi ramai penonton.Seramai 400 orang hadir. Akibatnya tubuh pemain melambung ke udara oleh letupan. Dianggarkan bahawa lebih daripada 270 kg bahan letupan yang digunakan. Hampir 300 orang telah menonton permainan ketika letupan berlaku. Antara yang terbunuh adalah enam orang kanak-kanak dan lima tentera PGA. Api menjulang ke langit dan terdapat cahaya terang sebelum ledakan terdengar.
Para penduduk desa telah membentuk "jawatankuasa perdamaian" yang mengadakan pertemuan di sebuah masjid ketika letupan berlaku. Atap masjid runtuh tetapi tidak ada orang yang menghadiri mesyuarat itu mengalami luka serius. Lebih daripada 20 rumah sekitarnya hancur. Ramai terperangkap dalam runtuhan bangunan. Dalam kegelapan, lampu kenderaan yang digunakan untuk mencari mangsa. Ledakan bom itu terasa hingga 18 kilometer jauhnya.
Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman itu. Menurut analisis, hal ini sering berlaku dan mengorbankan banyak orang awam. Analis keamanan Pakistan pesara Leftenan Jeneral Talat Masood menyatakan bahawa kemungkinan besar serangan dilakukan sebagai balasan oleh Taliban. Dia mengatakan "Jelas ini unsur-unsur militan dari Waziristan Utara dan Taliban yang telah sangat marah kerana tentera mempunyai operasi yang berjaya di Lakki Marwat dan mampu membersihkan tempat."
Reaksi / Kutukan
suntingPresiden Pakistan Asif Ali Zardari dan Perdana Menteri Pakistan Yousaf Raza Gillani mengutuk letupan itu. Altaf Hussain ketua Gerakan Muttahida Qaumi turut mengutuk serangan tersebut. Kerajaan negeri Barat Laut Pakistan telah mengumumkan pampasan Rs 300,000 (US $ 3500, € 2500) untuk setiap keluarga.
Menteri Luar Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton mengeluarkan kenyataan: "Amerika Syarikat mengutuk keras serangan pengganas terhadap orang awam di Pakistan. Kami mengucapkan simpati kepada keluarga mangsa dan seluruh rakyat Pakistan. Sasaran pengganas ialah sekolah, pasar, masjid, dan sekarang permainan bola tampar. Amerika Syarikat akan terus berdiri bersama rakyat Pakistan dalam usaha mereka untuk memetakan masa depan mereka sendiri bebas dari rasa takut dan terancam, dan akan menyokong usaha-usaha mereka untuk memerangi pelampau dan keganasan menyokong demokrasi. "
Wakil Kesatuan Eropah Catherine Ashton, mengutuk serangan itu .: "Saya terkejut dengan berita serangan bom ganas di sebuah acara sukan di Lakki Marwat yang mengorbankan dan sejumlah besar penduduk awam yang tidak berdosa. Pada saat yang sukar ini, Kesatuan Eropah menegaskan semula sokongannya terhadap kerajaan dan rakyat Pakistan. " Russia: Presiden Russia Dmitry Medvedev menyatakan simpatinya: "Saya terkejut tentang kejahatan baru yang dilakukan oleh pelampau - berdarah. Aksi pengganas dalam pertandingan bola tampar di bandar Lakki Marwat. Pakistan mampi merais sokongan daripada Russia dan juga sokongan masyarakat antarabangsa dalam pertarungan ini. Kami tidak punya keraguan bahawa penganjur tidak berperikemanusiaan seperti jenayah pasti akan ditemui dan dihukum berat. "
Kerajaan Britain: Kementerian Luar Negeri Britain mengutuk "Serangan yang mengerikan ini telah menyebabkan kehilangan begitu banyak nyawa".
Rujukan
sunting- ^ Marwat, Ghulam Mursalin (2 January 2010). "Bomber rams car into volleyball venue". The Nation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-03. Dicapai pada 2 January 2010.
- ^ Hussain, Zahid (1 January 2010). "Slaughter on the volleyball field as Taleban wreak revenge on villagers". The Times. Dicapai pada 1 January 2010.
- ^ Angka kematian letupan bom di Pakistan cecah 93 orang[pautan mati kekal]