Pengepala (teknologi maklumat)
Dalam teknologi maklumat, pengepala merujuk kepada data tambahan yang diletakkan pada awal blok data tertentu yang sedang disimpan atau dipindahkan. Dalam bidang penghantaran data, data yang mengikuti pengepala kadang kala dipanggil muatan atau badan.
Penting bagi kandungan pengepala menurut tentuan atau format yang jelas, supaya penghuraian dapat dilakukan.