LONG SEMADOH

Sentral Long Semadoh;Website: [1] terletak dikawasan pedalaman daerah Lawas dalam kawasan Trusan hulu dengan ketinggian 1700 – 2200 kaki dari aras laut. Keadaan cuaca yang sejuk dan segar kurang pencemaran suhu diantara 20′c – 30′c disiang hari dan kadang kala mencecah 15′c dimalam hari. Sentral Long Semadoh dikelilingi banjaran pergunungan yang tinggi dan gunung Buduk Balud adalah gunung tertinggi dan difahamkan boleh dilihat dari puncak gunung Murud, gunung tertinggi di Sarawak. Semua penduduk kampung disini berbangsa Lun Bawang dari golongan orang Ulu. Aktiviti dan sumber pendapatan utama penduduk disini adalah pertanian dan penternakan, selain bergantung kepada hasil hutan dan sungai untuk mendapatkan daging dan ikan.

Dari hulu ke hilir sepanjang tebing sungai Trusan ialah; Kampung Puneng Terusan, Long Telingan, Long Semadoh Rayeh, Long Semadoh Naseb, Kawasan Old Airport, Long Tanid; Website:[2], Long Beluyu, Long Kerabangan dan disebelah Gunung Balud ialah kampung Long Luping , Long Meringau dan Long Rereku.kampung Pa’ Berunut yang penduduknya berasal dari kampung Long Kerabangan juga terdapat jauh di kawasan hilir dan boleh dihubungi melalui jalan kaki atau jalanraya pembalakan.Kawasan bekas lapangan Kapal terbang(Old Airport) merupakan pusat lokasi pentadbiran. Disini juga terdapat rumah bekas Penghulu Sentral Long Semadoh; Langub Pengiran dan beberapa penduduk lain yang pernah dan masih berkerja dengan beberapa jabatan kerajaan seperti SK Long Semadoh, Tabika, Klinik Desa, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, URA dan beberapa kedai runcit milik persendirian dan Syarikat Long Semadoh.

Sentral Long Semadoh boleh dihubungi dari bandar Lawas sejauh kira kira 75-100 kilometer menggunakan jalan pembalakan yang dibina oleh syarikat Samling Timber sejak tahun 1996. Tambang dari bandar Lawas ialah diantara RM25 – RM80 seorang atau RM400 – Rm800 satu trip kereta 4WD mengikut jauhnya jarak kampung yang dikunjungi. Perjalanan memakan masa diantara 2-4 jam mengunakan kereta pacuan 4 roda ( 4 Wheel Drive). Jika dalam keadaan cuaca hujan atau jalan terputus, kadang kala perjalanan terpaksa disambung dengan berjalan kaki sehari suntuk.

Ada beberapa tempat yang indah, bersejarah dan dikenal pasti menarik untuk dikunjungi di Sentral Long Semadoh seperti; Batu Narit(kampung Puneng Trusan), Air terjun Pa’ Rebatuh, kesan tapak peninggalan Temuing(Lagenda Lun Bawang), Bunga Raffleasia(Yang Kabut) dan beberapa perkuburan lama datuk nenek moyang Lun Bawang yang masih terdapat banyak seramik dan tempayan yang difahamkan dari kurun ke 18-19 ada disekitar kampung dalam sentaral Long Semadoh.

Beberapa buah kampung dalam sentral Long Semadoh seperti kampung Long Telingan, Long Tanid, Long Beluyu pernah mendapat gelaran dalam pertandingan kebersihan, Kesihatan dan keindahan kampung peringkat daerah dan negeri Sarawak. Pada tahun 1999, kampung Long Semadoh Naseb menjadi Johan peringkat Kebangsaan dalam aspek Kebersihan, Kesihatan dan Keindahan.Ini telah melayakkan kapung mereka memenangi hadiah wang tunai RM5,000.00 dan Hadiah Projek Pembangunan sebanyak RM50,000.00.

Dikalangan suku kaum Lun Bawang, Kampung Long Semadoh Rayeh amat dikanali kerana telah menjuarai sebanyak 10 kali pertandingan ‘Bamboo Band’ semasa Pesta Irau Aco Lun Bawang yang diadakan di Lawas sempana Hari Gawai Dayak pada setiap bulan jun. Mereka juga sering mengadakan pertunjukan pada acara acara besar di serata negeri Sarawak dan pernah ditaja oleh NGO mengadakan pertunjukkan di negara Singapura.

Dahulu kebanyakkan kampung mempunyai rumah panjang. akan tetapi oleh kerana sering berlaku kebakaran atau terkena banjir maka mereka membina rumah secara berasingan sampai sekarang. Sumber air untuk kegunaan harian kebanyakkan kampung adalah dari paip graviti yang disalirkan dari anak – anak sungai yang mengalir disekeling kampung. Tenaga dari ijin genarator memberi cahaya lampu dimalam hari digunakan selama lebih kurang 3jam sehari dan kebanyakan rumah bercahayakan lampu minyak tanah kerana minyak petrol sangat mahal disini.

Sejak tahun 40an proses pembaharuan terjadi dengan pesat selepas penduduk di sini menganuti agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh dari Ausrtalia. Sekolah rendah yang pertama dahulu berada di kampung Long Semado Rayeh sebelum dipindah ke kawasan Lapangan kapal terbang yang ada sekarang. Pendidikan agak lambat datang ke Sentral Long Semadoh. Namun sejak itu, banyak golongan Lun Bawang yang terkenal berasal dari Sentral Long Semadoh lahir, seperti Micheal Labo adalah peguam pertama dari suku kaum Lun Bawang. Rev. Kalip Basar bekas President SIB Sarawak yang meninggal dalam nahas helicopter yang terhempas di kawasam kem pembalakan dan Saudara Guru Meechang Tuie yang juga bekas Presiden Persatuan Lun Bawang Sarawak juga berasal dari Long Semadoh dan kini juga melayani melalui websitenya di alamat; http:[3] . Sekarang ada banyak keturunan dari generasi pertama seperti keturunan keluarga Langub, keluarga Bian, keluarga Buayeh, Keluarga Muga’, keluarga Dato’ Racha Umung serta yang lain-lain lahir dengan mempunyai pendidikan yang tinggi dan menjadi golongan profisional dan tinggal di bandar dan kotaraya yang besar.

Tahukah anda bahawa Alkitab Lun Bawang “BALA LUK DO” telah diterjemah oleh Alan Beltcher (Pendeta Meripa), Madge Hill (Pendeta Ganit), dikampung Long Semadoh Rayeh dalam Sentral Long Semadoh?. Pada tahun awal orang Lun Bawang menjadi Kristian, Kampung Long Beluyu pernah menjadi mini Yerusalem bagi suku kaum Lun Bawang di daerah Trusan ulu. kerana menjadi pusat tempat berkumpul pada hari ahad untuk mengadakan ibadah kebaktian.