Nama saya Siti NurUmairah atau lebih dikenali sebagai Umairah. Saya suka membaca buku bergenre cerita fiksi. Salah satunya ialah Harry Potter. Bahasa yang saya kuasai dan acap kali saya gunakan dalam keseharian saya ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, saya juga boleh memahami pertuturan dalam beberapa bahasa lain. Contohnya, bahasa Jepun dan bahasa Indonesia tetapi saya tidak dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari.