Tuan Haji Adam Richman adalah seorang usahawan, penulis buku & pakar strategis pengiklanan di Malaysia. sunting

Beliau memegang gelaran kehormat Profesor Adjung dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sejak Julai 2022 dan berkongsi kepakar­an serta berpengalaman dalam bidang pengiklanan dan pemasaran untuk Pusat Pembangunan Perniagaan (BizDeC) UTHM.

Profesor Adjung
Haji Adam Richman
Lahir (1992-02-26) 26 Februari 1992 (umur 32)
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
StatusBerkahwin
PekerjaanPengasas, Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah KNKV Group Sdn. Bhd.

Presiden, Dewan Perniagaan Muslim Insiders

Pakar Strategi Pengiklanan Bertauliah dari Harvard Business School, Boston, Amerika

Penulis Buku
PertubuhanKNKV Group Sdn. Bhd.
Website
https://knkvgroup.com

Latar belakang sunting

Adam Richman adalah anak kelahiran Kuala Lumpur dan pernah mendapat pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan (SK) Puchong Jaya, Selangor kemudian ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kiaramas, Kuala Lumpur.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Selangor (UIS) melalui Fakulti Sains Sosial dalam program komunikasi dan penyiaran. Beliau menamatkan pengajian di UIS pada tahun 2013.

Harvard Business School, Boston, Massachusetts menganugerahkan beliau dengan sijil antarabangsa 'Sustainable Business Strategy' pada 6 October 2021 sebagai pemimpin perniagaan yang memainkan peranan utama dalam membina dunia bisnes yang adil dan mampan.

Kerjaya Awal sunting

Pada tahun 2013, Adam Richman memulakan perjalanan profesionalnya sebagai pelatih di Jootawan Group Sdn. Bhd., setahun kemudian beliau dilantik ke jawatan Pengurus korporat. Jootawan, yang tertumpu pada penganjuran acara dan seminar, memberikan beliau pengalaman berharga tentang industri berkenaan.

Beliau kemudian beralih kepada peranan Ketua korporat di sebuah agensi penasihat kewangan CIMB dari tahun 2014 hingga 2015. Peluang dan pengalaman ini digunakan sebaiknya oleh Adam Richman bagi mengasah lagi kemahirannya dalam bidang pemasaran dan jualan.

Didorong oleh cita-cita yang tinggi dalam bidang keusahawanan, pada tahun 2016, beliau mengasaskan perniagaan Kaya N Kaya Viral Enterprise dan kemudian dinaik taraf ke Kaya N Kaya Viral Sdn. Bhd. pada 23 Oktober 2017.

Perniagaan itu bermula sebagai operasi seorang dan berkembang menjadi entiti yang teguh. Ketika syarikat berkembang, Adam Richman memainkan peranan penting dalam mewujudkan empat tonggak organisasi, yang terdiri daripada dirinya, Sakinah Rahman, Abdun Noor, dan Wan Utama.

Penjenamaan Semula Syarikat sunting

Pada tarikh 4 Januari 2023, syarikat milik beliau melakukan penjenamaan semula bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat pengiklanan tempatan yang kukuh kepada KNKV Group Sdn. Bhd.

Hala tuju baharunya adalah untuk mempelbagaikan portfolio perniagaan KNKV Group yang terdiri daripada tiga entiti jenama baharu iaitu Eventopedia, Mindskills Training dan KNKV Studios.

Anugerah & Pengiktirafan sunting