Penghapusan para pemikir Qin


Menurut suatu catatan tertulis dalam Shiji oleh Sima Qian, dikatakan telah berlakunya suatu penyingkiran para cendekiawan Baijia di mana ratusan orang pemikir fahaman Kong Zi ditahan dan ditanam hidup-hidup manakala "sajak, buku serta catatan sejarah" oleh golongan pemikir sebegini dan bukan dari sumber Qin (「诗、书、百家语和非秦國史書」 - cí, shū, bǎijiāyu he feiqín guóshi shū ) dibakar dan dihapuskan atas titah perintah Maharaja Qin Shihuang pada tahun 212 hingga 213 SM dalam zaman dinasti Qin. Hasilnya, banyak penulisan falsafah cetusan aliran pemikir ini terhapus sambil terselamatnya fahaman legalisme yang diamalkan kerajaan Maharaja Qin.

Penghapusan para pemikir Qin

Kejadian ini sangat diragui butirannya oleh sejarawan moden kerana Sima Qian menulis mengenai kejadian ini seabad selepas kejadian tersebut ketika menjawat sebagai seorang pegawai dinasti Han - motifnya barangkali diduga bertujuan memburukkan nama penguasa-penguasa terdahulu. Sememangnya ada bukti jelas bahawa Maharaja Qin memusnahkan banyak karya yang dianggapnya mengancam aturan kerajaannya namun baginda ada juga menyimpan dua salinan penulisan dari setiap aliran dalam perpustakaan baginda; simpanan pustaka ini musnah dalam peperangan berikutan kejatuhan dinasti Qin.

SumberSunting

  • Chan, Lois Mai (1972), "The Burning of the Books in China, 213 B.C.", The Journal of Library History, 7 (2): 101–108, JSTOR 25540352.
  • Goldin, Paul R. (2005), "The rise and fall of the Qin empire", dalam Mair, Victor H.; Steinhardt, Nancy S.; Goldin, Paul R. (para penyunting), The Hawai'i Reader in Traditional Chinese Culture, University of Hawai'i Press, halaman 151–160, ISBN 978-0-8248-2785-4.
  • Kern, Martin (2010), "Early Chinese Literature: Beginnings through Western Han", dalam Kang-i Sun Chang; Stephen Owen (para penyunting), The Cambridge History of Chinese Literature, Cambridge University Press, halaman 1–114, ISBN 9780521855587
  • Nylan, Michael (2001), The five "Confucian" classics (PDF), Yale University Press, ISBN 978-0-300-08185-5, diarkib daripada yang asal (PDF) pada 2014-06-11. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)

Pautan luarSunting