Pentarikhan K-Ar

(Dilencongkan dari Pentarikhan kalium-argon)

Pentarikhan kalium-argon atau pentarikhan K-Ar ialah satu kaedah pentarikhan radiometrik yang digunakan dalam geokronologi dan arkeologi. Ia berdasarkan pengukuran jumlah hasil pereputan radioaktif satu isotop kalium (K) kepada argon (Ar). Kalium ialah unsur yang biasa ditemui dalam pelbagai mineral seperti mika, mineral tanah liat, tefra dan evaporit. Di dalam mineral-mineral ini, hasil pereputan, 40Ar, boleh terlepas melalui batu cair (lebur), tetapi mula berkumpul semula apabila batu itu mengeras (penghabluran semula). Masa sejak penghabluran semula dikira dengan mengira nisbah jumlah 40Ar yang telah terkumpul kepada 40K yang tinggal. Separuh hayat 40K yang panjang membolehkan kaedah ini untuk mengira umur mutlak sampel-sampel yang berusia lebih daripada beberapa ribu tahun.[1]

Rujukan sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.