Reputan radioaktif

(Dilencongkan dari Keradioaktifan)

Reputan radioaktif atau keradioaktifan (juga radioaktiviti atau radioaktivitas) ialah proses yang melibatkan kehilangan tenaga nukleus atom yang tak stabil melalui pancaran zarah terion atau pancaran radiasi. Pancaran ini berlaku secara rawak, tanpa melibatkan pelanggaran dengan zarah-zarah lain. Pereputan ini, atau kehilangan tenaga, terjadi pada suatu atom yang dinamakan nuklid induk, lalu menghasilkan atom jenis lain yang dinamakan nuklid anak. Sebagai contoh, satu atom karbon-14 (atom induk) memancarkan sinaran (radiasi), lalu bertukar menjadi satu atom nitrogen-14 (atom anak). Pada peringkat keatoman, ini merupakan satu proses stokastik, iaitu menurut mekanik kuantum adalah mustahil untuk menjangka mana satu atom yang akan mereput pada suatu-suatu masa.[1] Akan tetapi jika atom yang sama terdapat dalam bilangan yang amat banyak, kadar pereputan boleh dijangka secara purata.

Simbol trefoil adalah digunakan untuk melambangkan bahan radioaktif; lambang ini dikodkan dalam Unicode berturutan U+2622 (☢).

Unit SI untuk keaktifan ialah becquerel (Bq). Satu Bq ditakrifkan sebagai satu transformasi (atau pereputan) dalam setiap saat (per satu saat). Oleh sebab sampel bahan radiaoaktif dengan saiz yang munasabah biasanya melibatkan bilangan atom yang sangat banyak, satu Bq merupakan ukuran keaktifan yang amat kecil sekali. Bilangan dalam tertib GBq (gigabecquerel, 1 x 109 reputan per saat) atau TBq (terabecquerel, 1 x 1012 reputan per saat) lebih lazim digunakan. Satu lagi unit bagi keaktifan ialah curie, Ci, yang pada asalnya ditakrifkan sebagai jumlah radon-222 (yang terhasil daripada pemancaran radium) yang bersamaan dengan satu gram radium tulen berisotop Ra-226. Pada masa kini, takrifan ini adalah bersamaan dengan keaktifan mana-mana radionuklid yang mereput dengan kadar reputan 3.7 × 1010 Bq. Penggunaan Ci kurang digalakkan oleh komuniti Sistem Unit Antarabangsa.

Rujukan sunting

  1. ^ "Decay and Half Life". Dicapai pada 14 Disember 2009.