Penyelesaian Terakhir

Penyelesaian Terakhir (Jerman: (die) Endlösung) atau Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Yahudi (Jerman: die Endlösung der Judenfrage, disebut [diː ˈɛntˌløːzʊŋ deːɐ̯ ˈjuːdn̩ˌfʁaːɡə]) ialah satu rancangan Nazi untuk menghapuskan bangsa Yahudi semasa Perang Dunia II. Dasar yang disengajakan ini dan genosid bersistematik diseluruh Eropah taklukan Jerman telah dirumuskan dalam syarat-syarat tatacara oleh kepimpinan Nazi pada Januari 1942 di Persidangan Wannsee berhampiran Berlin,[1] dan memuncak dalam peristiwa Holokus yang menyaksikan pembunuhan 90 peratus orang Yahudi Poland,[2] dan dua pertiga dari populasi Yahudi Eropah.[3]

Surat susulan daripada SS-Obergruppenführer Reinhard Heydrich kepada Ministerialdirektor Martin Luther yang meminta bantuan pentadbiran dalam melaksanakan Penyelesaian Terakhir untuk Permasalahan Bangsa Yahudi, 26 Februari 1942

Tiada aspek Holokus telah dikaji dan dibahaskan secara intensif sebagai sifat dan masa keputusan yang membawa kepada Penyelesaian Terakhir. Program itu berkembang semasa 25 bulan pertama peperangan yang membawa kepada cubaan "membunuh setiap orang Yahudi sehingga habis yang berada dalam genggaman Jerman." Ramai sejarawan sepakat, ditulis Christopher Browning, bahawa Penyelesaian Terakhir tidak boleh dikaitkan dengan satu keputusan tunggal yang dibuat pada satu-satu masa tertentu.[4] "Ia diterima secara umum proses membuat keputusan telah dilanjut dan ditambah."[5] Pada tahun 1940, selepas Kejatuhan Perancis, Rancangan Madagascar telah direka oleh Adolf Eichmann untuk menempatkan semula populasi kaum Yahudi Eropah ke koloni Perancis; tetapi rancangan itu telah ditinggalkan kerana masalah logistik terutamanya disebabkan sekatan tentera laut.[6] Setahun kemudian, tulis Raul Hilberg, dalam fasa pertama pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi, unit pembunuh bergerak mula memburu mangsa mereka diseluruh wilayah taklukan timur; dalam fasa kedua, merangkumi seluruh Eropah taklukan Jerman, mangsa-mangsa Yahudi telah dihantar dengan keretapi maut untuk ditempatkan ke kem penghapusan dengan tujuan pelaksanaan sistematik Penyelesaian Terakhir.[7]

Lihat juga sunting

Nota sunting

Petikan sunting

  1. ^ "Wannsee Conference and the Final Solution". United States Holocaust Memorial Museum. Dicapai pada 30 March 2015.
  2. ^ David S. Wyman, Charles H. Rosenzveig (1996). The World Reacts to the Holocaust. JHU Press. m/s. 99. ISBN 0801849691.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Holocaust Encyclopedia. "'Final Solution': Overview". United States Holocaust Memorial Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 March 2013. Dicapai pada 5 February 2016.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Browning424 tidak disediakan
  5. ^ Browning (2004), m/s. 213.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CRB/Path tidak disediakan
  7. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Hilberg273 tidak disediakan

Rujukan sunting

Pautan luar sunting