Penyembuhan merupakan proses pemulihan kesihatan pada organisma yang tidak imbang, berpenyakit atau cedera, baik secara fizikal mahupun psikologi dan sentiasa mengambil kira kesalingterimaan kedua-dua dimensi kesihatan manusia ini. Berkenaan kecederaan atau penyakit yang dialami oleh suatu organisma, penyembuhan melibatkan pembaikpulihan tisu, organ dan sistem biologi secara keseluruhan serta pemulihan kefungsian normal. Inilah proses yang mana sel-sel dalam badan tumbuh semula dan membaik pulih untuk mengecilkan kawasan yang rosak atau mati dan menggantikannya dengan tisu hidup yang baru. Penggantian ini boleh dilakukan dengan dua cara, iaitu secaratumbuh semula iaitu sel yang mati diganti oleh sel baru yang membentuk tisu yang serupa dengan yang asal; atau baik pulih yang mana tisu yang cedera diganti dengan tisu parut. Kebanyakan organ menyembuh dengan campuran kedua-dua mekanisme.

Rujukan sunting