Perang Olok-Olok (Phoney War) merujuk kepada tempoh lapan bulan yang agak sunyi pada permulaan Perang Dunia II antara pengisytiharan perang oleh Sekutu Barat (United Kingdom dan Perancis) terhadap Jerman Nazi pada 3 September 1939 sejurus selepas Pencerobohan Poland dan Blitzkrieg Jerman pada Mei 1940, yang ditandai oleh kekurangan operasi ketenteraan darat utama oleh pihak Sekutu keatas Barisan Barat Jerman.

Perang Olok-Olok
Sebahagian daripada Barisan Barat Perang Dunia II

Selaras meriam howitzer 8 inci British berhampiran sempadan Jerman semasa Perang Olok-Olok
TarikhOktober 1939 – April 1940
(8 bulan dan 1 minggu)
Lokasi
Keputusan Pertempuran Perancis
Pihak yang terlibat
Pihak Bersekutu:
Perancis
 United Kingdom
Poland Tentera Poland di Perancis
Kuasa Paksi:
 Jerman Nazi

Walaupun Poland telah ditakluki dalam masa 5 minggu di dalam Pencerobohan Poland yang bermula pada 1 September 1939, pihak Sekutu Barat tidak melakukan apa-apa tindakan: ini adalah permulaan Perang Olok-Olok (hanya setakat ini United Kingdom dan Perancis mengambil berat). Perang telahpun diisytiharkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tiada kuasa Barat yang komited untuk melancarkan penyerangan darat yang penting, tidak menepati syarat-syarat perikatan ketenteraan Inggeris-Poland dan Perancis-Poland yang mewajibkan pihak United Kingdom dan Perancis untuk membantu Poland.

Kesunyian Perang Olok-Olok telah diganggu oleh beberapa tindakan oleh pihak Bersekutu. Didalam Penyerangan Saar pada bulan September, pihak Perancis menyerang Jerman dengan niat untuk membantu Poland, tetapi menjadi hambar didalam masa beberapa hari dan mereka berundur. Pada November, pihak Soviet menyerang Finland didalam Perang Musim Sejuk, menyebabkan banyak perdebatan di Perancis dan Britain tentang rancangan serangan untuk membantu Finland, tetapi pasukan yang akhirnya dikumpulkan untuk kempen ini telah ditangguhkan sehingga Perang Musim Sejuk tamat pada bulan Mac. Perbincangan pihak Bersekutu mengenai kempen Scandinavia menyebabkan kebimbangan di Jerman dan menghasilkan pencerobohan Jerman keatas Denmark dan Norway pada bulan April, dan pasukan tentera Bersekutu yang sebelum ini berkumpul untuk Finland telah diarahkan pula ke Norway. Pertempuran disana berterusan sehingga bulan Jun apabila pihak Bersekutu dipindahkan, menyerahkan Norway kepada Jerman sebagai tindakbalas kepada pencerobohan Jerman keatas Perancis.

Di sisi yang lain, pihak Jerman melancarkan serangan di laut pada musim gugur dan musim sejuk terhadap beberapa buah kapal pengangkut pesawat dan kapal pembinasa British, menenggelamkan sejumlah kapal termasuk pengangkut HMS Courageous dengan kehilangan 519 nyawa. Tindakan di udara bermula pada 16 Oktober 1939 apabila Luftwaffe melancarkan serangan udara keatas kapal-kapal perang British. Terdapat pelbagai pengeboman kecil dan peninjauan udara di kedua-dua belah pihak.

Nota sunting

Rujukan sunting

Bacaan lanjut sunting

  • Pierre Porthault, L'armée Du Sacrifice (1939-1940), Guy Victor, 1965

Pautan luar sunting