Perbincangan:Parlimen

Latest comment: 15 tahun lalu by Aurora in topic Rencana pilihan
Featured articleParlimen is a featured article; it (or a previous version of it) has been identified as one of the best articles produced by the Wikipedia community. Even so, if you can update or improve it, please do so.
?Featured article candidatePromoted
  • Error: invalid date 'sebelum 2007' detected in parameter 'maindate' (help).
  • Warning: no date specified for action 1; please add a date to parameter 'action1date' or remove the other parameters beginning with 'action1' (help).

Komponen Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia mempunyai 3 komponen utama iaitu Yang Di Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Rencana pilihan sunting

Sesiapapun yang membacanya sudah tentu akan bersetuju bahawa rencana ini tidak layak untuk dipilih sebagai Rencana pilihan. Saya cadangkan taraf itu dikaji semula lebih-lebih lagi rencana ini tidak membincangkan dengan panjang lebar tradisi atau ciri-ciri parlimen yang di amalkan di negara-negara Eropah selain daripada Britain.

Di antara perbezaan ketara ialah kedudukan ahli-ahli parlimen sewaktu persidangan. Di Britain dan juga negara-negara Komanwel lainnya, kerusi ahli parlimen disusun berbentuk U manakala di negara-negara Eropah lainnya dan juga Amerika Syarikat, kerusi mereka disusun dalam bentuk separuh bulatan. Pengertian susunan ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah orang, namun ada kepentingannya. Di parlimen ala Westminster, kumpulan kerajaan dan pembangkang duduk menghadap di antara satu sama lain dengan ahli-ahli penting kedua-dua kumpulan duduk di barisan hadapan. Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang jelas sekali duduk di kerusi paling hadapan dan yang paling dekat dengan Speaker dewan bagi menjelaskan kepentingan jawatan-jawatan ini. Malah di Britain, Ketua Pembangkang diberi keutamaan dalam banyak urusan Parlimen selepas Perdana Menteri mengatasi ahli-ahli kerajaan yang lain.

Tetapi perkara ini tidak diamalkan di parlimen luar Komanwel. Di Dewan Perwakilan AS misalnya, jawatan setara dengan kedua-duanya (di dalam pengertian parlimen yang sebenar) ialah Ketua Majoriti dan Ketua Minoriti. Bezanya ketua majoriti tidak membentuk badan eksekutif (kerajaan) bagi menjelaskan pengasingan cabang-cabang politik negara. Di parlimen Eropah yang lainnya pula langsung tidak wujud jawatan ini (termasuk Ketua Pembangkang). Mereka mengamalkan tradisi kumpulan (fraction mengikut amalan di Perancis dan Jerman) dan ketua setiap kumpulan ini diberikan keutamaan yang sama. Ingin ditekankan kumpulan di sini tidak hanya disempitkan kepada satu parti politik sahaja, tetapi berkemungkinan disertai oleh banyak parti politik yang mempunyai agenda yang sama. Hal ini boleh dilihat dalam organisasi kerja di Parlimen Norway, di Jerman dan paling jelas sekali ialah Parlimen Eropah.

Saya berharap isu yang dibangkit berkenaan taraf rencana pilihan dapat dibincangkan bagi mengekalkan mutu rencana-rencana di dalam wikipedia ms ini. --Tikar aurum 11:45, 10 Julai 2008 (UTC)Balas

Ketika rencana ini menjadi rencana pilihan, piawaian yang digunakan memang lagi rendah dari sekarang, maklumlah kualiti dan kuantiti yang ada ketika itu tidaklah sebagus kini. Jika ingin kaji semula status rencana2 tersebut, saya tidak membangkang. ...Aurora... 15:02, 10 Julai 2008 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Parlimen".