Saya rujuk Kamus Dewan edisi baru Cetakan Kelima (1994) keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (ISBN 983-62-0979-4), mukasurat 1265, Tahun baharu hari yang pertama dalam satu-satu tahun.--Mhby87 (bincang) 15:40, 1 Januari 2009 (UTC)Balas


Komen terhadap penukaran "baru" kepada "baharu" dalam artikel

Salam,

Saya dapati pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) banyak kali menyatakan bahawa "baru" adalah bentuk yang standard atau baku berdasarkan jawapan-jawapan yang diberikan di Laman PRPM.

Menurutnya, "baru" boleh bertukar ganti dengan "baharu". Namun "baharu" hanya terhad untuk kata adjektif yang dipadankan dengan "new" dalam Bahasa Inggeris.

Contoh penggunaan baku:

1. Kereta baru, atau Kereta baharu. (menunjukkan kedua-duanya boleh digunakan)

2. Baru bertolak ke Kuantan. (Bukan "baharu")

3. Baru-baru ini, kerajaan melaksanakan Program Transformasi Ekonomi. (Bukan "baharu-baharu ini")

Sila semak. Namun, pasti mengelirukan kerana buku "Tatabahasa Dewan" hanya menerima "baharu" untuk "new" dan ini menunjukkan "pertentangan" dengan Kamus Dewan itu sendiri. Walau bagaimanapun, dalam Kamus Dewan, istilah "baru" bukanlah satu "bahasa percakapan" (bp). Ia adalah satu istilah standard atau baku.

Terima kasih.

Setahu saya perkataan baru lebih kerap digunakan, sementara baharu hanya dikekalkan bagi nama tempat. Yosri (bincang) 22:22, 8 November 2010 (UTC)Balas

MoBs (bincang)

Berdasarkan pautan yang ini, istilah yang digunakan ialah Tahun Baru, bukan Tahun Baharu. Saya akan pindahkan semula rencana ini ke nama asalnya Tahun Baru. --Kurnia [ bual ] 03:15, 1 Januari 2011 (UTC)Balas
Bahagian Khidmat Nasihat ini menyatakan kedua-duanya boleh digunakan @ mengutamakan 'baharu'. ...Aurora... (b) 10:00, 1 Januari 2011 (UTC)Balas
Kalau macam itu, saya rasa pilih yang lebih dikenali lagi baik. Tahun Baharu tidak digunakan secara meluas. --Kurnia [ bual ] 15:57, 13 Januari 2011 (UTC)Balas
Kembali ke laman "Tahun Baru".