Ringkasan Inovasi O2

Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pelbagai portal pembelajaran secara atas talian. Bahan berbentuk digital yang boleh diakses oleh pelajar dan guru serta sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran(PdP) melalui gerbang internet. Capaian internet yang tidak menyeluruh ke seluruh Malaysia menyebabkan kandungan bahan digital pembelajaran tidak dapat diakses dengan berkesan. Akronim O2 merujuk kepada perkataan Online dan Offline. O2 adalah inovasi platform penyelesaian menyeluruh (total solution) yang mengabungkan perkakasan dan perisian sistem sumber terbuka (open source) yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan secara dalaman oleh pasukan ini. O2 membolehkan guru dan pelajar selaku pengguna, mengakses bahan digital pembelajaran dengan lebih mantap semasa sesi PdP dilaksanakan tanpa talian internet. Berkonsepkan peranti mudah alih (portable gadget). O2 berkeupayaan dihubungkan dengan infrastruktur ICT yang sedia ada di dalam makmal komputer sekolah dan di persekitaran sekolah. Mampu menyediakan capaian maklumat tanpa talian internet bagi persekitaran yang tiada liputan internet, khususnya sekolahsekolah di kawasan pedalaman dan juga kawasan yang dilanda bencana alam. Kebolehcapaian bahan PdP melalui O2, dapat merapatkan jurang digital antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar, merealisasikan pendemokrasian pendidikan dan menyediakan platform terbaik kearah pembelajaran Abad Ke-21. Pengoperasian O2 adalah teras sokongan yang selaras dengan Anjakan ke-7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, pelaksanaan pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.