Jangan masukkan bahan tiada rujukan di sini. Berikan rujukan siapa yang membuat kenyataan, buku mana yang menyebut hal tersebut. Yosri (bincang) 16:58, 25 Ogos 2013 (UTC)Balas

Rujukan belum dimasukkan tetapi keadaan sebenarnya adalah sebegitu. Kenapa anda beia-ia hendak memadamkannya?

Saya telah masukkan sumber pada bahagian tentera, kenapa anda padam? Anda boleh baca article dalam blog-blog tersebut yang diambil daripada akhbar-akhbar. Bukan rujukan buatan sendiri, pok!

Blog tidak diterima sebagai rujukan kerana ia terdedah kepada fitnah dan politik. Sila guna sumber sahih. Sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability Saya membuang semua bahagian yang tidak dipercayai / berbentuk fitnah tanpa rujukan. Letakkan suntingan anda di sini untuk pertimbangan. Yosri (bincang) 17:06, 25 Ogos 2013 (UTC)Balas
Yang tidak diterima adalah sumber dari media sosial-Blog, Facebook, Myspace, Email, forum-forum, perbincangan (akhbar/blog dsb) kerana is ditulis oleh penulis yang tidak dikenali. Rujukan rasmi dari buku, majalah, akhbar, kenyataan laman rasmi (ie, laman tentera yang menyatakan XX merupakan satu-satunya dari yyy.) Apabila menyebut dari buku juga perlu dinyatakan, menurut XXX dalam bukunya yyy %%%% berlaku. Yosri (bincang) 17:16, 25 Ogos 2013 (UTC)Balas

Saya telah masukkan sumber dalam "penglibatan dalam tentera, kenapa anda padam juga? Saya nak cari sumber yang telah saya baca dahulu untuk menyokong tulisan saya pada bahagian kegiatan ekonomi dan politik. Sila nyatakan dengan jelas, mana satu article yang ada fitnah? Kalau tiada, anda hanya risau ada fitnah tetapi sebenarnya tiada fitnah ditulis.

Kenyataan rasmi kerajaan, akhbar rasmi kerajaan dan laman web kerajaan adalah mungkin mengandungi propanganda, fitnah terhadap pembangkang dan berat sebelah untuk meraih sokongan kepada kerajaan. Tidak semestinya bersih juga.

Adakah bahagian "Penglibatan dalam tentera" berbentuk fitnah? Sumber pun telah dimasukkan. Kenapa batalkan? Pada bahagian politk, saya nak masukkan sumber-sumber rujukan tetapi and atelah batalkan. Anda sepatutnya memberi perbincangan dahulu sebelum membatal terus.

Maaf, takkan saya nak tulis suntingan saya semula di sini kerana saya telah menaip pada artikel tersebut.

Ok, saya dapat copy and paste bahagian "Penglibatan dalam tentera" seperti di bawah. Saya tak nampak fitnah dalam bahagian ini. Sumber rujukan pun telah dimasukkan.

Penglibatan dalam tentera

Dua orang tentera berbangsa Iban dari Sarawak di Malaysia ialah Kanang anak Langkau dari Julau yang telah dianugerahkan Seri Pahlawan Gagah Perkasa dan Awang Anak Rawing dari Skrang yang telah dianugerahkan George Cross.[4]

Kanang Anak Langkau adalah seorang hero perang Malaysia yang paling dianugerahi atas perkhidmatan tenteranya dengan menolong membebaskan Malaya dan kemudian Malaysia) daripada komunis. Walau bagaimanapun, jasa dan sumbangan dia dan para hero lain tidak dihargai selain daripada menerima pencen biasa sehinggalah masalah kehidupan mereka setelah pencen disuarakan di parlimen Malaysia. [5].

Di antara semua hero perang Malayia adalah 21 orang penerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) dengan 16 orang masih hidup. Daripada jumlah ini, 14 adalah orang Iban, dua orang Cina pegawai tentera darat, satu Bidayuh, satu Kayan and one Melayu. Tetapi majoriti dalam tentera bersenjata Malaysia adalah Melayu, menurut sebuah buku – Crimson Tide over Borneo. Penerima pingat PGB yang paling muda adalah ASP Wilfred Gomez daripada pasukan polis yang telah meninggal tetapai tidak disemadikan di tanah perkuburan hero di Sarawak.

Ada enam penerima pingat Sri Pahlawan (SP) Gagah Perkasa dari Sarawak, dan dengan kematian Kanang Anak Langkau, hanya tinggal seorang sahaja penerima SP iaitu Sgt. Ngalinuh (an Orang Ulu Dayak).

Walaupun begitu sumbangan orang Dayak kepada tentera Malaysia, hanya seorang Dayak telah dinaikkan pangkat sebagai seorang general dalam tentera Malaysia iaitu Brigadier-General Stephen Mundaw dalam Tentera Darat Malaysia pada 1 November 2010.[6]