Doktrin Tanggungjawab Bersama Menteri

Perkara 43 (3) menerangkan bahawa jemaah menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen. Tanggungjawab ini diperkenalkan oleh Reid Commission Report.

Tanggungjawab ini merujuk kepada tanggungjawab menteri untuk menerima dan mempertahankan keputusan yang dibuat secara bersama di dalam Parlimen meskipun seseorang menteri itu tidak bersetuju dengan keputusan tersebut. Segala pendapat yang bertentangan hanya boleh dikemukan di dalam Parlimen untuk perbincangan, namun setelah keputusan bersama dicapai, semua menteri harus akur dengan keputusan tersebut. Menurut buku Perlembagaanku, sekiranya menteri berkenaan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut , beliau sewajarnya meletakkan jawatan.

Isu Semasa sunting

P Waythamoorthy merupakan seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) dan telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Beberapa bulan kemudian , beliau telah membuat satu kenyataan terbuka yang mempersoalkan tindakan pihak polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.

Kenyataan ini ditegur oleh Menteri Dalam Negeri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi yang meminta beliau untuk meletakkan jawatan sekiranya mahu bercakap di luar bidang kuasanya.

Kebaikan sunting

Doktrin Tanggungjawab Bersama digunakan bagi mengelakkan kecelaruan berkenaan dasar-dasar kerajaan atau pendirian kerajaan terhadap isu-isu tertentu. Selain itu juga, perlu bagi menteri-menteri untuk bersatu apabila menyentuh soal dasar atau pendirian kerajaan di khalayak umum bagi menjamin kredibiliti kerajaan tidak terjejas. Geoffrey Marshall juga ada mengatakan bahawa terdapat tiga prinsip penting yang menyebabkan pengamalannya menjadi penting dalam sistem pemerintahan kabinet iaitu Prinsip Keyakinan, Prinsip Sebulat Suara dan Prinsip Kerahsiaan atau Sulit.

Keburukan sunting

Doktrin Tanggungjawab Bersama menghalang menteri-menteri daripapada menyuarakan pendapat mereka terhadap perkara-perkara yang mereka tidak bersetuju dengan. Ini kerana jika mereka menyuarakan pandangan atau pendapat mereka, mereka akan disuruh untuk meletakkan jawatan mereka. Selain itu, apa-apa pengundian yang berlaku di Parlimen ke atas apa-apa isu tidak kira perkara yang akan memberi kesan yang baik atau yang buruk akan diluluskan dengan senang.

Referens sunting

(Faruqi, 2008), Faruqi, S. S. (2008). Document of Destiny. Star Publications (Malaysia) Berhad.
(Bari, Perlembagaan Malaysia Suatu Pengenalan, 2016), Bari, A. A. (2016). Perlembagaan Malaysia Suatu Pengenalan. ilhambooks.

Isu beruk: Khairy enggan ulas sunting

Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini enggan menjawab bila diminta komennya terhadap cabaran supaya beliau memohon maaf kerana memanggil peserta perhimpunan Bersih November tahun lalu sebagai beruk. http://www.malaysiakini.com/news/82364 Yosri (bincang) 17:57, 6 Mei 2017 (UTC)Balas