Kami mendapati bahawa anda telah mencipta halaman "Menjadi anak malaysia" di portal Wikipedia Bahasa Melayu.

Portal Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia dan bukannya forum pendapat. Oleh sebab itu, perbuatan anda boleh dianggapi sebagai satu perlakuan musnah. Bagaimanapun, saya telah mengalih pesanan anda ke halaman Perbualan rencana "Malaysia".

Pada waktu ini, pencapaian Wikipedia Bahasa Melayu adalah jauh berbanding pencapaian Wikipedia Bahasa Inggeris. Wikipedia Bahasa Inggeris hampir-hampir mencapai sejuta rencana sedangkan kami disini masih belum mencapai 15,000. Dengan kata yang lain, kami cuma mencapai kurang daripada 2% bila dibandingkan dengan pencapaian Bahasa Inggeris walaupun mereka cuma bermula dua tahun lebih awal, iaitu pada tahun 2001.

Bagaimanakah anda dapat menyumbang kepada kebanggaan bangsa Melayu? — Pentadbir portal