Persatuan Seni Kuntau Nakhoda Sug sunting

Seni Kuntau Nakhoda Sug telah mula beroperasi mengajar dari tahun 2010 di gelanggang rumah tempat kereta rumah Guru Utama Cikgu Ahmad Riza Bin Hashim. Asal seni ini hanya di minta untuk berkongsi dengan kaum kerabat, sanak saudara terdekat dan rakan rapat yang berminat bermain senjata. Pada 2005 Cikgu Ahmad Riza direzekikan berkhidmat di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dalam masa berkhidmat di PERKESO Cikgu Riza kerap mendapat jemputan atau diminta untuk membuat persembahan bagi majlis-majlis rasmi dan majlis persaraan dengan persembahan seni silat. Kuntau Nakhoda Sug ini bergerak aktif dibawah Kelas Kesenian PERKESO dan aktivi Kelab Kesenian dan Rekerasi PERKESO di Menara PERKESO Jalan Ampang.

Apabila mendapat sambutan semakin mengalakkan oleh anggota PERKESO dan peminat seni tradisional maka cikgu Riza mengambil keputusan untuk mendaftarkan ia sebagai Persatuan Seni Kuntau Nakhoda Sug. Persatuan Seni Kuntau Nakhoda Sug bergerak aktif di kawasan Lembah Kelang. Seni Kuntau Nakhoda Sug ada merupakan seni menyerang musuh bukan seni menunggu atau seni bela diri.Konsep menyerang musuh. Persatuan Seni Kuntau Nakhoda Sug merupakan seni bermain senjata seperti sendang keris @ kalis moro, pedang, kampilan, panabas, sabit, kerambit, parang, pisau belati,perisai,tombak,kapak,tekpi,rotan panjang, rotan selengan, cindai dan cokmar. Seni ini berasal dari tanah Borneo iaitu Sandakan, Sabah. seni Kuntau ini adalah pertembungan penghijrah, pertembungan buadaya dan sejajar dengan pengembaraan pendakwah islam ke tanah borneo. Di tanah Borneo ini pertemuan dari suku-suku dan keturunan bercampur aduk antara masyarakat melayu dari tanah Johor Riau, Minang, China, dan suku asal di borneo iaitu Tausug dan Iranun. Maka terlahirkah satu seni digelarkan Kuntau.Seni kuntau ini diperolehi dari turun temurun yang akhirnya diajarkan kepada Cikgu Ahmad Riza Bin Hashim.

Cikgu Ahmad Riza mempelajari seni kuntau ini dengan beberapa guru-guru kuntau di Sandakan Sabah semasa berkhidmat di Sandakan Sabah.