Perbincangan pengguna:Acs4b/Kotak pasir

Harap saya boleh bantu sunting

Ini cumalah sumbangan kecil saya untuk menterjemah dan mengemaskini rencana anda.

 
Dua gambar menunjukkan jumlah cahaya matahari yang dipantulkan pada solstis musim panas selatan dan utara masing-masing (watt / ).
Tarikh dan masa UT
ekuinoks dan solstis Bumi[1][2]
peristiwa ekuinoks solstis ekuinoks solstis
bulan Mac[3] Jun[4] September[5] Disember[6]
tahun
hari masa hari masa hari masa hari masa
2010 20 17:32:13 21 11:28:25 23 03:09:02 21 23:38:28
2011 20 23:21:44 21 17:16:30 23 09:04:38 22 05:30:03
2012 20 05:14:25 20 23:09:49 22 14:49:59 21 11:12:37
2013 20 11:02:55 21 05:04:57 22 20:44:08 21 17:11:00
2014 20 16:57:05 21 10:51:14 23 02:29:05 21 23:03:01
2015 20 22:45:09 21 16:38:55 23 08:20:33 22 04:48:57
2016 20 04:30:11 20 22:34:11 22 14:21:07 21 10:44:10
2017 20 10:28:38 21 04:24:09 22 20:02:48 21 16:28:57
2018 20 16:15:27 21 10:07:18 23 01:54:05 21 22:23:44
2019 20 21:58:25 21 15:54:14 23 07:50:10 22 04:19:25
2020 20 03:50:36 20 21:44:40 22 13:31:38 21 10:02:19
2021 20 09:37:27 21 03:32:08 22 19:21:03 21 15:59:16
2022 20 15:33:23 21 09:13:49 23 01:03:40 21 21:48:10
2023 20 21:24:24 21 14:57:47 23 06:49:56 22 03:27:19
style="background-color:gold"2024 20 03:06:21 20 20:50:56 22 12:43:36 21 09:20:30
2025 20 09:01:25 21 02:42:11 22 18:19:16 21 15:03:01
2026 20 14:45:53 21 08:24:26 23 00:05:08 21 20:50:09
2027 20 20:24:36 21 14:10:45 23 06:01:38 22 02:42:04
2028 20 02:17:02 20 20:01:54 22 11:45:12 21 08:19:33
2029 20 08:01:52 21 01:48:11 22 17:38:23 21 14:13:59
2030 20 13:51:58 21 07:31:11 22 23:26:46 21 20:09:30
2031 20 19:40:51 21 13:17:00 23 05:15:10 22 01:55:25
2032 20 01:21:45 20 19:08:38 22 11:10:44 21 07:55:48
2033 20 07:22:35 21 01:00:59 22 16:51:31 21 13:45:51
2034 20 13:17:20 21 06:44:02 22 22:39:25 21 19:33:50
2035 20 19:02:34 21 12:32:58 23 04:38:46 22 01:30:42
2036 20 01:02:40 20 18:32:03 22 10:23:09 21 07:12:42
2037 20 06:50:05 21 00:22:16 22 16:12:54 21 13:07:33
2038 20 12:40:27 21 06:09:12 22 22:02:05 21 19:02:08
2039 20 18:31:50 21 11:57:14 23 03:49:25 22 00:40:23
2040 20 00:11:29 20 17:46:11 22 09:44:43 21 06:32:38
2041 20 06:06:36 20 23:35:39 22 15:26:21 21 12:18:07
2042 20 11:53:06 21 05:15:38 22 21:11:20 21 18:03:51
2043 20 17:27:34 21 10:58:09 23 03:06:43 22 00:01:01
2044 19 23:20:20 20 16:50:55 22 08:47:39 21 05:43:22
2045 20 05:07:24 20 22:33:41 22 14:32:42 21 11:34:54
2046 20 10:57:38 21 04:14:26 22 20:21:31 21 17:28:16
2047 20 16:52:26 21 10:03:16 23 02:07:52 21 23:07:01
2048 19 22:33:37 20 15:53:43 22 08:00:26 21 05:02:03
2049 20 04:28:24 20 21:47:06 22 13:42:24 21 10:51:57
2050 20 10:19:22 21 03:32:48 22 19:28:18 21 16:38:29


Solstis berlaku dua kali setahun apabila paksi putaran Bumi mengalami kecondongan yang paling besar ke arah Matahari atau sebaliknya. Ini menyebabkan Matahari berada jauh ke utara atau selatan pada waktu tengah hari. Nama solstis diperoleh daripada perkataan Latin sol (Matahari) dan sistere (untuk berdiri tegak), kerana Matahari berada tegak pada lencongan latitud (declination) semasa solstis berlaku, maksudnya pergerakan utara atau selatan Matahari amat kecil. Dalam konteks yang lebih luas, istilah solstis boleh digunakan untuk menandakan hari di mana fenomena tersebut berlaku. Dua solstis (musim panas dan sejuk) dengan dua ekuinoks (musim bunga dan luruh) mempunyai kaitan yang rapat dengan peredaran empat musim. Sesetengah budaya menganggap kejadian ini sebagai permulaan atau pemisahan musim, manakala ada yang berpendapat fenomena ini adalah titik tengah musim. Sebagai contoh, bagi orang Inggeris (di hemisfera utara) masa berlakunya solstis Jun dikenali sebagai midsummer, dan Midsummer's Day (Hari Pertengahan Musim Panas) ditetapkan pada Jun 24, tiga atau empat hari selepas solstis tersebut.

Nama-nama Solstis sunting

Bergantung kepada ciri-ciri yang ditekankan, dua solstis tersebut dapat dibezakan dengan pasangan nama yang berlainan.

  • Solstis musim panas dan solstis musim sejuk merupakan nama yang paling biasa digunakan. Namun, penggunaan ini agak samar kerana musim di hemisfera utara dan hemisfera selatan adalah bertentangan. Jadi, solstis musim panas bagi suatu hemisfera adalah solstis musim sejuk di hemisfera yang satu lagi.
  • Solstis utara dan solstis selatan merujuk kepada arah pergerakan Matahari. Solstis utara berlaku pada bulan Jun, apabila Matahari tegak pada Garisan Sartan di hemisfera utara, manakala solstis selatan adalah pada bulan Disember, di mana Matahari tegak pada Garisan Jadi di hemisfera selatan. Ada yang berpendapat bahawa istilah-istilah ini paling jelas dan neutral.
  • Solstis Jun dan solstis Disember merupakan pilihan lain bagi istilah "utara" dan "selatan" yang lebih biasa digunakan, cuma tiada kekeliruan bagi hemisfera yang dimaksudkan. Walau demikian, pengunaan ini belum menjadi umum kerana bukan semua warga Bumi menggunakan kalendar suria, yang mana solstis berlaku pada bulan yang sama setiap tahun (misalnya Kalendar Islam). Selain itu, solstis yang dinamakan mengikut bulan tidak sesuai bagi planet-planet yang lain seperti Marikh, walaupun planet-planet sedemikian bermusim.
  • Titik pertama Sartan dan titik pertama Jadi. Salah satu kelemahan istilah ini berkait dengan putaran paksi bumi yang goyah. Ini mengakibatkan "pendahuluan ekuinoks" (precession of the equinoxes) dan zodiak di mana solstis ini dinamakan tidak lagi berpadan dengan buruj yang sebenar.
  • Solstis Thaur/Altaur (Taurus) dan solstis Kaus (Sagittarius) merujuk kepada buruj di mana berlakunya equinoks pada masa ini. Namun istilah-istilah ini jarang digunakan, malah solstis pertama (dari kira-kira tahun 11 S.M.) sehingga tahun 1989 berada dalam buruj Jauza (Gemini), mengikut sempadan rasmi IAU (Kesatuan Astronomi Antarabangsa). Dalam erti kata lain, istilah-istilah ini tidak tetap dan mungkin berbeza bagi tempoh masa yang berlainan.

Istilah-istilah solstis di Asia Timur sunting

Kalendar tradisional Asia Timur membahagikan setiap tahun kepada 24 tempoh suria (节气 (Cina Ringkas), 節氣 (Cina Tradisional), Jíeqì (Pinyin), Chye Ch'i (Wade-Giles)). Tempoh suria yang kesepuluh dipanggil 夏至 Xiàzhì (Pinyin) (Hsia Chih (Wade-Giles)) dalam Bahasa Mandarin, 夏至 Geshi (Romaji) dalam Bahasa Jepun, 하지 Haji (Perumian Disemak) dalam Bahasa Korea dan Hạ chí dalam Bahasa Vietnam. Tempoh tersebut bermula apabila Matahari mencecah sudut 90° pada longitud suria dan berakhir semasa Matahari menjangkau longitud suria 105°. Lazimnya, Xiàzhì merujuk kepada hari di mana matahari tepat pada longitud suria 90°. Dalam Kalendar Gregory, Xiàzhì biasanya bermula sekitar 21 Jun berakhir pada kira-kira 7 Julai.

Dōngzhì (Pinyin) (Cina, Tung Chih (Wade-Giles)), Tōji (Romaji) (Jepun) (Cina,Jepun:冬至), Dongji (Perumian Disemak) (Korea:동지), atau Đông chí (Vietnam) merupakan tempoh suria yang ke-22. Tempoh tersebut bermula semasa Matahari mencapai sudut 270° longitud suria dan berakhir apabila Matahari tiba pada longitud suria 285°. Seperti Xiàzhì, Dōngzhì juga biasanya menandakan hari di mana matahari tepat pada longitud suria 270°. Dōngzhì biasanya bermula pada awal 22 Disember (21 Disember waktu Barat) tamat pada sekitar 5 Januari mengikut Kalendar Gregory. Aksara Cina 至 bermaksud "lampau", jadi istilah-istilah solstis yang digunakan oleh budaya Asia Timur secara langsungnya menandakan kemuncak musim panas dan sejuk. Inilah kaitan yang tidak muncul dalam budaya Barat.

Peredaran musim pada pandangan Matahari sunting

Peredaran empat musim adalah disebabkan oleh paksi putaran Bumi yang tidak berserenjang pada satah orbitnya, tetapi lebih kurang membentuk sudut sebanyak 23.44° (dikenali sebagai "kecondongan ekliptik"), dan paksi Bumi mengekalkan sudut condong tersebut terhadap ruang inertianya. Akibatnya, hemisfera utara sendeng ke arah matahari selama setengah tahun (dari sekitar 20 Mac ke 22 September), dengan kecondongan paling besar di sekitar 21 Jun. Hemisfera selatan pula mengalami keadaan ini bagi setengah tahun selanjutnya, dengan kecondongan maksima sekitar 21 Disember. Kedua-dua saat apablia kecondongan paksi putaran Bumi adalah maksima dikenali sebagai solstis.

Jadual di atas terdapat maklumat tentang masa-masa berlaku ekuinoks dan solstis selama beberapa tahun. (Rujuk kepada rencana ekuinoks untuk beberapa catatan.)

Semasa solstis utara, Matahari kelihatan tegak atas kepala pada waktu tengah hari bagi kawasan berlatitud 23.44°U yang dikenali sebagai Garisan Sartan. Keaddan sedemikian juga berlaku semasa solstis selatan di latitud 23.44°S, iaitu Garisan Jadi. Kawasan antara dua latitud tersebut dipanggil kawasan tropika dan Matahari akan berada pada zenit (tepat atas kepala) lebih daripada dua hari setahun.

Selain itu, matahari berada tepat di ufuk pada waktu tengah malam bagi tempat-tempat yang terletak pada latitud 66.56°U (ataupun Bulatan Artik) semasa solstis utara. Semua kawasan di utara bulatan tersebut akan melihat matahari berada di atas ufuk sepanjang hari (24 jam). Keadaan ini dipanggil "matahari tengah malam" atau "siang kutub". Di samping itu, pada kedudukan latitud 66.56°S yang dikenali sebagai Bulatan Antartik, matahari akan kelihatan tepat di ufuk pada waktu tengah hari, dan seluruh kawasan di selatan bulatan itu tidak dapat melihat matahari di atas ufuk sepanjang hari. Keadaan ini pula dipanggil "malam kutub". Kesan yang berlawanan akan berlaku pada kedua-dua hemisfera semasa solstis selatan.

Pada kawasan beriklim sederhana, matahari akan berada lebih lama dan lebih tinggi atas ufuk pada musim panas, manakala musim sejuk pula matahari berada lebih singkat dan lebih rendah. Inilah sebab perbezaan suhu yang ketara antara musim panas dan sejuk.

Peredaran musim bukan disebabkan oleh perbezaan jarak semasa bumi beredar mengelilingi matahari akibat daripada keeksentrikan orbit Bumi. Walaupun perubahan ini memang menyumbang kepada peredaran musim, kesannya amat kecil jika dibandingkan dengan kecondongan paksi Bumi. Pada masa ini, Bumi tiba di perihelion (paling dekat dengan matahari) pada awal Januari, iaitu pada musim sejuk kawasan utara dan musim panas kawasan selatan. Namun, Matahari tidak menyebabkan seluruh Bumi memasuki musim panas. Walaupun musim sejuk di utara memang hangat sedikit daripada yang di selatan, tetapi penempatan benua mungkin memainkan peranan penting dalam menentukan suhu sesuatu kawasan, terutamanya benua Antartika yang diliputi ais. Dengan cara yang sama, Matahari berada lebih jauh semasa aphelion pada awal Julai, tetapi kawasan utara masih mengalami musim panas dan musim sejuk berlaku di kawasan selatan seperti biasa, dengan kesan jarak yang amat kecil.

Akibat daripada kitaran Milankovitch, paksi kecondongan Bumi dan keeksentrikan orbit akan berubah dalam ribuan tahun akan datang. Jadi, kemingkinan dalam masa 10,000 tahun hemisfera utara akan mengalami musim sejuk di aphelion dan musim panas pada perihelion. Kelampauan dalam peredaran musim (perbezaan purata suhu antara musim panas dan sejuk) juga akan bertukar pada masa akan datang kerana darjah kecondongan paksi Bumi berubah-ubah dari 22.1° hingga 24.5°.

Peredaran musim pada pandangan Bumi sunting

 
Lengkung hari pada latitud 0° (khatulistiwa)
Contoh lokasi: Pontianak, Indonesia
 
Lengkung hari pada latitud 20°
Contoh lokasi: Gunung Berapi Mauna Kea, Kepulauan Hawaii
 
Lengkung hari pada latitud 50°
Contoh lokasi: Winnipeg, Kanada
 
Lengkung hari pada latitud 70°
Contoh lokasi: Murmansk, Rusia
 
Lengkung hari pada latitud 90° (kutub)

Penerangan pada bahagian sebelumnya hanyalah berguna untuk pemerhati di angkasa lepas. Mereka dapat lihat bagaimana Bumi berputar dan bagaimana taburan cahaya matahari berubah mengikut masa. Namun, pergerakan Matahari yang dilihat dari pemerhati di Bumi juga berguna bagi mereka. Gambar-gambar di sebelah menunjukkan pandangan sebegini, iaitu lengkung hari Matahari. Lengkung ini merupakan lintasan Matahari sepanjang kubah cakerawala dalam pergerakan sehariannya. Gambar-gambar berikut menunjukkan kedudukan Matahari bagi setiap jam pada kedua-dua hari solstis. Lengkung yang lebih panjang adalah lintasan semasa musim panas, manakala musim sejuk adalah yang lebih pendek. Kedua-dua lintasan berjarak 46.88° (2 × 23.44°) antara satu sama lain.

Selain itu, terdapat Matahari "mambang" yang ditunjukkan di bawah ufuk sehingga 18° ke bawah. Matahari di kawasan inilah yang menghasilkan cahaya senja. Gambar-gambar berikut boleh digunakan bagi kedua-dua hemisfera. Pemerhati sepatutnya berada pada suatu pulau di tengah lautan. Anak panah hijau menunjukkan arah kompas utama.

  • Arah Utara berada di arah kiri pada hemisfera utara. Matahari terbit di Timur (anak panah jauh), memuncak di Selatan (arah kanan) sambil bergerak ke kiri dan terbenam di Barat (anak panah dekat). Kedudukan terbit dan terbenam tersesar ke Utara pada musim panas dan ke Selatan semasa musim sejuk.
  • Di Hemisfera selatan pula, arah Selatan adalah ke arah kiri. Matahari terbit di Timur (anak panah dekat), memuncak di Utara (arah kanan) sambil bergerak ke kanan dan terbenam di Barat (anak panah jauh). Kedudukan terbit dan terbenam tersesar ke Selatan semasa musim panas dan ke Utara pada musim sejuk.

Keadaan istimewa seperti berikut juga digambarkan.

  • (Lengkung hari pada latitud 0°) Anggapan bahawa Matahari berada tepat atas kepala setiap hari di Khatulistiwa tidak tepat. Keadaan ini sebenarnya berlaku dua kali setahun sahaja, iaitu semasa kedua-dua ekuinoks. Solstis berlaku apabila matahari berada paling jauh dari zenit, dengan mencapai altitud 66.56° ke Utara ataupun Selatan. Keistimewaan Khatulistiwa hanyalah tempoh siang dan malam yang lebih kurang sama sepanjang tahun, iaitu 12 jam, jadi musim panas dan sejuk tidak bermakna di sana. Sebaliknya kawasan tropik lazimnya mempunyai musim lembap dan kering.
  • (Lengkung hari pada latitud 20°) Matahari memuncak pada altitud 46.56° semasa musim sejuk dan 93.44° semasa musim panas. Dalam kes ini, sudut yang melebihi 90° bermaksud pemuncakan berlaku pada altitud 86.56° (90° – 3.44°) pada arah kompas yang bertentangan. Sebagai contoh di hemisfera selatan, Matahari berada di utara pada musim sejuk, tetapi mampu melepasi zenit ke arah selatan pada pertengahan musim panas. Tempoh siang pada musim panas lebih lama daripada musim sejuk, namun perbezaannya tidak melebihi 3 jam. Lintasan harian Matahari adalah curam pada pandangan ufuk sepanjang tahun, dan menyebabkan tempoh senja selama sejam sahaja.

bersambung... Hytar 08:14, 10 Oktober 2007 (UTC)Balas

Aspek budaya sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

id:Titik balik matahari bs:Solsticij bg:Слънцестоене ca:Solstici cs:Slunovrat da:Solhverv de:Sonnenwende et:Päikeseseisak es:Solsticio eo:Solstico fr:Solstice hr:Suncostaj io:Solstico it:Solstizio he:מישור המילקה#נקודות השוויון וההיפוך lt:Saulėgrįža hu:Napforduló nl:Zonnewende ja:至点 pl:Przesilenie pt:Solstício ru:Солнцестояние simple:Solstice sk:Slnovrat sl:Sončev obrat fi:Kesäpäivänseisaus sv:Solstånd tr:Gündönümü uk:Сонцестояння zh:至点

  1. ^ United States Naval Observatory (January 4, 2018). "Earth's Seasons and Apsides: Equinoxes, Solstices, Perihelion, and Aphelion". Dicapai pada September 18, 2018.
  2. ^ Astro Pixels (February 20, 2018). "Solstices and Equinoxes: 2001 to 2100". Dicapai pada December 21, 2018.
  3. ^ Équinoxe de printemps entre 1583 et 2999
  4. ^ Solstice d’été de 1583 à 2999
  5. ^ Équinoxe d’automne de 1583 à 2999
  6. ^ Solstice d’hiver
Kembali ke laman pengguna "Acs4b/Kotak pasir".