Selamat datang ke Wikipedia Melayu!

Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia: Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani sebuah pesan pada halaman perbualan, seperti halaman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Melayu. Salam!  — Alistaire 06:47, 1 September 2006 (UTC)

Sekatan

Pendirian tegas kami dalam mengawal dan menyeliakan portal ini mengharapkan anda tidak sewenang-wenangnya atau cuai dalam menangani akaun anda. Walau apapun, akaun anda telah dinyahsekat dan sumbanglah kepada kemajuan portal ini. Sekian. Segala kesulitan amat dikesali. Polar 12:27, 1 Julai 2007 (UTC)


Perkataan-perkataan Inggeris yang DimelayukanSunting

Dewasa ini semakin banyak perkataan Inggeris yang sewenangnya di melayukan. Ma'af, saya menganggap ini suatu wabak yang perlu ditangani dan diperhalusi demi supaya Bahasa Melayu tidak rosak. Perkataan seperti pencen bolehlah diterima tetapi perkataan-perkataan seperti:

  1. Fi = Fee = Yuran
  2. Tona = Tone = Kadar, Nada
  3. Bajet = Budget = Belanjawan
  4. Grup = Group = Kumpulan
  5. Terma = Term = Syarat
  6. Tren = Tren = Keretapi

Anda digalakkan menambah senarai ini...

Untuk perkataan seperti pencen (pension), ianya sudah begitu sebati maka ianya berbeda dari perkataan yang baru dipinjam dari Bahasa Inggeris.

helmi 14:05, 3 Julai 2007 (UTC)

CadanganSunting

Mungkin perkataan-perkataan dibawah sesuai untuk peristilahan IT Bahasa Melayu:

  1. Customize = Olahsuai
  2. Compiler = Pengumpul, Penyusun

helmi 15:28, 10 Julai 2007 (UTC)

PeringatanSunting

Salam. Satu peringatan dan amaran kepada anda untuk tidak meletakkan rencana yang mengandungi peratusan besar bahasa asing (Inggeris atau seumpamanya). Contoh rencana tersebut ialah Love Story in Harvard. Pastikan anda siap menterjemahkannya sebelum menyimpan atau menyimpan tanpa meletakkan bahasa asing tesebut. Ini untuk memastikan tiada campuran bahasa dalam rencana. Jika tidak, rencana anda akan dipadam.

Berkenaan dengan Kategori:, ia bukan bertujuan diarahkan terus ke mana-mana rencana seperti yang anda lakukan pada Kategori:Drama TV Korea Selatan iaitu anda memautkan terus ke laman Drama Korea. Sila baca Wikipedia:Kategori untuk keterangan lanjut. Jika anda sering melakukan kesalahan yang sama, anda berkemungkinan akan di bawa untuk dipertimbangkan penyekatan anda. Harap maklum dan selamat menyumbang. :) Polar 19:42, 5 Julai 2007 (UTC)

WowSunting

Wow, anda gila Jepun dan Korea kah? Satu lagi, bolehkah anda tulis lebih lagi dlm laman pengguna anda supaya kami boleh mengenali anda dgn lebih mendalam? --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 10:51, 7 Julai 2007 (UTC)

Fail tanpa lesen sahSunting

Hai! Terima kasih atas muat naik anda. Saya perasan sebahagian fail yang anda muat naik tidak memiliki lesen (lihat senarai di bawah). Anda boleh membantu kami dengan meletakkan lesen dan sumbernya. Sumber boleh jadi ÔÇÿKarya sendiriÔÇÖ jika anda mengambil gambar tersebut/menggunakan kamera anda sendiri atau mencipta sendiri fail tersebut. Jika anda mengambil foto/fail itu di tempat lain, sila berikan pautan ke tapak web berkaitan atau nyatakan di mana anda menjumpainya.

Fail tanpa lesen sah boleh dihapuskan, jadi kami amat berharap anda membantu kami menambah lesen supaya fail-fail tersebut dapat dikekalkan.

Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

  1. Fail:Aux.jpeg
  2. Fail:GW-BASIC.jpg
  3. Fail:Disk Management.jpg

--MGA73bot (bincang) 22:23, 11 Julai 2011 (UTC)

Fail yang dibuat sendiriSunting

Oleh kerana fail perlu lesen, saya telah membuat sendiri fail-fail tersebut dengan kaedah screen capture setelah saya menjalankan program-program tersebut di mesin peribadi saya. Apakah fail sedemikian memerlukan lesen juga?

Terima Kasih

Ya, Templat:Tampilan-perisian sesuai untuk tujuan ini. ...Aurora... (b) 07:10, 12 Julai 2011 (UTC)