Perdana Menteri Yunani

Perdana Menteri Yunani (Bahasa Yunani: Πρωθυπουργός της Ελλάδας, Pro̱thypourgós ti̱s Elládas), atau secara rasminya Perdana Menteri Republik Yunani (Bahasa Yunani: Πρωθυπουργός της Ελληνικής Δημοκρατίας, Pro̱thypourgós ti̱s Elli̱nikí̱s Di̱mokratías), merupakan ketua pemerintah Republik Yunani Kelima serta kabinetnya. Jawatan ini dirujuk dalam Perlembagaan Yunani sebagai "Presiden Pemerintah" (Πρόεδρος της Κυβερνήσεως, Próedros ti̱s Kybernēseo̱s), maka penjawat pejabat ini turut dianggap dan digelar sebagai seorang "Presiden". Perdana Menteri Yunani dilantik secara rasminya oleh presiden negara tersebut.

Perdana Menteri Republik Yunani
Πρωθυπουργός της Ελληνικής Δημοκρατίας
Coat of Arms of Greece (Monochromatic).svg
Jata pemerintah
EPP Zagreb Congress in Croatia, 20-21 November 2019 (49099472986) (cropped) 2 (cropped).jpg
Penyandang
Kyriakos Mitsotakis

sejak 8 Julai 2019
StatusKetua pemerintahan
Anggota
Lapor kepadaParlimen dan Presiden
KediamanRumah Agam Maximos
PelantikPresiden Yunani
Tempoh4 tahun
Pemegang sulungSpyridon Trikoupis
Pembentukan13 Januari 1822
TimbalanNaib Perdana Menteri
Gaji74,437 setahun[1]
Laman webPrime Minister's Office

Penyandang terkini jawatan ini ialah Kyriakos Mitsotakis yang memulakan jawatannya pada 8 Julai 2019.

SejarahSunting

Zaman Revolusi (1821–1832)Sunting

Dengan bergolaknya Perang Kemerdekaan Yunani, semua kawasan yang berjaya mengalahkan kekuasaan Uthmaniyah menubuhkan pemerintahan demokratik sendiri yang berbagai bentuk; kesemua jenis badan ini diselenggarakan melalui suatu perhimpunan kebangsaan lima anggota[2] diketuai seorang Gabenor (Κυβερνήτης, kybernētes) yang merupakan ketua negara dan ketua pemerintahan serentak.[2]

Pemerintahan ini melemah berikutan pembunuhan Ioannis Kapodistrias tahun 1831 serta pengambilalihan oleh adiknya Augustinos yang terbubar tahun berikutnya. Peranan pentadbiran diserahkan kepada majlis kumpulan sehingga pengurniaan seorang raja membentuk negara baharu tahun 1833.

Zaman Othon (1832–1843)Sunting

Raja Othon yang mencemar duli dari Bavaria pada mulanya diwakili suatu majlis golongan wakil sebangsanya, Josef Ludwig von Armansperg ketua secara de facto sepanjang tempoh ini. Otto kemudiannya membubarkan majlis pemangku ini memerintah secara mutlak.[3] Revolusi 3 September yang meletus tahun 1843 memaksakan suatu perlembagaan baharu yang menghapuskan kerajaan mutlak ini, jawatan Perdana Menteri yang sebenar-benarnya mula diwujudkan pada tahun berikutnya dipegang oleh Andreas Metaxas.[4]


RujukanSunting

  1. ^ "IG.com Pay Check". IG.
  2. ^ a b Brewer, David. The Greek War of Independence. (Overlook Press, 2001).
  3. ^ Petropulos, John A., Politics and Statecraft in the Kingdom of Greece. (Princeton University Press, 1968)
  4. ^ Clogg, Richard. A Short History of Modern Greece. (Cambridge University Press, 1979). ISBN 0-521-32837-3

Pautan luarSunting