Buka menu utama

Perhambaan di Amerika Syarikat

Sejarah perhambaan di Amerika Syarikat (1618-1865) bermula sebaik sahaja koloni Inggeris pertama kali mendirikan penempatan di Virginia dan berakhir dengan Pindaan Ke-13 dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.

Sebelum perhambaan diamalkan secara meluas, sistem buruh diuruskan di bawah sistem buruh terikat di mana seseorang terikat bekerja dengan majikan sebagai bayaran tambang kapal, makanan dan tempat tinggal. Kontrak ikatan ini berlangsung selama beberapa tahun bagi kedua-dua orang kulit putih dan orang kulit hitam dan digunakan sebagai bayaran balik untuk kos perjalanan ke dunia baru.[1] Bagaimanapun pada tahun 1700-an, mahkamah membuat keputusan yang bersifat perkauman apabila hanya mereka yang berketurunan Afrika dan kaum asli Amerika tertakluk kepada peraturan ini.[2] Koloni selatan banyak menggunakan tenaga buruh untuk mengusahakan ladang-ladang tembakau, dan jumlah hamba dikatakan melebihi jumlah penduduk koloni utara pada akhir kurun ke-17[3].

Dari tahun 1654 sehingga 1865, perhambaan seumur hidup sah di sisi undang-undang di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Amerika Syarikat.[4] Kebanyakan hamba adalah bangsa kulit hitam yang dimiliki oleh tuan kulit putih, dan sesetengah kaum asli Amerika serta bangsa kulit hitam yang tidak mempunyai apa-apa ikatan juga dipaksa menjadi hamba abdi. Majoriti hamba dipaksa bekerja dalam bidang pertanian. Menurut bancian pada tahun 1860, terdapat hampir 4 juta hamba berbanding 12 juta penduduk 15 negeri yang menghalalkan perhambaan.[5] Daripada kesemua 1,515,605 keluarga di 15 negeri tersebut, 393,967 mempunyai hamba (lebih kurang satu daripada empat keluarga),[6] atau 8 peratus dari keseluruhan keluarga di Amerika. Walau bagaimanapun, keluarga di Amerika tidak mempunyai banyak hamba jika dibandingkan dengan peladang atau pengusaha tanah yang mempunyai 20 atau lebih hamba[7]. Golongan peladang dan pengusaha tanah adalah mereka yang kaya, berstatus tinggi dan mempunyai kuasa politik. Sembilan puluh lima peratus (95%) dari orang kulit hitam tinggal di selatan dan mereka ini adalah satu pertiga daripada penduduk, berbanding hanya dua peratus di utara[8].

Kemakmuran Amerika Syarikat pada separuh abad pertama ke-19 disumbangkan juga oleh keringat orang Amerika Afrika.[9][10] Tetapi dengan kemenangan pihak utara dalam Perang Saudara Amerika, sistem perhambaan dimansuhkan di kawasan selatan[11]. Pemansuhan ini membawa kepada kemerosotan ekonomi negeri-negeri di selatan di mana ladang kapas mendapat untung yang sedikit kerana tidak lagi boleh mengeskploitasi tenaga hamba[12]. Negeri-negeri di utara yang berkembang pesat melalui teknologi dan industri sebelum dan semasa perang, terus melonjak ekonominya berbanding ekonomi negeri-negeri selatan. Para usahawan dari utara mendominasi negara termasuk sistem sosial dan politik. Kelas peladang dan pengusaha tanah hilang kuasa buat sementara. Perkembangan pesat ekonomi selepas Perang Saudara menjadi asas kepada ekonomi moden Amerika Syarikat.

12 juta orang kulit hitam Afrika dihantar ke benua Amerika dari abad ke-16 sehingga ke-19[13][14]. Dari jumlah ini, dianggarkan 645,000 (5.4%) di bawa ke tempat yang sekarang adalah Amerika Syarikat. Kebanyakan mereka ini dibawa ke Brazil[15]. Populasi hamba di Amerika Syarikat meningkat kepada empat juta semasa bancian 1860[16].

Isi kandungan

Zaman Perang RevolusiSunting

Banyak negeri-negeri Wilayah Utara menuju ke langkah Era Emansipasi. Undang-Undang Dasar Vermont tahun 1777 melarang perhambaan dan membebaskan lelaki berumur di atas 21 tahun dan perempuan di atas 18 tahun. Pennsylvania pada tahun 1780 menetapkan undang-undang untuk mencabut perhambaan secara bertahap dan menetapkan semua anak yang lahir setelah undang-undang ini diterima sebagai bebas. Sedangkan Massachusetts menghapuskan perhambaan secara langsung melalui kasus Quock Walkerpada tahun 1783.

Sebagai tanggapan atas tawaran Britain memberi kebebasan bagi para hamba yang dimiliki oleh para pemilik pemberontak, puluh ribuan hamba milik kaum pemberontak mencuba mendaftar menyertai tentera Britain ketika mereka menduduki sebuah daerah. Contohnya di Carolina Selatan, sekitar 25,000 jiwa hamba (sekitar 30% populasi hamba) melarikan diri, berpindah tempat atau terkorban dalam kekacauan perang. Jumlah hamba yang hilang seantero Wilayah Selatan meningkat kerana banyak yang melarikan diri. hamba-hamba melarikan diri melalui kawasan New England dan negeri mid-Atlantic, bergabung dengan pasukan Britain yang menduduki New York. Pada bulan-bulan terakhir perang, Britain mengeluarkan lebih dari 20,000 hamba yang dibebaskan kota-kota besar di pesisir dan mentransmigrasikan lebih dari 3,000 orang ke Nova Scotia, sementara yang lain dibawa ke Kepulauan Caribbean dan beberapa ke Britain. Bersama hamba-hamba yang dibebaskan ini, orang-orang Britain turut mengirimkan hamba-hamba kaum loyalis yang setia kepada mereka. Misalkan, lebih dari 5,000 orang-orang Afrika yang dimiliki kaum Loyalis pada tahun 1782 dikirim dari Savannah ke Jamaica dan St. Augustine. Begitu pula lebih dari separoh orang-orang berkulit hitam yang dihantar keluar dari Charleston ke Hindia Barat dan Florida pada tahun 1782 adalah milik kaum Loyalis berkulit putih.

Pada abad ke-18, Britain telah menjadi pedagang hamba terbesar di dunia. Selama masa revolusi berlangsung, semua jajahan yeng memberontak melarang atau membekukan perdagangan hamba antarabangsa. Hal ini dilaksanakan kerana alasan ekonomi, politik dan moral bergantung kepada jajahan itu sendiri. Perdagangan hamba dibuka kembali di Carolina Selatan dan Georgia tidak lama kemudian.

Zaman Pembinaan Semula dan selepasnyaSunting

Meski Proklamasi Emansipasi sudah dikeluarkan dan Pemindaan Ke-13 Undang-Undang Dasar AS sudah disetujui, jalan menuju kebebasan masih sulit dicapai oleh kebanyakan mantan hamba di Amerika Syarikat. Meskipun Undang-Undang Dasar AS adalah undang-undang tertinggi di negara ini, Undang-Undang Dasar AS tidak bisa jalan sendiri langsung berlaku, begitu pula dengan Pengisytiharan Pembebasan Teks dan prinsip-prinsip yang termaktub di dalamnya hanyalah pada kata-kata saja tanpa sebarang penegakan, oleh kerana itu, kata-kata ini saja tidak bisa menghapus perhambaan. Penggubalan Pemindaan Ke-13 hanya membuat perhambaan dan semua bentuk perhambaan yang dilaksanakan di luar kemauan, kecuali sebagai bentuk hukuman sebagai suatu tindakan yang tidak konstitusional dan melanggar Undang-Undang Dasar. Penghapusan perhambaan sendiri, yakni penegakan undang-undang dengan pelaksanaan Pemindaan Ke-13 secara penuh membutuhkan suatu tempoh yang sangat lama sehingga ia dapat dilaksanakan sepenuhnya. Pelaksanaan Pemindaan Ke-13 dimulai pada masa Rekonstruksi, tetapi dalam masa penerapan terjadi banyak kendala, sampai dicapai dengan penuh.

Kenyataan maafSunting

Pada 24 Februari 2007, kerajaan negeri Virginia meluluskan resolusi yang menyatakan kekesalan mengenai kerahan tenaga tanpa kerelaan ke atas orang Afrika dan ekploitasi orang asli Amerika[17]. Dengan resolusi tersebut, Virginia menjadi negeri pertama dari 50 negeri di Amerika Syarikat yang mengakui penglibatan mereka dalam perhambaan. Resolusi dibuat ketika dalam persiapan menyambut ulangtahun ke-400 bandar Jamestown, Virginia, iaitu salah satu bandar pelabuhan pertama hamba di koloni Amerika.

TaburanSunting

Sensus

Tahun

# Hamba # Berkulit

hitam bebas

Jumlah

berkulit hitam

% Berkulit

hitam bebas

Jumlah penduduk

AS

% jumlah

berkulit hitam

1790 697.681 59.527 757.208 8% 3.929.214 19%
1800 893.602 108.435 1.002.037 11% 5.308.483 19%
1810 1.191.362 186.446 1.377.808 14% 7.239.881 19%
1820 1.538.022 233.634 1.771.656 13% 9.638.453 18%
1830 2.009.043 319.599 2.328.642 14% 12.860.702 18%
1840 2.487.355 386.293 2.873.648 13% 17.063.353 17%
1850 3.204.313 434.495 3.638.808 12% 23.191.876 16%
1860 3.953.760 488.070 4.441.830 11% 31.443.321 14%
1870 0 4.880.009 4.880.009 100% 38.558.371 13%
Sumber:[18]
Populasi Jumlah Hamba di AS, 1790–1860, menurut negeri[19]
Sensus

Year

1790 1800 1810 1820 1830 1840 1850 1860
All States 694.207 887.612 1.130.781 1.529.012 1.987.428 2.482.798 3.200.600 3.950.546
Alabama 47.449 117.549 253.532 342.844 435.080
Arkansas 4.576 19.935 47.100 111.115
California
Connecticut 2.648 951 310 97 25 54
Delaware 8.887 6.153 4.177 4.509 3.292 2.605 2.290 1.798
Florida 25.717 39.310 61.745
Georgia 29.264 59.699 105.218 149.656 217.531 280.944 381.682 462.198
Illinois 917 747 331
Indiana 190 3 3
Iowa 16
Kansas 2
Kentucky 12.430 40.343 80.561 126.732 165.213 182.258 210.981 225.483
Louisiana 69.064 109.588 168.452 244.809 331.726
Maine 2
Maryland 103.036 105.635 111.502 107.398 102.994 89.737 90.368 87.189
Massachusetts 1
Michigan 32
Minnesota
Mississippi 32.814 65.659 195.211 309.878 436.631
Missouri 10.222 25.096 58.240 87.422 114.931
Nebraska 15
Nevada
New Hampshire 157 8 3 1
New Jersey 11.423 12.422 10.851 7.557 2.254 674 236 18
New York 21.193 20.613 15.017 10.088 75 4
North Carolina 100.783 133.296 168.824 205.017 245.601 245.817 288.548 331.059
Ohio 6 3
Oregon
Pennsylvania 3.707 1.706 795 211 403 64
Rhode Island 958 380 108 48 17 5
South Carolina 107.094 146.151 196.365 251.783 315.401 327.038 384.984 402.406
Tennessee 13.584 44.535 80.107 141.603 183.059 239.459 275.719
Texas 58.161 182.566
Vermont
Virginia 292.627 346.671 392.518 425.153 469.757 449.087 472.528 490.865
Wisconsin 11 4

Nota kakiSunting

  1. ^ http://www.usnews.com/usnews/news/articles/070121/29african.htm
  2. ^ Reprinted from: Gallay, Alan, "Forgotten Story of Indian Slavery", Arab News (www.aljazeera.info), 3 Ogos 2003.
  3. ^ http://www.usnews.com/usnews/news/articles/070121/29african.htm
  4. ^ [1]
  5. ^ 1860 Census Results, Laman Perang Saudara
  6. ^ Keputusan Bancian 1860
  7. ^ Otto H. Olsen (2004). "Historians and the extent of slave ownership in the Southern United States". Civil War History. Southernhistory.net. Dicapai 2007-11-23.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  8. ^ James M. McPherson (1996). Drawn with the Sword: Reflections on the American Civil War. New York: Oxford University Press. m/s. p. 15. ISBN 0-19-509679-7. 
  9. ^ James Oliver Horton (2005). Slavery and the Making of America. New York: Oxford University Press. m/s. p. 7. ISBN 0-19-517903-X. The slave trade and the products created by slaves' labor, particularly cotton, provided the basis for America's wealth as a nation. Such wealth provided capital for the country's industrial revolution and enabled the United States to project its power into the rest of the world.  Parameter |coauthors= tidak diketahui diabaikan (guna |author=) (bantuan)
  10. ^ "Was slavery the engine of economic growth?". Digital History. Dicapai 2007-11-23. 
  11. ^ Encyclopædia Britannica
  12. ^ Without Consent or Contract: The Rise and Fall of American Slavery, 1994 oleh Robert William Fogel
  13. ^ Ronald Segal (1995). The Black Diaspora: Five Centuries of the Black Experience Outside Africa. New York: Farrar, Straus and Giroux. m/s. p. 4. ISBN 0-374-11396-3. It is now estimated that 11,863,000 slaves were shipped across the Atlantic. [Note in original: Paul E. Lovejoy, "The Impact of the Atlantic Slave Trade on Africa: A Review of the Literature," dalam Journal of African History 30 (1989), ms. 368.] ... It is widely conceded that further revisions are more likely to be upward than downward. 
  14. ^ "Quick guide: The slave trade". bbc.co.uk. 15 Mac 2007. Dicapai 2007-11-23.  Check date values in: |date= (bantuan)
  15. ^ Stephen D. Behrendt, David Richardson, dan David Eltis, W. E. B. Du Bois Institute for African and African-American Research, Harvard University. Berdasarkan "laporan-laporan dari 27,233 perjalanan untuk mengambil hamba ke benua Amerika". Stephen Behrendt (1999). "Transatlantic Slave Trade". Africana: The Encyclopedia of the African and African American Experience. New York: Basic Civitas Books. ISBN 0-465-00071-1. 
  16. ^ Introduction - Social Aspects of the Civil War
  17. ^ O'Dell, Larry (2007-02-25). "Virginia Apologizes for Role in Slavery". The Washington Post.  Check date values in: |date= (bantuan)
  18. ^ "Distribution of Slaves in US History". Dicapai 13 Mei 2010. 
  19. ^ "Populasi Total Budak di AS, 1790–1860, menurut negara bagian". Dicapai 28 Desember 2007.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Bacaan lanjutSunting

Majalah ilmiah
  • Singleton, Theresa A., "The Archaeology of Slavery in North America" Annual Review of Anthropology, Vol. 24, (1995), pp. 119–140
  • McCarthy, Thomas. "Coming to Terms with Our Past, Part II: On the Morality and Politics of Reparations for Slavery" Political Theory , Vol. 32, No. 6 (Dec., 2004) , pp. 750–772
Sejarah lisan
  • Before Freedom When I Just Can Remember: Twenty-seven Oral Histories of Former South Carolina Slaves Belinda Hurmence, 1989. ISBN 0-89587-069-X
  • Before Freedom: Forty-Eight Oral Histories of Former North & South Carolina Slaves. Belinda Hurmence. Mentor Books: 1990. ISBN 0-451-62781-4
  • God Struck Me Dead, Voices of Ex-Slaves Clifton H. Johnson ISBN 0-8298-0945-7
Kritikan sastera dan budaya
  • Ryan, Tim A. Calls and Responses: The American Novel of Slavery since Gone with the Wind. Baton Rouge: Louisiana State University Press, 2008.
  • Van Deburg, William. Slavery and Race in American Popular Culture. Madison: University of Wisconsin Press, 1984.