Perhimpunan Agung UMNO 2021

Perhimpunan Agung UMNO 2021 atau singkatannya PAU 2021 telah diadakan pada 16 Mac 2022 hingga 19 Mac 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.[1] Perhimpunan ini diadakan 4 hari selepas sahaja pilihan raya negeri Johor 2022 pada 12 Mac 2022 dimana Barisan Nasional memenangi pilihan raya tersebut dengan kemenangan 40 kerusi.[2][3] Perhimpunan kali ini dianggap penting bagi UMNO bagi menentukan hala tuju parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 dan terdapat juga desakan daripada sebilangan pemimpin dan ahli parti untuk mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan parlimen dalam masa terdekat sebelum tamat tempoh penggal parlimen ke-14 berikutan kemenangan besar Barisan Nasional dalam dua pilihan raya iaitu pilihan raya negeri Melaka 2021 dan juga pilihan raya negeri Johor 2022 pada November 2021 dan Mac 2022 yang lalu.[4]

Tema pada perhimpunan PAU 2021 ialah UMNO - Kestabilan dan Kemakmuran. Jumlah perwakilan yang menyertai PAU 2021 ialah seramai 5,571 perwakilan.[5][6]

Atur cara perhimpunan sunting

[7]

16 Mac 2022

17 Mac 2022

  • Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung.

18 Mac 2022

  • Acara Menaikkan Bendera UMNO Sang Saka Bangsa.

19 Mac 2022

  • Hari kedua Perhimpunan Agung UMNO dengan perbahasan oleh perwakilan dan penggulungan oleh pimpinan atasan UMNO.

Rujukan sunting

  1. ^ "Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula 16-19 Mac". Berita Harian. 12 Januari 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
  2. ^ "BN menang PRN Johor". Sinar Harian. 12 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
  3. ^ "Menang besar PRN Johor, 'timing' PRU, nasib MN bakal warnai PAU 2021". Free Malaysia Today. 15 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
  4. ^ "Kemenangan BN pada PRN Melaka, Johor 'pemanas' PAU UMNO 2021 – Ahmad Maslan". Malaysia Gazette. 14 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.
  5. ^ 5,571 perwakilan hadiri PAU UMNO 2021
  6. ^ 5,571 perwakilan sertai PAU 2021
  7. ^ "Kit Media & Aturcara Perhimpunan Agung UMNO 2021". UMNO online. 14 Mac 2022. Dicapai pada 18 Mac 2022.