Perhimpunan anti GST

Perhimpunan anti GST dirancang diadakan di bangunan Parlimen Malaysia pada hari Isnin, 15 Mac 2010 jam 9.00. Penyelaras perhimpunan ini ialah Dr Hatta Ramli. Seramai 2,000 orang telah hadir bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagaimanapun perhimpunan ini ditangguhkan kerana kerajaan membatalkan membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen .

Bantah GST sunting

Cukai barangan dan perkhidmatan akan dikenakan kepada orang ramai bagi menambah pendapatan negara .

Amaran polis sunting

Pada 12 Mac 2010, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman meminta orang ramai tidak mendekati perhimpunan itu kerana tiada permit.Polis mendapati risalah perhimpunan telah disebarkan di sekitar Kuala Lumpur selain di internet. Kesesakan jalan raya akan mengganggu aktiviti orang ramai.[1]

Batal perhimpunan sunting

Perhimpunan pada 15 Mac 2010 dibatalkan setelah kerajaan (Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah) setuju mendengar suara rakyat terlebih dahulu. Penyelaras protes ialah Dr Hatta Ramli. Turut hadir ialah setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan; setiausaha Dewan Pemuda PAS, Kamaruzzaman Mohamad; ahli jawatankuasa Muslimat PAS, Aiman Athirah dan beberapa aktivis reformasi dan NGO dari Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).[2]

Rujukan sunting