Peristiwa (fizik zarah)
Dalam fizik zarah, suatu peristiwa merujuk kepada hasil sejurus selepas terjadinya interaksi asas antara zarah subatom, yang berlaku dalam jangka masa sangat singkat, di kawasan ruang setempat yang tepat. Disebabkan prinsip ketakpastian, peristiwa fizik zarah tidak sama makna dengan peristiwa teori kerelatifan, iaitu satu titik ruang-masa yang boleh diketahui dengan tepat, dipanggil koordinat ruang-masa.
Gambaran keseluruhan
suntingDalam sebuah peristiwa fizik zarah yang lazim, zarah yang masuk akan terserak atau musnah, dan hingga ratusan zarah dapat dihasilkan, walaupun hanya sebilangan kecil daripadanya mungkin zarah baharu yang belum ditemui lagi.[1]
Dalam kebuk gelembung dan kebuk awan, "peristiwa" boleh dilihat dengan cerapan jejak zarah bercas yang muncul dari ruang peristiwa sebelum dilengkung medan magnet kebuk. Dalam pemecut zarah moden, peristiwa adalah hasil interaksi yang berlaku apabila alur zarah bersilang di dalam pengesan zarah.
Kuantiti fizikal digunakan untuk menganalisis peristiwa termasuk keratan rentas pembezaan, fluks alur (bergantung kepada ketumpatan bilangan dan halaju purata zarah alur), serta kadar dan luminositi eksperimen.[meragukan ]
Setiap peristiwa fizik zarah bermodelkan teori serakan berasaskan teori medan kuantum zarah dan interaksinya. Diberi zarah masuk peristiwa, matriks-S digunakan untuk mencirikan kebarangkalian pelbagai keadaan zarah keluar. Untuk teori medan kuantum yang sesuai, matriks-S boleh dikira dengan pengembangan usikan dalam bentuk gambar rajah Feynman.
Peristiwa berlaku secara semula jadi dalam astrofizik dan geofizik, seperti hujanan zarah subatom terhasil daripada peristiwa serakan sinar kosmik.
Rujukan
sunting- ^ Committee on Elementary-Particle Physics, National Research Council (1998). Elementary-Particle Physics: Revealing the Secrets of Energy and Matter. National Academies Press. m/s. 91. ISBN 978-0-309-060-370.
Bacaan lanjut
sunting- D.H. Perkins (2000). Introduction to High Energy Physics. Cambridge University Press. ISBN 978-0-52162-1960.
- B. R. Martin, G.Shaw. Particle Physics (ed. 3rd). Manchester Physics Series, John Wiley & Sons. m/s. 3. ISBN 978-0-470-03294-7.