Perodua Rusa
Perodua Rusa ialah sebuah mikrovan dan MPV pertama Perodua. Rekaannya diambil dari model Daihatsu D-130 Jumbo (Indonesia) yang memiliki rekabentuk seperti Daihatsu Hijet Maxx. Pelancaran pertama pada tahun 1996 Perodua Rusa 1.3CX (model biasa 2 tempat duduk enjin 1.3 liter. Pada tahun 1997, dilancarkan Perodua Rusa 1.3 GX (7 tempat duduk enjin 1.6 liter).
Perodua Rusa | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Perodua |
Pengeluaran | 1996-2007 |
Kelas | Mikrovan |
Gaya badan | Van 5-pintu |
Pelantar | Susun atur FR |
Enjin | Enjin petrol HD-C, disejukkan air, 4-silinder sebaris, 4-kitar, 16-injap, SOHC. |
Jarak roda | 2,080 mm (81.9 in) |
Panjang | 3,880 mm (152.8 in) |
Lebar | 1,560 mm (61.4 in) |
Tinggi | 1,845 mm (72.6 in) |
Berat Curb | 935 kg (2,061 lb) — 1,145 kg (2,524 lb) |
Berkait | Daihatsu Atrai Daihatsu Hijet |
Nama rusa berasal daripada nama seekor binatang yang mempunyai tanduk bercabang. Sebelum digantikan dengan lambang Perodua, lambang asal van ini adalah gambar rusa melompat.
Selepas itu, Perodua Rusa dikeluarkan lagi dengan versi facelift dimana terdapat perubahan pada grill, rim baru dan lampu belakang yang diletakkan 'reflecting tape'.
Galeri
suntingPautan luar
sunting- Perodua Malaysia
- Perodua Rusa Diarkibkan 2007-03-15 di Wayback Machine di perodua.co.uk