Perpustakaan Nablus

Perpustakaan Nablus merupakan perpustakaan awam tertua dan terbesar di Tebing Barat.[1] Perpustakaan ini dibina oleh perbandaran Nablus denan bantuan dari kerajaan Jordan pada tahun 1960.[2] Bangunan tersebut merupakan struktur dari era Uthmaniyah, yang dahulunya merupakan sebuah kafe.[3] Perpustakaan dikelilingi sebuah taman yang digunakan sebagai ruang komuniti untuk pengajaran dan majlis.[4] Ketika Intifadah Pertama, semua sekolah dan universiti di Tebing Barat telah ditutup, namun perpustakaan ini kekal beroperasi.[2]

Terdapat kira-kira 80,000 buah buku di perpustakaan ini dan kebanyakannya dalam bahasa Arab.[3] Selain itu, Perpustakaan Nablus juga mempunyai koleksi arkib yang penting termasuklah arkib bahan yang dibuat dan digunakan oleh tahanan Palestin ketika di di penjara Israel sekitar tahun 1975 dan 1995; koleksi peribadi Qadri Tuqan, iaitu seorang pendidik Nablus dan pengasas Kolej An-Najah (kini Universiti Kebangsaan An-Najah).[4][5] Koleksi lain adalah koleksi surat khabar Palestin dari tahun 1920-an dan jua koleksi dokumen mahkamah syariah dari Palestin utara.[2] Perpustakaan ini turut menerima sumbangan tesis dari para pelajar Universiti Kebangsaan An-Najah.[4]

Pada tahun 2000, Perpustakaan Nablus melaporkan menerima 500 orang pelawat dengan 300 buah buku dipinjam keluar setiap hari.[2] Menurut International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA), pada tahun 2000 perpustakaan ini mempunyai 27 orang staf dengan 4 orang daripadanya mempunyai pendidikan dalam bidang sains perpustakaan.[2] Kini, mereka mempunyai 46 orang staf.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Abdullahi, Ismaïl (2009). Global Library and Information Science: A Textbook for Students and Educators. Munich: K.G. Saur. m/s. 425. ISBN 978-3-598-22042-5.
  2. ^ a b c d e Bergan, Erling (August 2000). "Libraries in the West Bank and Gaza: Obstacles and Possibilities" (PDF). IFLA Council and General Conference: Conference Proceedings. Dicapai pada April 12, 2015.
  3. ^ a b "The Nablus Library". Nablus Guide. Project Hope. Dicapai pada 28 March 2011.
  4. ^ a b c "Nablus Public Library". Librarians with Palestine. Dicapai pada April 12, 2015.
  5. ^ "Prisoner's Section, Nablus Public Library". Librarians with Palestine. Dicapai pada April 12, 2015.
  6. ^ "The Public Library". Nablus Municipality. 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-27. Dicapai pada April 16, 2015.

Pautan luar sunting