Persatuan Nusantara

Persatuan Nusantara (PN) adalah badan bukan kerajaan yang menampung kepentingan fellow penyelidik, profesor, pensyarah, pelajar dan siswazah daripada institisi akademik, universiti dan sekolah tinggi di Moscow dan St. Petersburg yang mempelajari tentang daerah luas yang didiami oleh orang-orang yang menggunakan bahasa-bahasa Austronesia. Ini termasuklah Indonesia, Malaysia, Negara Brunei Darussalam, Filipina, Madagascar dan Oceania begitu juga Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan (Republik China) dengan penduduk minoriti Austronesia. Ianya telah ditubuhkan pada 10 Januari 1990 dan didaftarkan pada 7 Julai 1992 di Moscow, Rusia. Penganjur penubuhannya ialah Dr. Boris Parnickel (1934 -2004) yang sejak penubuhannya sampai wafatnya menjadi presiden. PN menjadi anggota bersekutu kepada Persatuan Eropah bagi Pengkajian Asia Tenggara sejak tahun 1992.

Persatuan Nusantara
Logo Persatuan Nusantara
Maklumat am
Jenisilmiah
Ibu pejabatMoscow
Penubuhan
PengasasDr. Poris Parnickel
AsalRusia
Dahulu dikenaliSeminar Melayu-Indonesia
Identiti
Kawasan berkhidmatRusia
Fokuspenyelidikan
Laman sesawang[[1]]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Matlamat

sunting

Tujuan utama aktiviti ilmiah Persatuan Nusantara ini ialah penubuhan hubungan saintifik dengan institusi dan universiti di Nusantara, Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, mengadakan pertukaran buku, majalah dan lain-lain bahan, menyusun penyelidikan bersama, mengatur pertemuan dan seminar. Persatuan ini bercadang untuk menggalakkan kerja penyelidikan siswazah dan pelajar dan memberi kemudahan percubaan kepada ahli-ahli ilmuan Rusia, siswazah dan pelajar di seberang laut. Seberapa jauh yang boleh, Persatuan ini bersedia untik memberi sokongan dalam pertukaran maklumat di antara negara-negara Nusantara dengan Rusia, mengadakan berbagai macam pameran, pertunjukan, penayangan video dan filem di samping memberi kemudahan kunjung-mengunjungi di antara kedua belah pihak.

Kerjasama

sunting

Persatuan Nusantara tidak mempunyai pejabatnya sendiri, ia banyak bergantung kepada Institut Negara-Negara Asia dan Afrika (INNAA) di bawah naungan Universiti Negara Moscow dan Persatuan Geografi Rusia cawangan Moscow yang menjadi tempat bersidang dan di mana seminar Melayu-Indonesia - tempat titik tumbuh Persatuan Nusantara ini - diadakan. Penubuhan pada bulan Jun 1998 Pusat Pengajian Nusantara di INNAA membuka lembaran baru dalam sejarah Persatuan Nusantara kerana dengan ini ia mempunyai tempat yang tetap untuk bersidangnya dan lebih penting lagi untuk menyimpan perpustakaan di sana. Persatuan Nusantara juga menjalin kerjasama yang rapat dengan Institut Negara-Negara Asia Afrika, Perpustakaan Negara Rusia, Institut Bahasa dan Antropologi Diraja Belanda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Universiti Kebangsaan Malaysia, GAPENA.

Publikasi

sunting

Persatuan Nusantara menerbitkan setiap tahun satu kumpulan makalah dengan judul "Malaysko-Indoneziyskie Issledovania" (Kajian Melayu-Indonesia) (pada tahun 2018 keluaran XX diterbitkan).

Lembaga Pengelola

sunting

Semua kegiatan Persatuan Nusantara digerakkan oleh sebuah lembaga yang terdiri daripada seorang Presiden, dan lima orang ahli (2016).

  • Ketua: Prof. Dr. Sikorsky Vilen Vladimirovich (Kursus Tinggi Bahasa-Bahasa Asing, Kementerian Luar Negara Rusia)
  • Timbalan Ketua Dr. Pogadaev Victor Aleksandrovich (Akademi Diplomasi Kementerian Luar Negara Rusia)

Ahli Lembaga:

  • Dr. Kukushkina Eugenia Sergeevna (Institut Negara-Negara Asia dan Afrika)
  • Dr. Mark Ulianov (Institut Negara-Negara Asia dan Afrika)
  • Dr. Ogloblin Alexander (Universiti Negara St. Petersburg)

Ahki kehormat Datuk Dr. Kemala (sejak 22.11.2017)

Rujukan

sunting
  • "The Nusantara Society" - in. European Newsletter of Sout-East Asian Studies. Vol. 9, Leiden, 1996, N 1, p. 51-52
  • "Persatuan Nusantara Rusia" - in: Warta Gapena. Kuala Lumpur, Ogos 1966, p. 11.
  • Pogadaev V.A., Sikorsky V.V. Obsyestvu Nusantara 5 let (Persatuan Nusantara genap 5 tahun)in: Vostok (Oriens). 1997, N3, h. 159 – 160.
  • http://www.iaas.msu.ru/cen_r/nstr_r.html Diarkibkan 2009-07-13 di Wayback Machine