Persatuan Pemain Tenis Profesional
Persatuan Pemain Tenis Profesional (bahasa Inggeris: Association of Tennis Professionals) atau ATP merupakan badan melindungi kepentingan pemain tenis lelaki antarabangsa. Ia ditubuhkan pada 1972 dan menganjurkan kejohanan tenis lelaki antarabangsa, ATP Tour sejak 1990.
ATP Tour
suntingATP Tour meliputi kejohanan-kejohanan tenis profesional seperti ATP Masters Series, ATP International Series Gold, ATP International Series serta ATP Challenger Series. Pemain serta psukan beregu yang mempunyai mata ranking paling banyak pada akhir tahun bermain dalam Piala Masters Tenis, yang dianjurkan bersama dengan Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF). Futures Tournament dianjurkan oleh ITF untuk membantu pemain membaiki ranking mereka. Manakala keempat-empat kejohanan Grand Slam dianjurkan oleh ITF.
Kategori | Bilangan | Wang tunai (USD) | Mata ranking pemenang | Badan penganjur |
---|---|---|---|---|
Grand Slam | 4 | 6,784,000 hingga 9,943,000 | 1,000 | ITF |
ATP World Tour Finals | 1 | 4,450,000 | 750 | ATP & ITF |
ATP World Tour Masters 1000 | 9 | 2,450,000 hingga 3,450,000 | 500 | ATP |
ATP World Tour 500 Series | 9 | 755,000 hingga 1,426,250 | 300 to 250 | ATP |
ATP World Tour 250 Series | 43 | 416,000 hingga 1,000,000 | 250 to 175 | ATP |
ATP Challenger Series | 115 | 25,000 hingga 150,000 | 50 to 100 | ATP |
Futures | 420 | 10,000 and 15,000 | 12 to 24 | ITF |
2009
suntingPada 2009, ATP Tour akan distrukturkan semula. Kejohanan-kejohanan akan dikelaskan sebagai 100 series, 500 series dan 250 series. 1000 series merangkumi pertandingan di Indian Wells, Miami, Rome, Madrid, Kanada, Cincinnati, Shanghai dan Paris, serta Akhir Masters Tenis di London. 500 series pula meliputi pertandingan di Rotterdam, Dubai, Acapulco, Memphis, Barcelona, Washington, Beijing, Tokyo, Basel dan Valencia.
Warga
suntingEtienne de Villiers ialah Pengerusi Eksekutif dan Presiden ATP, manakala Mark Young ialah Ketua Eksekutif Americas, Andy Anson Ketua Eksekutif Eropah, dan Brad Drewett Ketua Eksekutif Antarabangsa.
Lembaga ATP dianggotai oleh Presiden dan wakil kejohanan, iaitu Željko Franulović, Charlie Pasarell dan Graham Pearce, serta tiga orang wakil pemain.
Majlis Pemain ATP yang dianggotai oleh 10 orang pemain dan menasihati Lembaga ATP.