Persatuan Zapin Muar Johor

Persatuan Zapin Muar Johor (PERZIM)[1] adalah persatuan yang giat melestarikan repertoir-repertoir zapin yang terdapat di daerah Muar, Johor.

PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR (PERZIM)
Kerangka
KependekanPERZIM
Jenis/bentuk sahPertubuhan Kesenian dan Kebudayaan
Sejarah
Ditubuhkan2022
Lokasi
Lokasi
  • Muar, Johor, Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan ini sering menganjurkan acara Main Zapin di daerah Muar. Ahli-ahli yang terdapat didalam persatuan ini adalah merupakan gabungan pewaris dan penggiat zapin-zapin di daerah muar.

Persatuan Zapin Muar Johor adalah merupakan persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Registrar of Society). Muat turun Profail Persatuan Zapin Muar Johor.

Sejarah Penubuhan[1] sunting

Idea asal untuk menubuhkan sebuah persatuan yang memelihara zapin di daerah Muar telah dicetuskan dan dibincangkan sekian lama oleh Encik Salimi Mohd Shah (Pengasas Kumpulan Muzik Zapin Kencana Sari & Pengerusi PERZIM-2022-kini) bersama-sama dengan Encik Mohd. Iskandar Shah bin Abdullah (Pengerusi AJK Penaja PERZIM & Timbalan Pengerusi PERZIM-2022-kini). Sungguhpun begitu, idea tersebut dipendamkan dan tiada tindakan susulan dibuat berikutan pelbagai kekangan termasuk jumlah ahli yang belum mencukupi untuk membentuk sebuah persatuan.[1]


Pada 20 Mei 2022, Encik Hafzan Zannie bin Hamza (Penasihat merangkap Bendahari PERZIM-2022-kini) telah menyampaikan idea beliau untuk menubuhkan sebuah persatuan yang dipanggil "Persatuan Zapin Muar" kepada Mohd. Iskandar Shah bin Abdullah setelah menonton Program Pesta Bulan Mengambang anjuran Persatuan Jawa Parit Bugis Muar (PJPBM) di Parit Bugis, Muar Johor. Cetusan idea ini telah dibincangkan secara lanjut oleh Saudara Iskandar bersama-sama dengan Encik Salimi Mohd Shah dan Prof. Dr. Mohd Anis Md Nor (pengkaji zapin) untuk mendapatkan pandangan dan saranan mereka. Setelah itu, Iskandar memberanikan diri menggalas tanggungjawab untuk mengumpulkan individu yang berminat dan menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PERZIM.[1]

 
Gambar AJK Penaja PERZIM


Mesyuarat Jawatankuasa Penaja PERZIM telah dianjurkan pada 29 Mei 2022, 8.30 malam, bertempat di Homestay Masnom binti Haron, Parit Nombor 4, Jalan Parit Yusof, Muar, Johor. Seramai 19 orang ahli mesyuarat yang hadir telah bersepakat untuk menubuhkan dan mendaftarkan persatuan, meluluskan perlembagaan (secara dasar), dan seterusnya melantik AJK Penaja PERZIM untuk tujuan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (R.O.S). Selain itu, mesyuarat turut bersetuju melantik Saudara Hafzan Zannie bin Hamza  sebagai penasihat untuk membimbing AJK Penaja dalam urusan pendaftaran pertubuhan. AJK Penaja PERZIM yang telah dilantik adalah:

  1. Pengerusi - ENCIK MOHD ISKANDAR SHAH BIN ABDULLAH
  2. Timbalan Pengerusi - ENCIK MUHAMAD HAIZAL BIN SUPIAN
  3. Setiausaha - PUAN WAN SHAFAZILA BTE WAN ARIFIN
  4. Penolong Setiausaha - PUAN NUR IRWANI BINTI ABIDIN
  5. Bendahari - ENCIK MOHD ZAMRI BIN KANDOR
  6. AJK Biasa - ENCIK ZAINUDDIN BIN JUMINGAN
  7. AJK Biasa - ENCIK WAN ARIFIN BIN SABRAN

Maklumat Pertubuhan sunting

Pendaftaran PERZIM telah diluluskan pada 9 Ogos 2022 dengan sekali percubaan, dan diluluskan dengan butiran seperti berikut:


Nama pertubuhan: Persatuan Zapin Muar Johor (PERZIM)

Nombor pendaftaran: (PPM-032-01-09082022)

Alamat: No. 27-7 Jalan Sri Temenggung 16, Taman Sri Temenggung, Jalan Temenggung Ahmad, 84000, Muar, Johor.

Visi, Misi & Objektif[1] sunting

​Visi: Menjadi persatuan yang terkemuka dalam memelihara dan melestari warisan budaya permainan zapin untuk generasi akan datang.

​Misi: Memelihara dan mempromosikan seni tradisional permainan zapin yang merangkumi tarian dan muzik melalui pendidikan, persembahan dan penglibatan masyarakat.

​Objektif: Memastikan kewujudan dan pertumbuhan berterusan tarian dan muzik zapin sebagai sebahagian daripada warisan budaya yang signifikan untuk generasi akan datang.

Ahli Jawatankuasa PERZIM[1] sunting

 
Gambar AJK Persatuan Zapin Muar Johor (2022-2024)

Pada 1 Oktober 2022, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama telah dianjurkan di kampung Sungai Balang Besar. Ahli Jawatankuasa baharu telah dilantik untuk menerajui persatuan selama dua tahun (2022-2024). AJK baharu yang telah dilantik adalah:


PENGERUSI - ENCIK MOHD SALIMI BIN SHAH

TIMBALAN PENGERUSI - ENCIK MOHD ISKANDAR SHAH BIN ABDULLAH

SETIAUSAHA - PUAN WAN SHAFAZILA BTE WAN ARIFIN

PENOLONG SETIAUSAHA - ENCIK MOHAMAD YASSER BIN ISHAK

BENDAHARI (MERANGKAP PENASIHAT) - ENCIK HAFZAN ZANNIE BIN HAMZA


AJK BIASA - ENCIK MD BAHRUDDIN BIN AHMAD

AJK BIASA - ENCIK NORLI BIN BASIRON


BIRO KEBAJIKAN

ENCIK NORLI BIN BASIRON (K)

ENCIK MOHD ZAMRI BIN KANDOR

BIRO EKONOMI

ENCIK MD BAHRUDDIN BIN AHMAD (K)

PUAN NUR IRWANI BINTI ABIDIN

UNIT MULTIMEDIA

ENCIK MOHD FAUZI BIN MAHFAR

EN MUHAMMAD ZHARIF AZZUDIN BIN MOHD TAHIR

UNIT KOMUNIKASI & PROTOKOL

ENCIK MOHD ZULHELMY BIN RAHMAT

PN WAN NURHANIM BINTI WAN ARIFIN

UNIT TARI

ENCIK MOHD HAIZAL BIN SUPIAN

ENCIK MUHAMAD NOOR AIMAN BIN BANI

UNIT MUZIK

ENCIK WAN ARIFIN BIN SABRAN

ENCIK SHAHRIHAN BIN A. HAMID

ENCIK MOHD FAZLEE BINAHMAD YUSOF

Logo PERZIM[1] sunting

 
Logo Persatuan Zapin Muar Johor (PERZIM)


Logo Persatuan Zapin Muar Johor adalah merupakan gabungan elemen tipografi perkataan ‘zapin’ dan ilustrasi yang menjalin imej ‘laras gambus seludang’ serta ‘lelaki bersongkok’ yang melambangkan kesepaduan di antara budaya bermain tari dan muzik zapin dengan pemain zapin di Negeri Johor.[1]

Tipografi ‘Zapin’

Budaya tari zapin adalah sangat sinonim dengan orang di daerah Muar, Johor sehingga ia mampu merentasi bangsa dan agama. Perkataan ‘Zapin’ dijalinkan di dalam logo persatuan untuk menzahirkan teras tujuan persatuan yang berhasrat memperjuang, memelihara dan melestari Zapin Muar. Warna kelabu pada huruf ‘Z’ merupakan keseimbangan gabungan dua warna asas hitam dan putih yang mencerminkan komitmen persatuan dalam menyeimbangkan keperluan memelihara dan mempromosikan zapin di rantau ini.[1]

Ilustrasi ‘laras gambus seludang’ dan ‘lelaki bersongkok’

Keistimewaan logo zapin muar adalah terletak pada olahan imej rupa manusia yg memakai songkok tinggi yang sangat sinonim dengan penari lelaki tarian zapin. Imej songkok tinggi dan laras gambus di belakangnya adalah simbolik untuk mewakili tarian zapin, terutamanya zapin di negeri Johor. Ini berikutan keterkaitannya dengan sejarah zapin dahulunya dibawa oleh pedagang arab ke Tanah Melayu yang hanya dimainkan oleh kaum lelaki.[1]

Kumpulan Kesenian & Kebudayaan Berdaftar dibawah PERZIM sunting

PERZIM turut berasosiasi (bekerjasama rapat), memandu, menyelia dan memberikan khidmat nasihat kepada beberapa institusi, kumpulan-kumpulan kesenian dan kebudayaan serta sekolah-sekolah yang berhasrat memantapkan ilmu pengetahuan berkenaan zapin di daerah Muar. Antaranya termasuk:

  1. Program Tari, Jabatan Seni Persembahan, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI (Tanjong Malim, Perak)[2]
  2. Kumpulan Zapin Kencanasari (Muar, Johor)
  3. Kumpulan Zapin Seri Serumpun (Muar, Johor)
  4. Sekolah Kebangsaan Sungai Balang Darat (Muar, Johor)
  5. Sekolah Kebangsaan Parit Nombor 5 (Muar, Johor)
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti (Muar, Johor)
  7. Sekolah Kebangsaan Dumpar (Muar, Johor)
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar (Muar, Johor)

Program & Aktiviti (Pautan Luar) sunting

  1. Acara Main Zapin / Permainan Zapin[3][4][5][6][7]
  2. Bengkel Zapin Muar[8]
  3. Program Jangkauan Komuniti
  4. Projek Rakaman Tradisi Permainan Zapin Bersama ABU-RTM
  5. Persembahan Zapin di UPSI, Tanjong Malim[9]

Zapin di Daerah Muar sunting

Berikut adalah senarai repertoir zapin di daerah Muar yang menjadi tanggungjawab PERZIM untuk dipelihara dan dilestarikan:

  1. Zapin Mahpom[10][11][12]
  2. Zapin Ginjat/Dinjat[10][13][14]
  3. Zapin Pat Lipat[15]
  4. Zapin Putar Alam
  5. Zapin Lenga[9]
  6. Zapin Parit Sakai[10]
  7. Zapin Tanjong Selabu[8]

Pautan Luar sunting

Laman web rasmi Persatuan Zapin Muar Johor

Saluran YouTube Rasmi Persatuan Zapin Muar Johor

Laman Facebook Rasmi

Laman Instagram Rasmi

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j "Home". Persatuan Zapin Muar (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-12.
  2. ^ KOMPILASI ZAPIN MUAR OLEH UPSI DAN PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR | PERSEMBAHAN RESTAR'23, dicapai pada 2023-08-15
  3. ^ ZAPIN GINJAT | MAIN ZAPIN 9 JUN 2023 | PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR (PERZIM), dicapai pada 2023-08-15
  4. ^ Hamza, Hafzan Zannie (2023-06-30). "Exploring the Elements of Main Zapin: A Preliminary Reports and Studies from Fieldwork in Johor". Jurai Sembah (dalam bahasa Inggeris). 4 (1): 9–20. doi:10.37134/juraisembah.vol4.1.2.2023. ISSN 2716-5523.
  5. ^ ZAPIN MUAR | MAIN ZAPIN 10 MAC 2023 | PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR | ZAPIN MELAYU JOHOR, dicapai pada 2023-08-15
  6. ^ Main Zapin 22 Sept 2022 oleh Persatuan Zapin Muar Johor #mainzapin #zapinjohor #zapinmuar #tradisi, dicapai pada 2023-08-15
  7. ^ Main Zapin 10 Mac 2023 oleh Persatuan Zapin Muar Johor #mainzapin #zapinjohor #zapinmuar #tradisi, dicapai pada 2023-08-15
  8. ^ a b BENGKEL ZAPIN TANJUNG SELABU DI PONTIAN, JOHOR, dicapai pada 2023-08-15
  9. ^ a b ZAPIN PARIT SAKAI, ZAPIN PAT LIPAT, ZAPIN GINJAT, ZAPIN MAHPOM, ZAPIN LENGA | UPSI #zapinmelayujohor, dicapai pada 2023-08-15
  10. ^ a b c ZAPIN PARIT SAKAI, ZAPIN MAHPOM & GINJAT | MAIN ZAPIN 9 JUN 2023 | PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR, dicapai pada 2023-08-15
  11. ^ ZAPIN GINJAT & ZAPIN MAHPOM | MAIN ZAPIN 9 JUN 2023 | PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR (PERZIM), dicapai pada 2023-08-15
  12. ^ ZAPIN MAHPOM & ZAPIN GINJAT | PERMAINAN ZAPIN OLEH WAK LIMI DAN HAIZAL | PERZIM, dicapai pada 2023-08-15
  13. ^ ZAPIN GINJAT & ZAPIN MAHPOM | MAIN ZAPIN 9 JUN 2023 | PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR (PERZIM), dicapai pada 2023-08-15
  14. ^ ZAPIN MAHPOM & ZAPIN GINJAT | PERMAINAN ZAPIN OLEH WAK LIMI DAN HAIZAL | PERZIM, dicapai pada 2023-08-15
  15. ^ ZAPIN PAT LIPAT | MAIN ZAPIN 9 JUN 2023 | PERSATUAN ZAPIN MUAR JOHOR (PERZIM), dicapai pada 2023-08-15