Pertandingan Keris

Pertandingan keris diadakan pada 24 Ogos 2009 di perkarangan Kompleks Muzium Negeri Terengganu,Kuala Terengganu,Terengganu dan terbuka kepada peserta Nusantara seperti dari Indonesia, Brunei dan Thailand.


Penganjur ialah Persatuan Seni Purba Terengganu , Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan kerjasama pelbagai pihak.

Kategori: sunting

Lapan kategori keris akan dipertandingkan iaitu :

  1. Keris Malela
  2. Keris Bugis Lok
  3. Keris Bugis Sepokal
  4. Keris Alang Berpamor
  5. Keris Alang Tanpa Berpamor
  6. Keris Pandai Sarah Berpamor
  7. Keris Pantai Sarah Tanpa Pamor
  8. Senjata antik kategori bebas

Pemarkahan sunting

Penolong Kurator, Perhubungan dan Pemasaran Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Azlaizie Razali menyatakan pemarkahan :

  1. 70 peratus markah akan dinilai dari bentuk mata keris, jenis besi dan ketahanannya
  2. 10 peratus nilai pada sarung (bahan, bentuk dan hiasan)
  3. 10 peratus pada hulu (bahan, bentuk dan hiasan)
  4. 5 peratus pendokok (bahan dan bentuk)
  5. 5 peratus berasaskan keserasian dan keterampilan

Tujuan sunting

Tujuannya ialah:

  1. Menghidupkan minat masyarakat terhadap kesenian keris dan mewujudkan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengannya seperti industri membuat senjata Melayu, pembuatan kraf tangan seperti sarung keris, hulu, ukiran, perak dan sebagainya.
  2. Acara dalam kelendar pelancongan negeri Terengganu
  3. Menarik kehadiran pelancong ke Terengganu di mana peminat senjata warisan Melayu ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh pelosok Nusantara.

[1]

Rujukan sunting