Pesan hantar merupakan salah satu cara perdagangan runcit. Peruncit, pemasar atau ejen pesan hantar akan memasarkan sesuatu produk yang disimpan oleh pembekal atau pengilang. Apabila produk tersebut dipesan atau dibayar, ejen pesan hantar akan memaklumkan kepada pembekal apabila pembekal akan menghantar produk tersebut kepada pelanggan. Ejen pesan hantar kemudian akan dibayar oleh pembekal berdasarkan keuntungan dalam bentuk komisen ataupun ejen pesan hantar tersebut akan membayar kos produk kepada pembekal mengikut program yang telah ditetapkan.

Sistem pesan hantar dapat mengurangkan kos peruncitan dan semakin digunakan pada masa kini.[bila?]

Program pesan hantar pada ringkasnya adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan pihak ketiga menggunakan rangkaian internet atau cara pemasaran konvensional. Program-program pesan hantar yang berada di pasaran kini[bila?] kebanyakannya menjual buku-e, namun terdapat juga yang menjual produk khusus seperti fesyen.