Pesona (album 2006)

album 2006

Pesona merupakan sebuah album studio kesebelas nyanyian penyanyi popular Malaysia, Fauziah Latiff yang diterbitkan pada 2006. Ia merupakan album istimewa kerana mendapat sentuhan daripada komposer terkenal Amerika Syarikat iaitu Jim Brickman. Brickman yang sebelum ini pernah memberikan lagu Destiny kepada penyanyi popular Misha Omar bersetuju untuk memberi sejumlah lagu untuk dirakamkan oleh Fauziah dalam versi Bahasa Melayu. Album ini diterbitkan oleh Fauziah sendiri bersama komposer Sharon Paul.

Pesona
With The Touch of Jim Brickman
Album studio oleh Fauziah Latiff
Dikeluarkan pada2006
GenrePop
SyarikatFirmzz Entertainment
PenerbitSharon Paul
Fauziah Latiff
Kronologi Fauziah Latiff
Di Sebalik
(1999)
Pesona
(2001)
Balada
(2008)

Idea pembikinan album ini tercetus apabila Fauziah dijemput untuk mengiringi persembahan konsert Brickman di Genting Highlands pada tahun 2003.

Album ini turut memuatkan 2 buah lagu rakaman semula, salah satunya lagu Sahabat dinyanyikan bersama penyanyi Filipina, Phoebe. Untuk mempromosikan album ini, Fauziah bersama beberapa rakan artis seperti Noraniza Idris menjelajah ke seluruh Malaysia menerusi "Stars On Tour 2006".

Album ini terjual sebanyak 10,000 unit pada 3 bulan pertama di pasaran.

Lagu-laguSunting

  1. "Hakikat Cinta" Your Love
  2. "Sahabat" duet bersama Phoebe
  3. "Dilema Mimpi"I'm Amazed
  4. "Medley (Digamit Memori / Segalanya Berakhir Di Sini)"
  5. "Berjanjilah"Simple Things
  6. "Kekasihku" Valentine
  7. "Seindah Cintamu" Beautiful
  8. "Hari Yang Istimewa"