Buka menu utama


Perhiasan Palazzo del Cinema semasa temasya festival filem ke-74 pada tahun 2017.

Festival Filem Venice atau Festival Filem Antarabangsa Venice (Bahasa Itali: Mostra Internazionale d'Arte Cinematografica della Biennale di Venezia, "Pameran Seni Sinematografi Antarabangsa Dwitahunan Venice"), didirikan pada tahun 1932, adalah festival filem yang tertua di dunia, dan salah satu festival filem "Tiga Besar"  bersama Festival Filem Cannes dan Festival Filem Antarabangsa Berlin.[1][2]

Acara ini merupakan sebahagian dari temasya Venice Biennale yang telah diasaskan oleh Majlis Kota Venice pada tahun 1895. Temasya tersebut kini merangkumi pelbagai acara yang berasingan termasuk: Pameran Seni Antarabangsa; Festival Muzik Kontemporari Antarabangsa; Festival Teater Antarabangsa; Pameran Seni Bina Antarabangsa; Festival Tarian Kontemporari Antarabangsa; Karnival Kanak-Kanak Antarabangsa; dan Festival Filem Venice berlangsung setiap tahun, iaitu acara yang yang boleh dikatakan paling terkenal antara semua acara ini.

Festival filem ini berlangsung pada akhir bulan Ogos atau awal September di pulau Lido, Venice, Itali. Acara tayangan utama filem yang menjadi tumpuan tarikan diadakan di bangunan Palazzo del Cinema yang bersejarah di Lungomare Marconi serta di tempat-tempat lain yang berdekatan. Sejak awal penubuhannya, Festival Filem Venice telah berkembang menjadi salah satu festival filem yang paling berprestij di dunia.

PengurusanSunting

Pengurusan acara ini turut dikendalikan presiden Venice Biennale yang mewakilinya di hadapan pihak berkuasa dan media, jawatan ini dilantik oleh Kementerian Warisan Budaya Itali.

Anugerah diberikanSunting

Ada seberapa anugerah berprestij dikurnia sewaktu temasya acara ini berlangsung:

  • Leone d'Oro ("Singa Emas") - anugerah untuk filem tayangan terbaik festival
  • Leone d'Argento ("Singa Perak") - anugerah untuk pengarah filem terbaik sepanjang festival berlangsung

RujukanSunting

Pautan luarSunting