Philipp Lahm (lahir, 11 November 1983) merupakan seorang pemain bola sepak Jerman yang bermain di posisi pertahanan dan kadang kala bermain di posisi Pemain tengah. Beliau kini bermain di kelab Bundesliga iaitu FC Bayern Munich. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai kapten pasukan.

Philipp Lahm
Lahm pada 2011
Maklumat peribadi
Nama penuh Philipp Lahm
Tarikh lahir (1983-11-11) 11 November 1983 (umur 40)
Tempat lahir Munich, Jerman Barat
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Pertahanan / Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bayern Munich
Nombor 21
Kerjaya remaja
1989–1995 FT Gern München
1995–2001 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2001–2003 Bayern Munich II 63 (3)
2002– Bayern Munich 316 (12)
2003–2005VfB Stuttgart (dipinjam) 53 (2)
Pasukan kebangsaan
1999 Jerman B17 1 (0)
2000 Jerman B18 1 (0)
2001–2002 Jerman B19 9 (1)
2002–2003 Jerman B20 6 (0)
2003 Germany B21 3 (0)
2004–2014 Jerman 113 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 10 Disember 2016 (UTC)

Lahm dianggap salah satu pemain pertahanan terbaik ketika generasinya dan telah dimasukkan ke dalam Piala Dunia 2006 dan 2010. Beliau juga dimasukkan ke UEFA Euro pada tahun 2008 dan 2012. Walaupun Lahm menggunakan kaki kanan tetapi beliau mampu untuk bermain di kedua-dua belah padang. Lahm sering memotong dari sayap ke tengah padang untuk pasing atau merembat. Beliau terkenal dengan kebolehan menggelecek lalu beliau telah diberikan nama samaran "Magic Dwarf".

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Michael Ballack
Kapten Jerman
2010–2014
Diikuti oleh:
Bastian Schweinsteiger