Piagam Bahasa Perancis

Piagam Bahasa Perancis (Perancis: La charte de la langue française), juga dikenali sebagai Rang Undang-undang 101 (Perancis: Loi 101) merupakan satu undang-undang bagi provinsi Quebec di Kanada dalam menentukan bahasa Perancis, bahasa majoriti penduduknya sebagai bahasa rasmi Quebec dan merangka hak asasi bahasa yang asas. Ia merupakan sebahagian daripada dasar bahasa di Quebec.

Dicadangkan oleh Camille Laurin, Menteri Pembangunan Kebudayaan di bawah Premier kerajaan pertama Parti Québécois, René Lévesque, ia telah diluluskan oleh Perhimpunan Kebangsaan dan diberikan Perkenan Diraja oleh Leftenan Gabenor Hugues Lapointe pada 26 Ogos 1977. Peruntukan piagam ini berkembang apabila Akta Bahasa Rasmi 1974 (Rang Undang-undang 22), yang telah digubal oleh Leftenan Gabenor dalam Parlimen semasa tempoh Premier kerajaan Parti Liberal Robert Bourassa untuk menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi Quebec. Sebelum tahun 1974, Quebec tidak mempunyai bahasa rasmi dan tertakluk hanya kepada keperluan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dan Perancis yang terkandung dalam Perkara 133 Akta Amerika Utara British 1867.[1]

Rang Undang-undang 101 telah dipinda lebih daripada enam kali sejak tahun 1977. Setiap pindaan telah menimbulkan kontroversi mengenai peruntukan penggunaan bahasa Perancis pada papan tanda komersial atau sekatan ke atas kemasukan ke sekolah Inggeris.[2]

Objektif sunting

Mukadimah piagam menyatakan bahawa Perhimpunan Kebangsaan memutuskan "untuk menjadikan bahasa Perancis bahasa Kerajaan dan Undang-undang, juga bahasa biasa dan harian kerja, arahan, komunikasi, perdagangan dan perniagaan". Ia juga menyatakan bahawa Perhimpunan Kebangsaan hendaklah meneruskan matlamat "dalam semangat keadilan dan berfikiran terbuka" dan mengiktiraf "hak orang Amerind dan Inuit Quebec".[3]

Nota sunting

  1. ^ "Akta Amerika Utara British 1867", di Wikisumber, Diambil pada 24 April 2008
  2. ^ "Debate on PQ language bill to begin". The Globe and Mail (dalam bahasa Inggeris). Toronto. 11 Mac 2013.
  3. ^ "The Charter of the French Language — Preamble" (dalam bahasa Inggeris). Office québécois de la langue française. Dicapai pada 23 April 2008.

Pautan luar sunting