Piagam Wanita (Singapura)

Piagam Wanita merupakan sebuah akta yang telah diluluskan oleh Parlimen Singapura pada tahun 1961. Akta ini dibentuk bagi meningkatkan dan melindungi hak-hak wanita di Singapura serta menjamin kesaksamaan undang-undang yang lebih besar kepada golongan ini dalam suatu perhubungan yang dibenarkan dibawah undang-undang (kecuali dalam hal ehwal perkahwinan orang Islam dimana ia ditadbir secara berasingan dibawah Pentadbiran Akta Undang-undang Islam). Dalam perkara-perkara lain, akta ini juga merangkumi institusi perkahwinan monogami, hak suami dan isteri dalam perkahwinan, perlindungan keluarga serta kepotensian undang-undang berkenaan perceraian dan perpisahan.

Piagam Wanita
Petikan
Ordinan No. 18 1961; kini Cap. 353, 2009 Rev. Ed.
Sejarah perundangan
Rang undang-undang
Rang Undang-undang Piagam Wanita

Pindaan terakhir Piagam ini adalah pada bulan Januari 2011. Pindaan tersebut memperkenalkan peruntukan bagi memudahkan perkahwinan di Singapura, menangani penceraian dan kesannya serta mengukuhkan penguatkuasaan perintah penyelenggaraan.

Pautan luarSunting