Piala Merlion

kejohanan bola sepak

Piala Merlion (Bahasa Inggeris: Merlion Cup) ialah kejohanan bola sepak jemputan yang diadakan di Singapura setiap tahun dari 1982–1986, 1992, 2009 dan 2019. Para peserta termasuk pasukan kebangsaan senior, pasukan Olimpik, XI Jemputan dan pasukan kelab. Selepas kejohanan 1986, empat pemain Kanada (Igor Vrablic, Hector Marinaro, David Norman dan Chris Chueden) telah digantung tugas selepas skandal mengatur perlawanan.

Piala Merlion
Ditubuhkan1982
Juara semasa Malaysia B-22
(gelaran pertama)
Pasukan paling berjaya Australia
(2 gelaran)
Piala Merlion 2023

Sejarah sunting

Piala Merlion yang julung kali diadakan pada 1982 dan diadakan setiap tahun sehingga 1986. Kejohanan itu tidak diadakan pada tahun 1987 kerana kekangan kewangan dan kejohanan yang dirancang akan mempunyai konflik penjadualan dengan Piala Malaysia. Edisi 1986 mengalami kehadiran perlawanan paling teruk sejak edisi sulung kejohanan itu pada 1982 dengan hanya 12,000 orang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir antara China dan Korea Utara.[1] Dua lagi edisi kejohanan telah diadakan-pada 1992 dan 2009.[2]

Perancangan untuk kembali pada 2016 sunting

Pada mesyuarat agung tahunan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) 2013, presiden FAS Zainudin Nordin menyatakan hasrat untuk menghidupkan semula kejohanan itu. Pada awal 2015, MP & Silva dan FAS berjaya memperoleh perkongsian enam tahun bernilai S$25 juta. MP & Silva merancang untuk menganjurkan kejohanan yang dijadualkan pada Januari 2016 di Stadium Nasional dengan kapasiti 55,000 tempat duduk.[2] Bagaimanapun, pada penghujung 2015, selepas enam bulan rundingan, telah diumumkan bahawa rundingan untuk menggunakan Stadium Nasional sebagai lokasi Piala Merlion terhenti kerana Singapore Sports Hub menuntut bayaran pendahuluan yang dilaporkan berjumlah enam angka untuk menyewa stadium sebagai venue dua edisi kejohanan pada 2016 dan 2017. Ini menyebabkan pihak penganjur mencari venue alternatif dan turut mempertimbangkan untuk mengadakan kejohanan itu di Malaysia.[3][4]

Pada 25 Disember 2015, telah diumumkan bahawa Piala Merlion 2016 ditangguhkan selama-lamanya.[5] Antara pasukan yang dijemput untuk mengambil bahagian bersama tuan rumah Singapura ialah pasukan kebangsaan Myanmar,[5] dan Filipina[6] serta kelab Shanghai Shenhua[5] dan Yokohama F. Marinos.[5]

Kembali pada 2019 sunting

Pada 18 Mei 2019, telah diumumkan bahawa Piala Merlion akan kembali, berlangsung dari 7–9 Jun 2019. Ia akan menjadi kejohanan U22, yang menampilkan Singapura B-22, Indonesia B-22, Thailand B-22 dan Filipina B-22. Singapura B-22 menentang Filipina B-22 manakala Indonesia U22 menentang Thailand U22 pada separuh akhir. Singapura muncul juara buat pertama kalinya sebagai tuan rumah selepas mengalahkan Thailand pada perlawanan akhir.

Edisi 2023 sunting

Selepas berehat selama tiga tahun, Piala Merlion diumumkan akan berlangsung dari 24–26 Mac 2023.[7] Kejohanan itu akan kekal dalam format B-22 tulen tanpa pemain berlebihan umur dibenarkan seperti edisi sebelumnya.[7] Kejohanan itu akan menampilkan pasukan B-22 dari Singapura, Kemboja, Hong Kong dan Malaysia.[7] Malaysia B-22 muncul juara selepas mengalahkan Hong Kong B-22 2-1 di pentas akhir.[8]

Keputusan sunting

Ed. Tahun Pentas Akhir Tempat Ketiga atau Separuh Akhir
Juara Jaringan Naib juara Tempat ketiga Jaringan Tempat keempat
1 1982   Australia
3–2
  Korea Selatan B   Indonesia
0–0 (s.m.t.) (4–3 pen.)
  Malaysia
2 1983   Australia
4–2
  Singapura   China
2–0
  Korea Selatan B
3 1984   Iraq
2–1 (s.m.t.)
  Korea Selatan B   Belanda
3–0
  Australia
4 1985   Yugoslavia Amatur   Singapura   Eintracht Frankfurt   Malaysia
5 1986   China
2–1
  Korea Utara   Kanada
1–0
  Singapura
6 1992   Korea Selatan B
3–1
  China   Singapura   Lokomotiv Moscow
7 2009   Liverpool
5–0
  Singapura
8 2019   Singapura B-22
1–0
  Thailand B-22   Indonesia B-22
5–0
  Filipina B-22
9 2023   Malaysia B-22
2-1
  Hong Kong B-22   Singapura B-22
1-2
  Kemboja B-22
Nota
  1. ^ a b c Format Kejohanan dalam kumpulan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Merlion Cup not on this year" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 9 Jun 1987. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  2. ^ a b Tan, Noah (20 Oktober 2015). "Merlion Cup could return to S'pore in January". Today Online (dalam bahasa Inggeris). Mediacorp Press Ltd. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  3. ^ Low Lin Fhoong (8 Disember 2015). "Merlion Cup seeks new venue". TODAY (dalam bahasa Inggeris). Channel News Asia. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  4. ^ Low Lin Fhoong (13 November 2015). "Merlion Cup negotiations hit a wall". TODAY (dalam bahasa Inggeris). Channel News Asia. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  5. ^ a b c d Wang Meng Meng (25 Disember 2015). "No go for Merlion Cup, competition on hold indefinitely" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 13 Januari 2016.
  6. ^ Leyba, Olmin (11 Januari 2015). "Azkals gird for AFF, Asian, World Cup qualifying" (dalam bahasa Inggeris). The Philippine Star. Dicapai pada 13 Januari 2016. The Azkals mentor (Thomas Dooley) said Phl XI was supposed to take part in a tournament (Merlion Cup) in Singapore end of this month but learned it had been cancelled.
  7. ^ a b c cue (2 Mac 2023). "Football: Merlion Cup to return from March 24-26 as part of SEA Games preparation | The Straits Times". www.straitstimes.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 Mac 2023.
  8. ^ cue (26 Mac 2023). "Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023". astrowani.com. Dicapai pada 27 Mac 2023.

Pautan luar sunting

  • Arkib RSSSF - termasuk butiran semua perlawanan (dalam bahasa Inggeris)