Piala Monsun 2008 adalah kejohanan kapal layar yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu diadakan di Pulau Duyong, Terengganu, Malaysia dari 3 hingga 7 Disember 2008. Hadiah RM 1 juta diberikan kepada pemenang . Piala Monsun telah diadakan sejak 2005 lagi. Ia merupakan siri terakhir Jelajah "World Match Racing". Datuk Peter Gilmour dari Team PST, Australia merupakan penasihat kejohanan itu dan juga orang yang bertanggungjawab membawa Jelajah "World Match Racing" ke Malaysia.

Pila Monsun ini akan diadakan sehingga 2012 kerana adanya perjanjian dengan penganjur iaitu World Match Racing Tour. Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan RM4 juta setiap tahun bagi kejohanan ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan supaya Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun diadakan di Sabah pada 2009 kerana berpendapat acara antarabangsa seperti Piala Monsun tidak harus diadakan di negeri yang sama pada setiap tahun sebaliknya negeri lain patut diberi peluang untuk mengendalikannya. Lagipun ada bantahan dari pelbagai pihak terutama masalah banjir yang melanda Terengganu, Kelantan dan Pahang.[1]

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustapa Ali menganggap Piala Monsun sebagai satu pembaziran dan tiada impak kepada rakyat keseluruhan .[2]Pengarah BPR negeri Sharuddin Sapian berkata Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat tuduhan berlaku penyelewengan dalam penganjuran kejohanan ini.[3] Perjanjian antara T-Best Events dengan Kejohanan Kapal Layar Jelajah World Match Racing Tour (WMRT), Piala Monsun dianjurkan sejak 2005-2012 di Pulau Duyong. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mengadakan mesyuarat dengan Pengerusi T-Best Events, Datuk Wan Hisham Wan Salleh; Penasihat Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Husain Embong. Kerajaan Persekutuan setuju memberi peruntukan kewangan. [4]

Peserta Piala Monsun 2008 sunting

  • Pelayar Australia, Datuk Peter Gilmour mengemudi pasukan Team PST
  • Ian Williams dari Team Pindar, Britain.
  • Pelayar Perancis, Sebastien Col
  • Pelayar Perancis, Mathieu Richard
  • Pelayar Australia Keith Swinton dari pasukan Black Swan Racing
  • Pelayar Jepun, Natsuki Motoyoshi dari pasukan Orbit, rakan senegaranya, Hiroshi Miura dari pasukan Extreme, dan Marty Kaye dari Hong Kong.
  • Pelayar Malaysia, Mohamad Razali Mansor dari pasukan Navy 1
  • Pelayar Malaysia, Mohd Masyuri Rahmat dari pasukan Navy 2
  • Pelayar Malaysia, Razman Mat Ali daripada pasukan KFC-Persatuan Kapal Layar Malaysia
  • Pelayar Sukan SEA, Nurul Ain Md Isa [5]

Ranking terkini sunting

Kedudukan Terkini Jelajah World Match Racing sebelum Piala Monsun 2008 diadakan :

  • 1. Ian Williams (GBR) Team Pindar, 92 mata
  • 2. Sebastien Col (FRA) French Match Racing Team/K-Challenge 88 mata
  • 3. Mathieu Richard (FRA) French Match Racing Team/ French Team Spirit 77 mata
  • 4. Adam Minoprio (NZL) ETNZ/BlackMatch Racing Team, 53 mata
  • 5. Torvar Mirsky (AUS) Mirsky Racing Team, 53 mata
  • 6. Magnus Holmberg (SWE) Victory Challenge, 51 mata
  • 7. Mattias Rahm (SWE) Stena Bulk Sailing Team, 46 mata
  • 8. Paolo Cian (ITA) Team Shosholoza, 43 mata
  • 9. Bjorn Hansen (SWE) Alandia Sailing Team, 40 mata
  • 10 Johnie Berntsson (SWE) Berntsson Sailing Team, 40 mata

Kapten dan pasukan di Piala Monsun 2008 sunting

  • 1. Ian Williams (Team Pindar)
  • 2. Mathieu Richard (French Spirit)
  • 3. Sebastian Col (K-Challenge)
  • 4. Adam Minoprio (Black Match Racing)
  • 5. Torvar Mirsky (Mirsky Racing Team)
  • 6. Magnus Holmberg (Victory Challenge)
  • 7. Paolo Cian (Team Shosholoza)
  • 8. Johnie Berntsson (Berntsson Sailing Team)
  • 9. Ben Ainslie (Team Origin)
  • 10.Peter Gilmour (PST).
  • 11. pasukan dari Malaysia
  • 12. pasukan dari Asia[6]

Ian Williams (Team Pindar) diangggap "Michael Schumacher pelayaran", adalah peguam bela tetapi memutuskan untuk meninggalkan bidang itu demi minatnya dalam pelayaran dan telah menyertai Jelajah Dunia pada tahun 2005. Beliau bersama pasukan AC China untuk menjadi kapten bagi program China Team Americas Cup untuk kejohanan Siri Louis Vuitton Pacific di Auckland, New Zealand 2009.

Peserta dari Asia sunting

  • Pelayar Hong Kong Martin H. Kaye (Royal Hong Kong Yacht Club)
  • Pelayar Thailang, Morten Jakobsen (Royal Varuna Yacht Club)
  • Pelayar Singapura, Tan Wearn Haw.
  • Pelayar Korea, Park Byeong
  • Pelayar Jepun, Hiroshi Miura dari pasukan Kansai Yacht Club / Extreme
  • Pelayar Jepun , Natzuki Motoyoshi (JYMA/JSAF) / Orbit
  • Pelayar Australia, Ketih Swinton - Kelab Kapal Layar Perth / Black Swan Racing akan mewakili Asia .[7] [8]

Semua pelayar berlumba dalam hujan dengan kekuatan angin antara 15 hingga 20 knot. Angin monsun Timur Laut buat pertama kali menunjukkan 'diri' pada kejohanan yang sebelum ini tanpa kehadiran angin monsun sebenar.

Kejohanan Malaysian Match Racing Championship sunting

Kejohanan Malaysian Match Racing Championship atau MMRC merupakan acara sukan layar sampingan sebelum Piala Monsun diadakan pada 3 - 7 Disember 2008. MMRC diadakan di Pulau Duyong, Terengganu dari 1-2 Disember 2008.

Enam pasukan mengambil bahagian iaitu :

  • Nurul Ain - Pelayar negeri Perak - juara sesi kelayakan Malaysia.
  • Abd. Rahim Mohd. Zan - Pelayar negeri Johor
  • Mohd. Razali Mansor - pasukan Navy 1
  • Mohd. Masyuri Rahmah - pasukan Navy 2
  • Mohd. Afendy Abdullah - pasukan Langkawi Geopark
  • M. Zaidi Md. Amin - pasukan KFC (Persatuan Kapal Layar Malaysia)
  • Megat Fairuz Khairuddin -pasukan Putrajaya Sail
  • David Mills - pelayar negeri Terengganu.

Megat Fairuz Khairuddin merupakan setiausaha agung Persatuan Perahu Layar Malaysia. Pasukan Sail Putrajaya mewakili pusat perahu layar Sail Putrajaya dan pembuat perahu layar DK Yacht dari Melaka. Bot jenis Foundation 36 kaki perlu digunakan dalam kejohanan ini.[9]

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pengerusi T-Best Events, iaitu penganjur kejohanan berkenaan, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.[10]

Rujukan sunting