Pilihan raya umum Pakistan 2008

(Dilencongkan dari Pilihan raya Pakistan 2008)

Pilihan raya Pakistan digalakkan pada tarikh 18 Februari 2008 bagi memilih ahli Dewan Rakyat ke-13 dan empat Dewan Wilayah.[1][2]


← 2002 18 Februari 2008 2013 →

Semua kerusi berjumlah 342 bagi Dewan Rakyat
172 kerusi diperlukan untuk majoriti
Pengundi hadir44.34% ( 2.58pp)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
 
Pemimpin Asif Ali Zardari Nisar Ali Khan Shujaat Hussain
Parti Parti Rakyat Pakistan Liga Muslim Pakistan (N) Liga Muslim Pakistan (Q)
Pilihan raya
lepas
79 19 105
Kerusi yang
dimenangi
116 88 54
Perubahan kerusi 37 69 51
Undian popular 10,666,548 6,917,752 7,962,473
Peratusan 30.77% 19.95% 22.97%

Hasil undian

Perdana Menteri Pakistan sebelum pilihan raya

Shaukat Aziz
Liga Muslim Pakistan (Q)

Perdana Menteri Pakistan selepas pilihan raya

Yousaf Raza Gillani
Parti Rakyat Pakistan

Pada 3 November 2007 Presiden Pervez Musharraf mengazamkan Darurat Negara Pakistan; masa bagi mengundi ditangguhkan sampai bila-bila.[3] tetapi beberapa hari selepasnya, Pervez mengisytiharkan bahawa tarikh undi ialah 15 Februari 2008.[4][5] sebelum mempercepatnya menjadi 8 Januari,[6] kerana pembunuhan bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto pada bulan Disember 2007.[7]

Parti Rakyat Pakistan (PPP) dan Liga Muslim Pakistan (N) (PML-N), tampil sebagai parti dengan undian popular terbanyak, selepas kematian Nyonya Bhutto, kerusi kepimpinan PPP diserahkan kepada puteranya yang masih berumur 19 tahun yaitu Bilawal Bhutto Zardari. Meskipun sebagai pemimpin, kempen politik parti dinaungi oleh ayah sederum almarhum suami Bhutto, Asif Ali Zardari yang juga naib pengerusi di dalam parti.

Kepemimpinan PML-N digenggam oleh Chaudhry Nisar Ali Khan, meski penubuh parti itu Nawaz Sharif kembali semula sebagai ahli parti dan menyertai kempen menjadi salah satu calon perdana menteri. Pada taraf wilayah, PPP memenangi kerusi majoriti di Sindh, PML-N berjaya di Punjab, Liga Kebangsaan Awami tampil sebagai pemenang di North-West Frontier Province dan Musharaf sebagai ahli politik paling kuat pada masa itu hanya mampu menang di Balochistan.[8]

Musharraf mengakui kekalahan partinya dan berjanji kepada calon Parlimen baharu.[9] Sebab syak kepada Musharraf, PPP dan PML-N menubuhkan pentadbiran sendiri, meski pada awalnya Ameen Faheem ditunjuk oleh Dewan sebagai Perdana Menteri Pakistan yang baharu, pimpinan dalam pertubuhan PPP tidak bersetuju dengan pilihan itu dan menunjuk Yousaf Raza Gillani menjadi Perdana Menteri. Satu pekan selepasnya, PML-N keluar dari pakatan pentadbir dan membentuk pakatan pembangkang, sementara PPP berkongsi dengan Gerakan Muttahida Qaumi, Parti Kebangsaan Awami dan Jamiat Ulema-e-Islam (F).

Pilihan raya dalam keadaan darurat sunting

Presiden Pakistan Pervez Musharraf mahu mengadakan pilihan raya dalam keadaan darurat sekarang. Pemerintahan darurat telah diisytiharkan oleh Presiden Pervez Musharraf pada 3 November 2007 bagi mengekang keganasan yang semakin memuncak. Namun Presiden Musharraf masih menekankan akan kepentingan pemerintahan tentera masih sesuai dikuatkuasakan di Pakistan . Kebanyakan rakyat di negara sedang membangun seperti Pakistan tidak berjaya memanfaatkan sistem demokrasi secara bijak.

Amerika Syarikat yang selama ini menjadi sekutu rapat Pakistan bimbang jika darurat berterusan . Timbalan Menteri Luar Amerika Syarikat, John Negroponte mahu undang-undang darurat ditarik balik jika Pakistan mahu mengadakan pilihan raya yang bebas, adil dan dipercayai oleh masyarakat setempat dan antarabangsa. Pada 17 November 2007, John Negroponte bertemu dengan Presiden Musharraf di Islamabad, Pakistan. Beliau turut menelefon bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto berhubung keadaan darurat dan pilihan raya Pakistan yang bakal diadakan.

Tidak mungkin rakyat Pakistan berani dan bebas keluar mengundi dalam suasana darurat. Dalam pemerintahan darurat, semua pergerakan tersekat, kempen parti politik tidak dapat diadakan dan masih banyak pemimpin politik masih ditahan atau dipenjarakan.

Tetapi Presiden Musharraf enggan menarik balik undang-undang darurat selagi keamanan tidak tercapai di Pakistan. Undang-undang darurat diperlukan agar pilihan raya parlimen dan provinsi dijalankan dalam keadaan aman.

“Ekstrimisme dan terorisme” semakin meningkat di Pakistan. Bila-bila masa sahaja bom akan meledak dan tuduh-menuduh antara Syiah - Sunnah, al Qaeda, Benazir Bhutto dan Nawaz Sharif akan berlaku. Kepulangan Benazir Bhutto di Karachi disambut dengan ledakan bom.

Kebebasan media sunting

Kerajaan Pakistan telah menutup stesen televisyen GEO TV. Kontrak baru stesen televisyen berbahasa Urdu ini tidak akan disambung. Imran Aslam yang menjadi pengerusi GEO TV dijangka akan pindah ke stesen televisyen yang lain.

Pilihan raya yang telus sunting

Pada 8 Julai 2007, sejumlah parti pembangkang Pakistan menyeru agar Presiden Musharraf berundur dari jawatan Presiden Pakistan dan Ketua Angkatan Tentera Pakistan. Pilihan raya umum mesti digalakkan secepatnya, parti yang telah mengisytiharkan kesediaan mereka menyertai pilihan raya ialah Parti Rakyat Pakistan, Liga Muslim Pakistan dan Muttahida Majlis-e-Amal.

Kebanyakan parti yang menentang Musharraf bekerjasama dalam barisan politik yang longgar yang dikenali sebagai Pergerakan Semua Parti Politik Demokratik. Satu lagi parti gabungan ialah Parti Rakyat Pakistan yang dipimpin oleh Benazir Bhutto.

Pada 20 November 2007, Presiden Pervez Musharraf pergi ke Mekah, Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan berunding dengan Raja Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud Beliau dijangka turut berunding dengan Nawaz Sharif yang kini berada di Arab Saudi. Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif telah mendapat kudeta oleh Jen. Pervez Musharraf pada tahun 1999 dalam rampasan kuasa tentera tanpa darah.

Pada 20 November 2007 lebih daripada 3000 tahanan politik telah dibebaskan. Pembebasan ini seiras dengan pilihan raya yang akan digalakkan. Pembebasan ini adalah mesej jelas bahawa pilihan raya akan berjalan dengan adil dan bebas.

Kempen Pilihan raya sunting

Pada 1 Disember 2007, bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto telah menggalakan manifesto dan memulakan kempen polihan raya di Peshawar, Pakistan. Pada tarikh 26 November 2007, Benazir telah memfailkan kertas pencalonan untuk menyertai pilihan raya pada 8 Januari 2008.

Beliau merupakan pemimpin parti pembangkang pertama yang tidak menyertai sebuah kempen pilihan raya. Sebelum ini banyak parti pembangkang yang hendak memboikot pilihan raya kerana Pakistan dalam darurat dan Pervez Musharraf belum bersara dari jawatan sebagai panglima tertinggi dalam kepimpinan tentera Pakistan.

Manifesto Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang diumumkan oleh Benazir Bhutto itu menekankan kepada dana pendidikan, kesihatan, perlindungan ekosistem sekitar dan pinjaman mudah kepada peniaga kecil.

Pembunuhan Benazir Bhutto sunting

 
Jirat Keluarga Bhutto yang berkedudukan di Garhi Khuda Bakhsh, tempat Benazir Bhutto dan ahli keluarganya yang lain dikebumikan

Pada awal pagi 27 Disember 2007, Benazir bertemu dengan Presiden Hamid Karzai dari Afghanistan. Beliau kemudiannya membuat satu wawancara di sebuah rapat umum parti PPP di Taman Negara Liaquat, Rawalpindi selepas waktu merarau. Semasa beliau tiba menyambut para penyokongnya, seketika keluar seorang lelaki misterius dari keretanya sejauh 2 hingga 3 meter menembak tiga das ke arah Nyonya Benazir serta melempar jaket bom yang ada pada dirinya. Benazir cedera parah dengan peluru yang menembusnya dan serpihan dari bom itu.

Benazir dibawa menuju Hospital Awam Rawalpindi namun disahkan meninggal selepas beberapa masa mendapat pertolongan. Jenazah beliau dibawa ke Lapangan Terbang Tentera Udara Chaklala. Beliau dikebumikan berseblahan kubur ayahnya di jirat keluarga mereka di Garhi Khuda Baksh, berdekatan Larkana.

Rujukan sunting

  1. ^ Ahmed Rashid (10 January 2007). "Pakistan's uncertain year ahead". BBC News. Dicapai pada 9 July 2007.
  2. ^ "Election Tracker: Pakistan". Angus Reid Global Monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2007. Dicapai pada 9 July 2007.
  3. ^ "Musharraf targets key opponents". BBC News. 4 November 2007. Dicapai pada 20 February 2008.
  4. ^ "Pakistan 'to keep elections date'". BBC News. 5 November 2007. Dicapai pada 20 February 2008.
  5. ^ "Musharraf vows polls in February". BBC News. 8 November 2007. Dicapai pada 20 February 2008.
  6. ^ "Musharraf recommends general elections to be held on Jan. 8 – People's Daily Online". 2008. Dicapai pada 20 February 2008.
  7. ^ "Pakistan Delays Vote After Bloodshed". Sky News. 1 February 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2008. Dicapai pada 1 February 2008.
  8. ^ "Panorama of Parliamentary Elections 2008" An Annual Publicationof the Inter-Parliamentary Union, 2008 ed.
  9. ^ Perlez, Jane; Gall, Carlotta (20 February 2008). "In Pakistan, Musharraf's Party Accepts Defeat". The New York Times. Dicapai pada 20 February 2008.[pautan mati kekal]