Pilihan raya kecil Kimanis 2020
Pilihan raya kecil parlimen Kimanis 2020 merupakan pilihan raya kecil yang kesepuluh selepas Pilihan raya umum Malaysia ke-14. Pilihan raya ini diadakan berikutan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang menolak kemenangan penyandangnya, Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen Kimanis pada PRU 14 oleh Mahkamah Persekutuan telah ditolak. Pilihan raya kecil ini berlangsung pada 18 Januari 2020.
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
|
Penamaan calon
suntingPilihan raya ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Barisan Nasional dan Warisan. Barisan Nasional mencalonkan Datuk Mohamad Alamin, manakala Warisan telah mencalonkan Karim Bujang. Kedua-duanya pernah menyandang jawatan ADUN Bongawan[1][2], salah satu kawasan DUN dalam parlimen Kimanis.
Keputusan
suntingParti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Mohamad Alamin | 12,706 | 54.34% | +6.6pp | |
WARISAN | Karim Bujang | 10,677 | 45.66% | -6.6pp | |
Jumlah undi sah | 23,383 | 98.65% | |||
Jumlah undi rosak | 320 | ||||
Turun mengundi | 23,703 | 79.92 | |||
Pengundi berdaftar | 29,664 | ||||
Majoriti | 2,029 | 8.68 | |||
BN kekal | Peralihan | +8.06pp[3]/13.20pp[4] | |||
Rujukan
sunting- ^ Mohd Izham Unnip Abdullah; Suzianah Jiffar dan Norasikin Daineh (4 Januari 2020). "PRK Kimanis: Karim bergantung kepada pengalaman ADUN". BH. Dicapai pada 17 Jun 2022.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Kow Gah Chie (1 Januari 2020). "Bekas Adun calon BN di Kimanis". Malaysiakini. Dicapai pada 17 Jun 2022.
- ^ By Difference Change
- ^ By Net Change