Buka menu utama
Bahagian depan (kiri) dan belakang (kanan) pingat
Bar reben Ostmedaille
Pingat dan Reben Eastern Front Medal

Pingat Barisan Timur atau Eastern Front Medal (Bahasa Jerman: Winterschlacht Im Osten) ialah sejenis pingat ketenteraan Jerman dalam Perang Dunia II yang dikurniakan kepada anggota tempur dan bukan tempur yang bertugas di Barisan Timur Jerman daripada tempoh 15 November 1941 hingga 15 April 1942. Ia telah dizahirkan pada 26 Mei 1942 dan biasanya lebih dikenali sebagai Ostmedaille (Pingat Timur). Ia dikurniakan bagi mengiktiraf kesusahan yang dialami oleh anggota tentera Jerman dan Paksi, pejuang atau bukan pejuang, terutamanya semasa kegetiran musim sejuk Rusia tahun 1941 dan 1942. Ia secara sinis dipanggil Pingat Daging Beku (Bahasa Jerman: Gefrierfleischorden) oleh anggota Heer, Luftwaffe and Waffen-SS kepada penerima anugerah tersebut.

Kelayakan anugerahSunting

  • 14 hari bertugas dalam pertempuran aktif di kawasan tertentu antara 15 November 1941 dan 15 April 1942
  • 60 hari bertugas di kawasan tertentu antara 15 November 1941 dan 15 April 1942, bukan tempur
  • Cedera dalam pertempuran
  • Terkorban dalam pertempuran (anugerah selepas mati)
  • Kecederaan yang disebabkan oleh reput fros (atau kecederaan lain yang berkaitan dengan iklim) cukup parah untuk mewajarkan pengurniaan Lencana Cedera

Keunikan adalah pada perekanya yang merupakan seorang askar bertugas yang kontemporari, SS-Unterscharführer Ernst Krause, pingat tersebut dipandang tinggi oleh semua cabang tentera Wehrmacht. Berukuran 3.6 cm (1 in) diameter, diperbuat (secara am) dari zink, pingat tersebut disadur dengan lapisan berwarna logam senjata. Di bahagian hadapan terdapat gambar helang sedang mencengkam lambang swastika dan di bahagian belakang mempunyai teks "Winterschlacht Im Östen 1941-1942" ("Pertempuran Musim Sejuk di Timur 1941-1942") yang memaparkan pedang dan dahan bersilang di bawah teks. Topi besi dan lingkaran luar telah digilap dengan kemasan perak. Reben yang menggantungi pingat itu berwarna merah, putih dan hitam (simbolik darah, salji dan kematian). Pingat dan reben biasanya dipersembahkan dalam paket kertas, namun ia selalunya dibuang. Lebih 3 juta telah dibuat oleh lebih daripada 26 buah firma yang disahkan dan secara rasminya ditamatkan oleh Oberkommando der Wehrmacht pada 4 September 1944.

 
Winterschlacht Im Östen Berserta Pek Isu & Bar reben

Pingat itu tidak dipakai pada uniform tempur seperti mana Iron Cross Kelas 1 dan War Merit Cross sebagai contoh, tetapi dipakai bar reben, atau sebagai reben sahaja yang dijahit pada lubang kedua butang uniform seperti mana Iron Cross Kelas 2 dan War Merit Cross.

Para penerimaSunting

RujukanSunting