Lothar Rendulic
Lothar Rendulic (23 Oktober 1887 – 17 Januari 1971)[1][2] ialah seorang panglima kumpulan tentera darat dalam Tentera Darat Jerman semasa Perang Dunia II. Rendulic merupakan salah seorang dari tiga rakyat Austria yang naik ke pangkat Generaloberst (jeneral kanan) dalam Wehrmacht.
Dr. Lothar Rendulic | |
---|---|
Kelahiran | Wiener Neustadt, Austria | 23 Oktober 1887
Meninggal dunia | 17 Januari 1971 Fraham near Eferding, Austria | (umur 83)
Kesetiaan | Austria-Hungary (hingga 1918) Republik Austria Pertama (hingga 1938) Jerman Nazi |
Perkhidmatan | Tentera Darat Austria Heer |
Tahun perkhidmatan | 1910–1938 (Austria) 1938–1945 (Jerman) |
Pangkat | Oberst (Austria) Generaloberst (Jerman) |
Arahan | 14. Infanterie-Division 52. Infanterie-Division XXXV. Armeekorps 2. Panzer-Armee 20. Gebirgs-Armee Heeresgruppe Kurland Heeresgruppe Süd Heeresgruppe Nord Heeresgruppe Ostmark |
Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
Anugerah | Ritterkreuz mit Eichenlaub und Schwertern |
Tandatangan |
Di bicarakan di Nuremberg pada tahun 1948 dan, walaupun dibebaskan daripada tuduhan sengaja melakukan taktik bumi hangus sewaktu pengunduran dari Lapland, beliau telah disabitkan dengan kesalahan membunuh tebusan di Yugoslavia dan dipenjarakan. Selepas dibebaskan pada tahun 1951 beliau membuat beberapa penulisan.
Biografi
suntingKehidupan awal
suntingRendulic dilahirkan di Wiener Neustadt, Austria, kepada keluarga bangsa Croatia (ejaan nama keluarga Croatia adalah Rendulić). Bapanya Lukas adalah seorang Kolonel dalam tentera Austria-Hungary. Selepas Abitur, Lothar mempelajari undang-undang dan sains politik di universiti di Vienna dan Lausanne; pada tahun 1907, beliau dimasukkan ke Theresianische Militärakademie (kemudian dinamakan semula sebagai Kriegsschule Wiener Neustadt) di kampungnya, Wiener Neustadt. Pada bulan Ogos 1910, Rendulic telah ditauliahkan sebagai Leftenan dalam Tentera Darat Austria-Hungary dan ditugaskan ke 99. Infanterieregiment Georg I., König der Hellenen, di Vienna. Beliau kekal bersama rejimen ini pada tahun pertama Perang Dunia I sebelum dihantar ke 31 .Infanterie-Division pada tahun 1915 dan XXI.Korps pada tahun 1918.
Selepas Perang Dunia I, Rendulic mempelajari undang-undang di Universiti Vienna dan pada tahun 1920 telah dianugerahkan doktor falsafah dalam undang-undang (Dr. iur. dalam bahasa Jerman). Beliau juga menyertai tentera darat republik Austria yang baru ditubuhkan dan pada tahun 1932 menyertai Parti Nazi Austria yang diharamkan. Dari tahun 1934, Rendulic berkhidmat dalam kor diplomatik sebagai atase tentera bagi Perancis dan England dengan pejabat di Paris. Walau bagaimanapun, kerjaya tentera dan diplomatiknya yang semakin naik terputus pada tahun 1936, apabila beliau diletakkan dalam senarai tidak aktif sementara kerana keahlian awalnya dalam Parti Nazi yang dianggap tidak diingini bagi seseorang pegawai Austria dan diplomat.
Perang Dunia II
suntingRendulic dipanggil masuk kedalam Tentera Jerman, Wehrmacht, pada tahun 1938, selepas pengilhakan Austria kepada Jerman. Menjelang tahun 1940, Rendulic telah bertugas sebagai pemangku panglima 14. Infanterie-Division (23.6.40 - 10.10.40). Dari tahun 1940 hingga 1942, beliau adalah panglima Divisyen Ke-52. Dari tahun 1942 hingga 1943, beliau merupakan panglima Kor XXXV. Tetapi, pada tahun 1943, Lothar Rendulic diletakkan dalam bahagian simpanan.
Yugoslavia
suntingDari tahun 1943 hingga 1944, Rendulic bertugas sebagai panglima Tentera Darat Panzer Ke-2 semasa Perang Dunia II di Yugoslavia. Pada awal tahun 1944, Führer Adolf Hitler mengarahkan Rendulic merangka suatu rancangan untuk menangkap pemimpin partisan Yugoslavia Josip Broz Tito. Dalam paduan serangan di Drvar pada 25 Mei 1944, askar payung terjun Jerman menyerbu ibu pejabat Partisan di Drvar (barat Bosnia) untuk mencari Tito dan hampir-hampir menangkap beliau.
Finland dan Norway
suntingSelepas kematian Jeneral Dietl pada bulan Jun 1944, Rendulic bertugas sebagai panglima Tentera Darat Gunung Ke-20 dan juga panglima tentera Jerman yang ditempatkan di Finland dan Norway. Ia sering menyatakan bahawa Rendulic dalam bulan Oktober 1944 mengarahkan bandar Finland iaitu Rovaniemi dibakar kerana membalas dendam terhadap Finland yang telah membuat perdamaian yang berasingan dengan Kesatuan Soviet. Rendulic sebenarnya mengarahkan bangunan awam Rovaniemi dimusnahkan manakala harta persendirian orang Finland dikosongkan. Sewaktu pengawal tempatan Jerman sedang membuat kemusnahan, kereta api peluru di stesen Rovaniemi meletup dan membakar rumah-rumah kayu bandar tersebut. Tentera Jerman mengalami banyak kecederaan, terutamanya daripada serpihan kaca. Ironinya, satu unit komando Finland mendakwa telah meletupkan kereta api peluru dan ini telah menjadi punca utama kehancuran bandar tersebut. Puncanya tidak diketahui dan secara amnya dianggap cubaan sengaja Rendulic.
Barisan Timur
suntingPada tahun 1945, Rendulic bertugas sebagai panglima Heeresgruppe Kurland (Kumpulan Tentera Darat Courland) di Barisan Timur. Pada masa ini, Kumpulan Tentera Darat tersebut telah benar-benar terputus dalam Kepungan Courland. Tidak lama selepas itu, Rendulic berkhidmat sementara sebagai panglima Heeresgruppe Nord (Kumpulan Tentera Darat Utara, ketika itu terletak di utara Jerman), sebelum kembali memerintah Kumpulan Tentera Darat Courland (memperjuangkan saki baki Latvia), dan akhirnya memerintah Heeresgruppe Sud (Kumpulan Tentera Darat Selatan, kemudian dinamakan semula Heeresgruppe Ostmark, di Austria dan Czechoslovakia).
Pada 7 Mei 1945, sewaktu Serangan Prague, Lothar Rendulic, bersama Kumpulan Tentera Darat Ostmarknya menyerahkalah kepada elemen-elemen Tentera A.S. di Austria.
Pemenjaraan dan kematian
suntingSelepas penyerahannya, Lothar Rendulic telah ditahan dan dibicarakan sebagai penjenayah tentera dalam "perbicaraan tebusan" di Nuremberg, kerana penglibatan beliau dalam serangan Wehrmacht ke atas orang awam di Yugoslavia dan dasar bumi hangus di Lapland. Pada 19 Februari 1948 beliau telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua puluh tahun, walapun beliau telah dibersihkan daripada tuduhan memusnahkan (bumi hangus) Lapland. Hukuman ini kemudiannya dikurangkan kepada sepuluh tahun, dan pada 1 Februari 1951 Rendulic dibebaskan dari penjara tentera di Landsberg am Lech dalam Bavaria.
Selepas dibebaskan, beliau bekerja sebagai seorang penulis dan terlibat dalam politik tempatan di Seewalchen am Attersee, di Salzkammergut wilayah Austria. Beliau meninggal dunia di Fraham berhampiran Eferding, Austria, pada 17 Januari 1971.
Kehidupan peribadi
suntingPada 4 September 1916 Rendulic mengahwini Nella Zöbl.
Ringkasan kerjaya tenteranya
suntingTarikh kenaikkan pangkat
sunting- k.u.k Leutnant : 8 Ogos 1910
- k.u.k Oberleutnant : 8 April 1914
- k.u.k Hauptmann : 1 Mei 1917
- Mejar (Tentera Darat Austria) : 1925
- Oberstleutnant (Tentera Darat Austria) : 1929
- Oberst (Tentera Darat Austria) : 1933
- Oberst (Tentera Darat Jerman) : 1 April 1938
- Generalmajor : 1 Disember 1939
- Generalleutnant : 1 Disember 1942
- General der Infanterie : 1 Disember 1942
- Generaloberst : 1 April 1944
Anugerah kebesaran
suntingAnugerah | Tarikh | Negara |
Lencana Cedera with one stripe | tidak diketahui | Austria-Hungary |
Karl Troop Cross, 3rd Class with War Decoration and Swords | tidak diketahui | Austria-Hungary |
Order of the Iron Crown, 3rd class | tidak diketahui | Austria-Hungary |
Military Merit Medal, in bronze and silver on the Ribbon of the Bravery Medal with Swords | tidak diketahui | Austria-Hungary |
Military Merit Cross, 3rd class on the Ribbon of the Bravery Medal with war decoration and Swords | tidak diketahui | Austria-Hungary |
Iron Cross (1914), Kelas 1 dan 2 | tidak diketahui | Empayar Jerman |
Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang | Knight Cross pada 6 Mac 1942 sebagai Generalleutnant dan panglima 52. Infanterie-Division[3] Daun Oak Ke-271 pada 15 Ogos 1943 sebagai General der Infanterie dan panglima XXXV. Armeekorps[3] Pedang Ke-122 pada 18 Januari 1945 sebagai Generaloberst dan panglima 20. Gebirgsarmee[3] |
Jerman Nazi |
Lencana Iron Cross (1939) | Kelas Kedua pada 20 September 1939[4] Kelas Pertama pada 10 Oktober 1939[4] |
Jerman Nazi |
German Cross warna Emas | 26 Disember 1941 sebagai Generalmajor dan panglima 52. Infanterie-Division[5] | Jerman Nazi |
Pingat Barisan Timur | 1942 | Jerman Nazi |
Pingat Kehormatan Pejuang | tidak diketahui | Jerman Nazi |
Penglilit lengan bertulis ''Kurland'' | 1945 | Jerman Nazi |
Lambang Perisai Lappland | 1945 | Jerman Nazi |
Lencana Cedera warna Hitam | tidak diketahui | Jerman Nazi |
Lencana Emas Parti | 19 September 1944 | Jerman Nazi |
Nama Rendulic disebut empat kali dalam Wehrmachtbericht | 6 Jun 1944, 28 Disember 1944, 14 Mac 1945 and 9 Mei 1945 | Jerman Nazi |
Buku-buku yang ditulis oleh Lothar Rendulic
sunting- Rendulic, L: Gekämpft, gesiegt, geschlagen. (Fought, victorious, vanquished) Welsermühl Verlag, Wels and Heidelberg, 1952. 384 p.
- Rendulic, L: Glasenbach - Nürnberg - Landsberg. Ein Soldatenschicksal nach dem Krieg (A soldier's fate after the war), Leopold Stocker Verlag, Graz, 1953. 222 p.
- Rendulic, L.: Die unheimlichen Waffen : Atomraketen über uns. Lenkwaffen, Raketengeschosse, Atombomben (Monstrous weapons: atomic rockets over us. Guided weapons, rockets, atom bombs) 1957
- Rendulic, L: Weder Krieg noch Frieden. Eine Frage an die Macht. (Neither war nor peace. A question to the powers) Welsermühl Verlag, Munich and Wels, 1961. 250 p.
- Rendulic, L: Soldat in stürzenden Reichen. (Soldier in falling empires) Damm Verlag, Munich 1965. 483 p.
- Rendulic, L.: Grundlagen militärischer Führung, 1967
- Rendulic, L: Aus dem Abgrund in die Gegenwart. (From the abyss to the present) Verlag Ernst Ploetz, Wolfsberg, 1969. 259 p.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- Nota
- ^ Lothar Rendulić (1965): Soldat in stürzenden Reichen. Munich: Damm, p. 73 and 292. His birth date is sometimes erroneously mentioned as 23 November 1971.
- ^ Rudolf Neck, Adam Wandruszka, Isabella Ackerl (ed.) (1980): Protokolle des Ministerrates der Ersten Republik, 1918–1938, Abteilung VIII, 20. Mai 1932 bis 25. Juli 1934. Vienna: Verlag der Österreichischen Staatsdruckerei, p. 649.
- ^ a b c Scherzer 2007, p. 623.
- ^ a b Thomas 1998, p. 196.
- ^ Patzwall and Scherzer 2001, p. 374.
- Bibliografi
- Berger, Florian (1999). Mit Eichenlaub und Schwertern. Die höchstdekorierten Soldaten des Zweiten Weltkrieges (dalam bahasa German). Vienna, Austria: Selbstverlag Florian Berger. ISBN 978-3-9501307-0-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Schaulen, Fritjof (2005). Eichenlaubträger 1940 – 1945 Zeitgeschichte in Farbe III Radusch – Zwernemann (dalam bahasa German). Selent, Germany: Pour le Mérite. ISBN 978-3-932381-22-5. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link) - Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9. Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Lothar Rendulic |
- "Cool-off in Finland" - Monday, Oct. 23, 1944 – Article from Time Magazine
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh Generalleutnant Peter Weyer |
Panglima 14. Infanterie-Division 15 Jun 1940 - 6 Oktober 1940 |
Diikuti oleh: Generalleutnant Friedrich Fürst |
Didahului oleh Generaloberst Hans-Jürgen von Arnim |
Panglima 52. Infanterie-Division 10 Oktober 1940 - 1 November 1942 |
Diikuti oleh: Generalleutnant Rudolf Peschel |
Didahului oleh General der Artillerie Rudolf Kämpfe |
Panglima XXXV Armeekorps 1 November 1942 - 15 April 1943 |
Diikuti oleh: General der Infanterie Friedrich Wiese |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Walter Model |
Panglima 2. Panzer-Armee 14 Ogos 1943 - 24 Jun 1944 |
Diikuti oleh: General der Infanterie Franz Böhme |
Didahului oleh Generaloberst Eduard Dietl |
Panglima 20. Gebirgs-Armee 25 Jun 1944 - 15 Januari 1945 |
Diikuti oleh: General der Gebirgstruppen Franz Böhme |
Didahului oleh tiada |
Panglima Heeresgruppe Kurland 15 Januari 1945 - 27 Januari 1945 |
Diikuti oleh: Generaloberst Heinrich von Vietinghoff |
Didahului oleh Generalfeldmarschall Ferdinand Schörner |
Panglima Heeresgruppe Nord 27 Januari 1945 - 12 Mac 1945 |
Diikuti oleh: Generaloberst Walter Weiß |
Didahului oleh Generaloberst Heinrich von Vietinghoff |
Panglima Heeresgruppe Kurland 12 Mac 1945 - 5 April 1945 |
Diikuti oleh: Jeneral Carl Hilpert |
Didahului oleh General der Infanterie Otto Wöhler |
Panglima Heeresgruppe Süd 6 April 1945 - 30 April 1945 |
Diikuti oleh: Markas dinamakan semula Heeresgruppe Ostmark 30 April 1945 |
Didahului oleh tiada |
Panglima Heeresgruppe Ostmark 30 April 1945 - 7 Mei 1945 |
Diikuti oleh: dibubarkan pada 8 Mei 1945 |