Buka menu utama

Tentera Darat Jerman (Wehrmacht)

Rencana ini ialah mengenai tentera darat Jerman Perang Dunia II. Untuk tentera darat moden Jerman dan tentera darat Jerman Barat pasca Perang Dunia II, sila lihat Tentera Darat Jerman. Untuk tentera darat Jerman Perang Dunia I, sila lihat Tentera Darat (Empayar Jerman). Untuk kegunaan lain, sila lihat Heer (tentera darat).

Tentera Darat Jerman (Bahasa Jerman: Heer, sebutan bahasa Jerman IPA: [ˈheːɐ̯]) adalah nama rasmi bagi angkatan darat Reich Ketiga dari tahun 1935 hingga 1945, ia membentuk sebahagian daripada Wehrmacht. Semasa Perang Dunia II, seramai 15 juta askar berkhidmat dalam Tentera Darat Jerman, yang mana kira-kira 7 juta askar telah menjadi korban perang. Berlainan dengan Heer, Waffen-SS (SS-Bersenjata) merupakan pasukan tentera Reich Ketiga yang dibentuk daripada pelbagai etnik dan pelbagai negara. Berkembang daripada 3 rejimen kepada 38 divisyen semasa Perang Dunia II, ia berkhidmat bersama-sama tentera darat tetapi tidak pernah secara rasmi menjadi sebahagian daripadanya.[1]

Tentera Darat Jerman
Heer
Balkenkreuz.svg
Balkenkreuz, versi bergaya Iron Cross,
digunakan selepas Operasi Weserübung pada kenderaan tentera
Aktif1935–46
Negara Jerman Nazi
KesetiaanAdolf Hitler
CawanganWehrmacht
JenisTentera darat
Sebahagian daripadaOberkommando des Heeres
Moto"Gott mit uns" (Tuhan bersama kami)
PertempuranPerang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II
Komander
Pemerintah TertinggiAdolf Hitler
Panglima Tentera DaratWalther von Brauchitsch (1938-1941)
Panglima Tentera DaratAdolf Hitler (1941-1945)
Tanda kebesaran
Pangkat dan insigniaPangkat dan insignia Heer

Hanya 17 bulan selepas Adolf Hitler mengumumkan program persenjataan semula, Tentera Darat telah mencapai matlamat sasaran sebanyak 36 divisyen. Semasa musim gugur tahun 1937, 2 kor lagi telah ditubuhkan. Menjelang 1938, 4 kor tambahan dibentuk dari kemasukan 5 divisyen Tentera Darat Austria selepas peristiwa Anschluss pada bulan Mac. Dalam tempoh pengembangannya oleh Hitler, Tentera Darat Jerman terus membangunkan konsep penerokaan dalam Perang Dunia I, menyatukan aset-aset darat (Heer) dan udara (Luftwaffe) kedalam gabungan pasukan-pasukan bersenjata. Ditambah pula dengan aturan sistematik operasi dan taktikal seperti pengepungan dan "pemusnahhabisan", tentera Jerman mendapat kemenangan-kemenangan pantas pada dua tahun terawal Perang Dunia II, mendorong penggunaan ayat Blitzkrieg (perang kilat) untuk teknik-teknik mereka.

Tentera Darat Jerman memasuki perang dengan majoriti formasi-formasinya bergantung kepada kuda untuk pengangkutan manakala askar-askar infantri kekal berjalan kaki disepanjang peperangan, artileri juga terutamanya kekal ditarik kuda. Formasi-formasi motoris mendapat lebih perhatian media-media dunia pada permulaan peperangan, dan telah dinamakan punca kejayaan pencerobohan Jerman keatas Poland (September 1939), Norway dan Denmark (April 1940), Belgium, Perancis serta Belanda (May 1940), Yugoslavia (April 1941) dan permulaan kempen di Kesatuan Soviet (Jun 1941). Bagaimanapun formasi-formasi motoris dan kereta kebal mereka hanya menyumbang 20% daripada kapasiti puncak kekuatan Heer.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

  1. ^ McNab, Chris. The SS: 1923–1945, m/s. 56-57, 66.

Pautan luarSunting