Pingpong di Sukan Olimpik Musim Panas 2020
Pingpong di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 telah diadakan pada 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 di Gimnasium Metropolitan Tokyo. Sebanyak lima acara dipertandingkan dalam sukan ini melibatkan 173 orang pemain dari 57 negara.
Pingpong di Sukan Olimpik XXXII | |
---|---|
Tempat | Gimnasium Metropolitan Tokyo |
Tarikh | 24 Julai – 6 Ogos 2021 |
Bil. acara | 5 |
Pesaing | 173 dari 57 negara |
Perlawanan ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020, namun ditangguhkan ke tahun 2021 akibat Pandemik COVID-19.[1]
Pengenalan
suntingPingpong atau tenis meja merupakan sejenis sukan dan permainan dalam yang amat terkenal di Asia Timur. Sukan pingpong mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1988 di Seoul, Korea Selatan. Sukan ini telah dipertandingkan sebanyak sembilan kali dalam Sukan Olimpik. Sebanyak tujuh acara pernah dipertandingkan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, berpasukan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita (terakhir dipertandingkan pada tahun 2004) serta beregu campuran (mula dipertandingkan pada tahun 2020).
China menjadi negara yang paling berjaya dalam sukan ini dengan meraih 60 pingat iaitu 32 emas, 20 perak dan lapan gangsa diikuti Korea Selatan dengan 18 pingat iaitu tiga emas, tiga perak dan 12 gangsa. Hanya China, Korea Selatan, Jepun dan Sweden yang mempunyai sekurang-kurangnya satu pingat emas dalam sukan ini.[2]
Penyertaan
suntingSeramai 173 orang atlet mewakili 57 negara dalam sukan ini.[3] Seorang atlet dari Republik Czech menarik diri setelah disahkan positif COVID-19.[4] Dua negara iaitu China dan Hungary menggantikan atlet yang cedera dengan atlet simpanan dalam acara berpasukan.[5][6]
- Algeria (1)
- Amerika Syarikat (6)
- Arab Saudi (1)
- Argentina (2)
- Australia (6)
- Austria (6)
- Belanda (1)
- Brazil (6)
- Bulgaria (1)
- Chile (1)
- China (7)
- Cameroon (1)
- Croatia (3)
- Cuba (2)
- Denmark (1)
- Ecuador (1)
- Fiji (1)
- Great Britain (3)
- Guyana (1)
- Hong Kong (6)
- Hungary (6)
- India (4)
- Iran (1)
- Itali (1)
- Jepun (6)
- Jerman (6)
- Kanada (3)
- Kazakhstan (2)
- Korea Selatan (6)
- Luxembourg (2)
- Mesir (6)
- Mongolia (2)
- Monaco (1)
- Nigeria (4)
- Perancis (6)
- Poland (3)
- Portugal (5)
- Puerto Rico (3)
- Republik Czech (2)
- ROC (3)
- Romania (4)
- Senegal (1)
- Sepanyol (3)
- Serbia (3)
- Singapura (4)
- Slovakia (3)
- Slovenia (3)
- Sweden (5)
- Switzerland (1)
- Syria (1)
- Taipei Cina (6)
- Thailand (2)
- Togo (1)
- Tunisia (2)
- Ukraine (3)
- Yunani (1)
- Vanuatu (1)
Jadual
suntingPA | Pusingan awal | SU | Suku akhir | SE | Separuh akhir | A | Akhir (emas & gangsa) |
Tarikh Acara
|
24 Jul | 25 Jul | 26 Jul | 27 Jul | 28 Jul | 29 Jul | 30 Jul | 31 Jul | 1 Ogo | 2 Ogo | 3 Ogo | 4 Ogo | 5 Ogo | 6 Ogo | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perseorangan lelaki | PA | SU | SE | A | ||||||||||||||
Berkumpulan lelaki | PA | PA | SU | SU | SE | A | ||||||||||||
Perseorangan wanita | PA | SU | SE | A | ||||||||||||||
Berkumpulan wanita | PA | PA | SU | SU | SE | SE | A | |||||||||||
Beregu campuran | PA | SU | SE | A |
Pungutan pingat
suntingJadual pingat
sunting* Tuan rumah (Jepun)
Kedudukan | NOC | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|---|
1 | China | 4 | 3 | 0 | 7 |
2 | Jepun* | 1 | 1 | 2 | 4 |
3 | Jerman | 0 | 1 | 1 | 2 |
4 | Hong Kong | 0 | 0 | 1 | 1 |
Taipei Cina | 0 | 0 | 1 | 1 | |
Jumlah (5 NOC) | 5 | 5 | 5 | 15 |
Pemenang pingat
suntingAcara | Emas | Perak | Gangsa |
Perseorangan lelaki | Ma Long China |
Fan Zhendong China |
Dimitrij Ovtcharov Jerman |
Berpasukan lelaki | China Fan Zhendong Ma Long Xu Xin |
Jerman Dimitrij Ovtcharov Patrick Franziska Timo Boll |
Jepun Jun Mizutani Koki Niwa Tomokazu Harimoto |
Perseorangan wanita | Chen Meng China |
Sun Yingsha China |
Mima Ito Jepun |
Berpasukan wanita | China Chen Meng Sun Yingsha Wang Manyu |
Jepun Mima Ito Kasumi Ishikawa Miu Hirano |
Hong Kong Doo Hoi Kem Lee Ho Ching Minnie Soo |
Beregu campuran | Jepun Jun Mizutani Mima Ito |
China Xu Xin Liu Shiwen |
Taipei Cina Lin Yun-ju Cheng I-ching |
Rujukan
sunting- ^ "Joint Statement from the International Olympic Committee and the Tokyo 2020 Organising Committee". Olympics (dalam bahasa Inggeris). 24 Mac 2020.
- ^ "Table Tennis at the Olympics - facts and information". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Februari 2022.
- ^ "Athlete count for Table Tennis" (dalam bahasa Inggeris). Olympedia. Dicapai pada 26 Feb 2022.
- ^ "Czech paddler Sirucek to miss Tokyo Olympics after positive test for COVID-19" (dalam bahasa Inggeris). Xinhua. 21 Julai 2021. Dicapai pada 26 Feb 2022.
- ^ "Tokyo 2020 Olympic Games update: Injured Pota withdraws from Women's Team event" (dalam bahasa Inggeris). ITTF. 29 Jul 2021. Dicapai pada 26 Feb 2022.
- ^ "China changes Olympic table tennis team roster as injured Liu withdraws" (dalam bahasa Inggeris). Xinhua. 1 Ogos 2021. Dicapai pada 26 Feb 2022.
- ^ "Schedule - Table Tennis Tokyo 2020 Olympics". Olympian Database (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Februari 2022.